Tuesday 9 December 2014

Corat Coret Pasal Bola

Assalamualaikum

Malam isnin lalu pasti ramai yang duduk depan tv menyaksikan perlawanan separuh akhir piala AFF suzuki antara Malaysia vs Vietnam.antara orang aku dengan suami.anak aku macam biasalah tengok on off sebab sibuk nak main macam-macam benda dalam rumah tu.pasti semua pon tau pasal keputusan 90 minit tu kan..aku pon malas nak tulis dan cerita lah.huhuhu..sendiri cari lah ae.dh kecoh satu malaya.hihi..

aku bukanlah pandai sangat bab bola ni.tapi memang dari kecik lagi aku dah tengok bola.ni semua terjebak dari bapak aku tu lah..hahaha..dari zaman kat stadium tu takda orang sampai makin penuh sekarang, aku jadi penyokong setia negara.dari zaman dollah salleh sampai ke zaman safee sali.bab mutu permainan malas nak komen lebih-lebih.kalau komen pon ada ke yang nak ambil kisah.betol tak?balik-balik cakap penyokong ni nak 'kondem' jek.

ni part yang paling best, ada yang cakap, jangan cakap lebih kalau anda bukan pemain kebangsaan.waa..sampai camtu sekali kan jawapannya.senang jek aku nak cakap.kamu tu pemain profesional.so beri komen pon cara profesional lah ye kawan.penyokong masuk stadium beli tiket, bukan masuk free ye.jadi kami nak lihat lah bayaran yang kami bayar tu setanding dengan mainan yang ditunjukkan.bukannya sikit-sikit nak jatuh.kalau bawak bola asyik hilang jek..apa cerita tu kan.tu belum part tendang bola yang kelaut.kata profesional kan.macam tu ke caranya.mestilah penyokong nak lihat kualiti.bukannya main ala kadar, pastu gaji bulan-bulan masuk.senang buat duit kan..hahaha..emo ni.

Ok ni part samseng bola sepak.perghh..part ni memang paling aku menyampah beb.nak tengok bola, tengok jek lah.tak payah nak tunjuk hebat nak gaduh dengan orang.biasa lah tu provokasi dari penyokong lawan.anggap jek lh benda tu senda gurau,tak payah nak ambik serius sangat.aku dengan family memang selalu pergi ke stadium untuk saksikan perlawanan bola secara live.tapi bila kejadian yang tak diingini selalu berlaku macam ni, mestilah aku jadi risau.kepada kelab pasukan yang dah diahramkan masuk stadium tu, silalah berubah kearah yang lebih baik.tengok bola secara sihat.bukan susah sangat pon.pergi tengok bola, game dah habis balik rumah elok-elok.senang cerita kan.

rasanya cukuplah untuk penulisan arini.para pemain negara ingatlah penyokong sentiasa ada dibelakang anda.apa pon komen yang diberi ambil lah sebagai penyuntik semangat.jangan ambil benda tu sebagai benda yang negatif.tunjuk kan lah permainan yang bermutu tinggi sesuai dengan gaji yang kamu terima.seperti mana kamu mahukan kereta yang dibeli tip top.kami pon penyokong pon sama.mahu yang tip top dari anda.kalah atau menang adat pertandingan.tapi kalah lah dengan penuh maruah.bukan main macam orang main petang-petang ye.tu buat kamu sakit hati.chaiyok..

Thursday 9 October 2014

Mana perginya budi bahasa

Salam semua

Pasti semua pon dah baca mengenai kisah seorang pengguna ERL yang tidak diberikan tempat duduk yang sepatutnya oleh pengguna yang lain sehingga dia terpaksa duduk dilantai untuk menyusukan anaknya.kesian...ni petikan dari Harian Metro

image
Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu,” kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia.

pelik kan..mana perginya perasaan belas kasihan dan budi pengerti rakyat Malaysia ni.dah makin hilang.sedih...semakin maju sebuah negara semakin jauh jugak perasaan prihatin sesama manusia tu kan.aku tidak pernah mengalami situasi begini dalam kenderaan awam.rasanya kalau kat Malaysia pengguna ERL, LRT, monorail & seangkatan dengannya yang selalu alami perkara begini kan.

kadang-kadang tu ada yang buat tak tahu jek bila ada wanita mengandung dan warga tua berdiri.bukannya nak bagi seat yang dieorg duduk tu pada yang selayaknya kan.padahal yang duduk tu gagah kuat dan lebih pada nak main handphone jek.kering sungguh hati tu kan.mana lah perginya perasaan prihatin  tu.jangan nak tunjuk depan pak mertua jek okey..fake namanya tu!!

