Thursday 16 June 2016

Selamat Hari Lahir Puteraku

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..syukur kepada Allah diberi nafas menyambut bulan ramadhan yang mulia ni.arini tanggal 17 jun genaplah umur anak ku 4 tahun. terima kasih Allah berikan peluang ini sekali lagi.seperti tahun2 yg sudah memang tiada sambutan yg meriah.cukup kami sekeluarga.sederhana tapi meriah dihati kami.

tiba-tiba teringat perbualan dgn aman mlm tadi.

mama: esok birthday aman tau, aman nk makan apa? nanti mama masak kn.
aman: yeaayy birthday aman ae mama.aman nak kek dgn asam pedas.
mama: eh..tadikan mama baru masak asam pedas.nak lagi ke?
aman: nak.sedap mama masak asam pedas.
mama: aman pilih lain lh..
aman: ermmm..aman nak ayam kicap (ayam masak kicap maksud dia) yg mcm aritu masak
mama: cukup ke ayam kicap?
aman: cukuplah...

alahai anak..memang bersederhana sangat.terharu mama dengar.satu perangai aman ni, kalau benda yg dia suka makan mesti nasi tu bertambah2 dia makan.sambil puji2 masakan kita tu.kembang semangkuk mak dia ni.hihi..mcm mlm tadi aku masak lh asam pedas ikan kaci utk buka puasa, dia mintak aku suapkan.sampai 3 kali tambah nasi.kalah orang puasa ni.walaupon pedas berpeluh2 masa mkn tu, tapi tetap nak makan banyak.siap request, "nnti mama masak lagi macam ni ye.aman suka"

sepanjang besarkan aman ni, dia anak yang senang nak jaga dan yg paling penting senang nak suruh makan.teringat keluhan sorang kawan ni.dia cakap ank dia susah sangat nak makan.mcm2 dia dah masak dan buat untuk tarik minat anak dia makan.tapi masih juga susah nak makan.aku bersyukur sangat aman takda masalah tentang makan ni,syukur alhamdulillah. seperti biasa makanan feveret dia, macaroni sup.dia makan boleh tambah 6 kali.korang bayangkn ye.hihihi..

Eh..terbanyak pulak cerita kn.haha..oklah mama nak ucapkan selamat hari lahir untuk putera ati kesayangan mama dan papa.tidak putus2 doa mama panjatkan agar aman sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.harapan mama, semoga aman taat pada Allah dan suruhannya, berbakti pada agama, hormat kepada kedua ibubapa, berbuat baik sesama manusia dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberi.mama takda emas sekoyan nak diberi, mama takda harta berjuta nak diwariskan..tapi mama cuma ada kasih sayang kerana Allah saja yang dapat berikan.jadi hamba Allah yang taat, jd ank yang soleh, jadi abang yang bertanggungjwb, jadi khalifah yg sentiasa berbuat baik kepada makhluk ye sayangku.

walaupon aman tak dapat baca coretan mama ni, tapi satu ari nanti pasti mama akan tunjukkan ini pada aman.mama nak aman tau yang mama akan sayang aman sampai bila2 selagi hayat ni ada.semoga kita sekeluarga sama2 pimpin tangan menuju syurga Allah.menanti di sana adik aman.semoga Allah limpahkan rezeki utk aman ada adik didunia ini. kita sama2 doa ye.maaf andai mama tak cukup sempurna sebagai seorang ibu.tapi percayalah..mama selalu cuba menjadi yg terbaik utk aman dan keluarga kita.
 

No comments:

Post a Comment