Monday 9 February 2015

Terima kasih semua

Assalamualaikum

Tiba-tiba rasa terharu pula bila ada yang sudi membaca blog aku ni.almaklumlah..blog suka-suka jek pon.dalam banyak post yang pernah aku tulis kat sini, trip ke dubai tu lh yang paling banyak review.ramai jugak lah yang hantar email utk bertanya berkenaan trip di sana.syukur dengan tulisan yang tak seberapa dapat membantu ramai orang.

aku review apa yang aku lihat kat dubai tu.mana yang menyeronokkan aku share kat korang.iyelah benda baik patut diberitahu kan.tak gitu..hihihi..walaupon trip tu dah hampir setahun yang lalu, tapi masih segar dalam ingatan aku.mahu tak hengat kan..pergi free.hahaha..

tujuan aku review pasal trip ke dubai tu, nak share serba sedikit pengalaman aku kat sana.masa dulu waktu nak pergi ke sana, tak banyak info yang aku dapat tentang trip ke sana.puas jugak lah belek-belek blog orang lain yang cerita pasal kat sana.ada tu memang ada, tapi tak berapa details.so aku dapat lah idea nak share serba sedikit kat blog aku ni.mana tau ada yang berniat nak bercuti di sana, dapat serba sedikit info sebelum sampai ke sana.

Gembira sangat dapat membantu orang lain ni sebenarnya..iyelah secara tak langsung dapat bertukar ilmu.betol ke idok..haha..terharu pon ada sebab ramai yang sudi menghantar.cuma ucapan terima kasih yang terhingga jek lah yang dapat aku ucap pada semua.kalau ada apa-apa nak bertanya berkenaan trip ke dubai tu jangan segan-segan ye.bila lah aku ni nak ada kerajinan nak bercerita pasal trip ke hog kong tu kan.dah 3 tahun pergi.macam dah ingat-ingat lupa pulak.hihihi...