dulu masa buat check up pregnant pon selalu jadi camni.jumpa manusia yang takda perasaan perikemanusiaan ke ape ntah..bila ada suami yang teman isteri check up,dia duduk dikerusi yang patutnya untuk wanita mengandung & yang ada anak.ni dia buat bodoh jek.macam tak rasa pape jek aku tengok.ada sekali tu aku kesian tengok sorang perempuan yang mengandung ni berdiri lama sangat.aku pulak berdiri bagi kat perempuan tu.aku pon prengnat jugak time tu.so aku tau lah apa perasaan orang pregnant ni.

agaknya mamat2 tu pregnant jugak kot.tu yang buat dek jek kan.woi..bang..gentleman lah sikit..baru anak jantan kan..part2 prihatin rasanya dari kecik kita dah diajar tentang budi bahasa kan.mak bapak puas jugak ajar pasal ni jugak.cikgu kat sekolah pon ada ajar.kat papan-papan tanda pon ada tulis.ntah mana silapnya kan...tepuk dada tanya hati masing-masing..kalau nak orang lain nak berbudi bahasa dengan kita, kitalah yang patut berbudi bahasa dahulu.tak susahkan.kalau selalu amalkan..Insyallah kemana sahaja kita pergi, pasti kita akan bawak sikap tu.



 

Tuesday 7 October 2014

Korban

Assalamualaikum

walaupon hari raya korban dah berlalu pergi, rasanya tak terlambat nak share sikit berkenaan makna korban tu.malam tadi aku aku tengok siaran 30 minit bersama ustaz Don.pasti semua kenal dengan ustaz muda yang kacak macho tu hehehe..kan sini bukan nak cerita pasal ustaz ni ye.aku cuma nak share sikit kisah korban yang diceritakan oleh ustaz don.

selalunya kita akan dengar kisah mengenai anak Nabi Ibrahim, iaitu Nabi Ismail yang diperintahkan menjadi korban.itu salah cerita yang berkaitan dengan korban yang selalu kita lakukan pada hari raya aidiladha.malam tadi tertarik dengan cerita Habil dan Qabil yakni anak Nabi Adam.bagaimana Habil dan Qabil mempersembahkan korban mereka kepada Allah.

Qabil dikenali sebagai seorang yang tak nak mengalah dan busuk hati.manakala Habil pula seorang yang taat dan baik hati.maka sampailah hari untuk mempersembahkan korban mereka kepada Allah.Qabil mempersembahkan hasil tanaman yang rosak dan busuk.manakala Habil pula mempersembahkan ternakan yang terbaik dari ladangnya sebagai korbannya.dengan kesungguhan dan keikhlasan dan ketaqwaan Habil mempersembahkan korban yang terbaik, maka Allah menerima korban Habil itu.manakalah korban Qabil tidak diterima oleh Allah s.w.t. kerana tidak bersungguh dalam memberikan ketaqwaan kapada Allah.Qabil menjadi marah lalu membunuh Habil.

kisah ni menunjukkan bahawa jika kita betul-betul menyerahkan keseluruhan diri pada Allah, pasti Allah akan menerimanya.Allah tidak memandang rupa paras atau kekayaan kita di muka bumi ni kerana itu semua milik-Nya.Allah mahu menguji sejauh mana ketaqwaan kita pada Allah s.w.t.korban bersamaan dengan penyerahan diri seluruhnya semata-mata demi Allah.berilah korban diri yang terbaik.

harap cerita ringkas ni dapat menjadi pengajaran untuk kita semua tentang korban.berkorban lah dengan hati yang penuh kesungguhan dan keikhlasan.jika kita mempunyai kelebihan rezeki, berkongsilah bersama-sama orang yang memerlukan.itu salah satu korban kita jugak untuk mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.

Thursday 11 September 2014

Sedih dan gembira

Salam Jumaat

minggu ni adalah minggu yang penuh dengan suka duka.first aku nk mulakan yang duka dulu.ahad minggu lepas nenek sedara sebelah mak pergi menghadap Ilahi.dan keesokan hari nya iaitu pada ari isnin pagi, aku dapat panggilan telefon dari abang ku memberitahu yang nenek aku pula yang menghadap yang maha Esa.

berita yang cukup sedih bagi aku sekeluarga.ni mak pada abah aku.kiranya ni tahun terakhir kami beraya bersamanya.tapi dalam kesedihan tu aku dapat berbakti pada arwah buat kali terakhir.aku menyertai memandikan jenazah arwah nenek ku.ni pertama kali aku mandikan jenazah.Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.ramai sedara mara yang dekat dan jauh datang melawat arwah.Allah lebih sayangkan mereka berdua.al-fatiha untuk kedua-dua nenek ku.

okey berita yang gembira, esok satu2 nya adik lelaki ku akan menamatkan zaman bujang nya.betul lah orang kata, bila seorang dari keluarga kita Allah ambil mesti digantikan dengan yang baru.aku akan dapat adik ipar baru.Alhamdulillah...bakal adik ipar aku ni orang perak.jadi kami sekeluarga akan bertolak ke Perak awal pagi esok.doakan perjalanan kami pergi dan balik selamat.dan semua urusan berjalan lancar.insyallah..

walaupon penuh dengan suka duka, aku redha dengan setiap apa yang Allah dah tetapkan.aku cuma insan biasa yang masih banyak kurang dari yang lebih.semoga Allah sentiasa memberkati hidup aku sekeluarga.yang pergi kita titipkan doa agar mereka ini ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.amin.yang masih hidup ni teruskan hidup ke arah yang lebih baik dan menuju jalan yang direhdai Allah..

Monday 4 August 2014

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Walaupon dah masuk hari raya yang ke-9, aku tetap nak ucapkan 'Selamat hari raya maaf zahir batin' pada semua yang mengenali diriku sekeluarga.mana lah tau ada tulisan atau kata kata dalam blog ni yang buat sesiapa terasa atau terguris kan.harap dimaafi ye.kita kosong kosong..

tahun ni tahun ke-3 aku beraya sebagai isteri dan tahun ke-2 sebagai seorang mak.nak jugak tulis tu kan.hahaha..layan..kali ni raya, tema kami sekeluarga bewarna hijau.ni pilihan en.suami.aku tak beli baju raya baru pon.pakai yang tahun sebelum ni.recycle balik jek.jimat sikit.

lagipon baju tu cuma pakai berapa kali jek.lepas tu kena pulak dengan baju melayu aman dan bapak dia.aku okey jek.lagipon baju tu berlace segala bagai, kira up to date lah kan.sendiri perasan.hahaha.raya tahun ni beraya di kampung aku dulu dekat kota tinggi.raya dekat felda ni memang happening.meriah gitu.

lepas husband habis marhaban bertolak ke umah mertua di kg.melayu majidee.jumpa saudara mara kat sana pulak.almaklumlah banyak sedara kan.hihihi..takpa lah bukan selalu dapat berkumpul camni kn.walaupon penat tapi seronok tu jangan cakaplah.puas den cuti seminggu..dpt borak borak sambil bergurau senda bersama keluarga.semoga tahun depan jika dipanjangkan umur, dapat berkumpul lagi.

Keluarga kecil kami..Luv u..

bersama anak saudara dari kedah..

bersama mak abah dan adik adik perempuan

Thursday 24 July 2014

Bila teguran di salah erti

Salam Ramadhan

Sedih dan kecewa saja yang dapat aku katakan...errmmm..manusia kan.kita tak dapat jangka setiap kata kata dan perlakuan masing-masing.apsal aku sedih sampai camni sekali.ceritanya begini, semalam ada seorang kawan ni share kan satu artikel berserta gambar yang cukup menyayat hati.dimana seorang kanak kanak telah dilanggar apabila ibu sedang membuat bayaran dikaunter sebuah kedai.si anak berlari keluar tanpa disedarinya.dan ada sebuah kereta tidak perasan lalu terlanggar nya.keadaan mayat kanak kanak tu sangat menyedihkan hati.

aku sebagai seorang ibu dan paling tepat seorang manusia, memang rasa sedih bila melihat keadaan mayat kanak kanak tu.dengan rasa rendah diri aku menegur kawan aku ni supaya gambar seperti itu tak elok lah nak sharekan demi menjaga hati dan perasaan keluarga mangsa.takut boleh mengaibkan keluarga mangsa.iyalah kita tiada ditempat kejadian.kita pon tak pasti apa yang berlaku sebenarnya kan.tapi teguran dan nasihat dipandang enteng dengan kata kata yang tidak bersetuju dengan pendapat aku tu.aku terima...

aku bukannya mengharap orang bersetuju dengan aku.tapi cukuplah menghormati keluarga si mangsa.yup..memang niatnya untuk beri peringatan untuk semua.aku faham niat baik dia tu.aku tak nafikan niat itu.tapi pada pendapat aku yang kerdil ni, cukuplah hanya dengan tulisan.perlukah nak post dengan gambar dengan keadaan mayat yang penuh dengan darah tu?? tepuk dada tanya hati...Allah maha tahu apa yang kita hendak sampaikan.Insyallah..

aku teringat ada seorang kawan, abangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan terkorban.kemalangan tu takda lah teruk sangat.tapi abang nya terkorban mungkin akibat pendarahan dalaman.ada yang berkongsi gambar kemalangan tu di media sosial.si adik yang sangat bersedih mohon gambar tu di buang bagi menghormati mereka sekeluarga yang sedang bersedih.aku faham perasaan nya.sedih bila gambar mayat abangnya tersebar.kalau aku pon akan marah dan sedih bila ada yang kongsikan gambar ahli keluarga aku begitu rupa.

begitu lah jadi dekat kanak kanak ni.pasti semua orang akan salahkan si ibu kerana tak pandai jaga anak.mudah nya nak jatuhkan hukum.lupa kah kita pada qada' dan qadar Allah.keluarga ini dipilih bagi memberi pengajaran pada kita semua.mereka pon tak minta jadi begini.apa yang Allah kehendaki pasti berlaku dengan izinNya.harap keluarga mangsa banyak bersabar dengan ujian dari Allah.

tidak mengapa jika nasihat dan teguran tak diterima, itu hak masing masing.aku kena hormat.tapi tak perlu nak persendakan aku dengan perkataan yang berulang ulang sehingga kaitkan mangsa di Gaza.dan yang sedihnya dengan riak berkata 'kalau benda begini jadi pada anak aku, aku pasti akan kongsikan pada semua untuk jadikan pengajaran'.aku nak tanya, kalau anak kau tu pecah kepala..perot terburai, adakah kau nak kongsikan gambar anak kau tu??? dan post anak aku mati sebab kecuaian aku.. perkara tak terjadi pada kita memang boleh berkata begitu.cuba sudah jadi...aku tak doakan berlaku.tapi sekurang kurangnya hormati lah si mati dan keluarganya.

yup..mungkin nasihat tu agak kurang sopan, aku mohon ampun.sesungguhnya niat aku baik.aku tegur pon setelah dia pernah berkongsi beberapa gambar mayat yang amat menyayat hati akibat kemalangan sebelum ini.aku rasa terpanggil nak menegur supaya tidak berkongsi gambar mayat yang tragis lagi.aku sedar aku tak layak untuk menegur.anggap jek lah teguran tu sebagai sayangnya kawan kepada seorang kawan.niat anda memang terbaik.semoga Allah berkati usaha dan niat baik kita tu.bersangka baik dengan Allah adalah perkara paling positf.mohon pada Allah semoga jauhkan kita dari kajahtan dan teguhkan iman kita.aku pon masih banyak kekurangan.masih mencari redha dari Allah.

al-fatiha untuk arwah adik tu.sesungguhnya kau insan terpilih ke syurga Allah.kita ni belum pasti lagi terpilih atau tidak menjadi penghuninya.


Wednesday 16 July 2014

Doa untuk Gaza

Salam Ramadhan semua

Dibulan yang penuh barakah ni bumi Gaza bermandi darah lagi akibat serangan yang dibuat oleh rejim zionis.zalim!!! tu lah perkataan yang terkeluar dari mulut ini.memang zalim rejim zionis ni.tiada peri kemanusiaan langsung.sanggup membunuh orang yang tak berdosa.

bila melihat gambar gambar kekejaman zionis, hati ini memang geram, marah, sakit hati dan macam macam lah.bila lihat seorang wanita terkujur layu didepan makanan untuk berbuka puasa, hati ni betul betul tersentuh.kita di sini dengan begitu aman menikmati hidangan berbuka puasa.dan yang paling menyentuh hati bila kanak kanak jugak menjadi mangsa serangan rejim zionis.ada yang hangus terbakar, ada yang hilang anggota badan.ya Allah..sungguh hebat dugaan mereka di sana

air mata ni sentiasa jatuh bila lihat keadaan meraka.apa yang dapat aku lakukan??? hanya doa yang aku titipkan untuk mereka.semoga mereka sentiasa kuat dalam menghadapi dugaan yang maha hebat ini demi Allah s.w.t.mereka lah wira..wira  yang tak dapat disangkal lagi.semoga Allah memberkati mereka di dunia dan akhirat dan tamat kan lah kesengsaraan mereka di sana.

aku harapkan juga kita semua jangan berhenti membantu tak kira dari segi apa.tenaga atau wang ringgit.jika tidak mampu berbuat begitu.kirimlah doa untuk mereka.minta Allah berikan barisan tentera yang kuat bagi rakyat Gaza agar dapat lumpuhkan tentera kejam zionis.Allahuakhbarr....

bila video dah jadi 'viral'

Salam Ramadhan

Kecoh lah sejak semalam pasal kat fb bila seorang wanita marahkan sorang pakcik ni bila kereta dia dilanggar.dah jadi 'viral' video tu.memang pantas betol orang malaysia ni kan.bab bab camni memang semua nak jadi no.1.lagi zaman dah makin canggih ni kan.apa yang nampak depan mata, dirakam pastu upload untuk dapatkan rating yang tinggi.dan ramai lah yang share sana sini.motiff???

Sebenarnya aku bukan lah nak sebelah mana mana pihak pon.yang pasti masing masing ada salah dia.pertama pakcik yang langgar kereta wanita ni.dia tak sengaja...kedua, wanita ni pon ada salah jugak.rasa tak perlu jadi begitu 'rude' bila bercakap dengan orang yang lebih tua.tak kira lah apa agama atau bangsa sekali pon.aku memang tak setuju dengan sikap begini.sepatutnya dia perlu lebih sabar dalam menghadapi  situasi begini.ketiga..salah si perakam video dan meng'upload' di internet.apa tujuan dia buat begitu sebenarnya??hanya dia jek yang tahu.

aku sebenarnya kesian jugak dengan wanita ni bila satu malaysia dok kutuk perangai dia.yup..aku tau siapa tak marah kan bila kereta yang baru dibeli kena langgar.mungkin dia bekerja keras untuk dapatkan kereta ni kan.tu yang rasa marah tak dapat dibendung lagi.tapi aku rasa dia patut lebih profesional.tak perlu menjerit jerit macam tu.kalau aku pon bila nampak orang tengking  bapak aku camtu pon aku bengang weii..

anggaplah ni sebagai satu dugaan di dalam bulan ramadhan ni.yang suka kutuk kutuk tu hentikan lah.belom kena kat batang hidung sendiri kan.boleh lah cakap macam macam.ambil ikhtibar dari perkara ni.sebelum buat sesuatu berfikirlah sebentar.kelak memakan diri sendiri.dan yang paling penting kalau nak buat apa apa di tempat awam, tengok lah kiri kanan dulu.orang sekarang ni memang suka cari salah orang.mana lah tau waktu korang tengah korek hidung sedap sedap...ada yang rakam.pastu masuk kan kat internat.tak naya nama nya tu.hahahaha...



 

Wednesday 2 July 2014

Ulang tahun perkahwinan yg ke-3

Salam
 
Hari ni genap usia perkahwinan aku dan suami.tanggal 2 julai 2011 kami dinikahkan.masa berlalu begitu pantas.pejam celik dah 3 tahun melayari hidup berumahtangga ni.banyak suka duka dilalui bersama.hanya Allah yang maha tahu.yang paling menggembirakan dihiasi dengan kehadiran cahaya mata yang comel.
 
semua orang yang berumahtangga pasti mahukan kehidupan bahagia dunia dan akhirat bersama insan tersayang.aku pon begitu jugak.yang aku harapkan semoga Allah sentiasa berikan kami suami isteri keimanan, kesabaran, kekuatan dan kemurahan rezeki dalam menempuhi alam rumah tangga kami.
 
untuk suami tersayang mama akan sayangkan papa sampai bila-bila.kalau boleh kita sama-sama bahagia sampai jannah.kalau diizinkan oleh Allah.terima kasih menjadi suami yang tebaik untuk mama.terima kasih jugak menjadi papa yang terbaik untuk anak kita.terima kasih sabar dengan perangai mama yang ada pasang susutnya.mama akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk papa.I luv u sayang.
 
dihari pernikahan
 
 

Wednesday 18 June 2014

Selamat Hati Lahir Aman Firas Ahmad Damai

Assalamualaikum

Rasanya macam dah lama tak bersiaran kat blog picisan ni.bukan apa, sibuk sikit..memandangkan arini tak berapa nak sibuk, dapatlah menaip dan post kat blog ni.ikutkan takda cerita yg best sangat nak share.balik-balik perihal diri sendiri jek lah.huhu..

okey sempena bulan jun ni jugak, anak kesayangan mama tu dah menginjak usia yg ke-2 tahun.aman firas ni lahir pada tanggal 17 jun 2012 bersamaan dengan 27 rejab 1433 hijrah dan bersamaan jugak dengan hari isra' mikraj.amek ngko mama letak semua kat situ.

memang pantas masa tu berlalu.sekarang ni anak mama pon dah makin membesar.next year boleh jadi abang ae.hehehe..Inshallah.kalau ada rezeki dari Yang Maha Kuasa.kita merancang Allah yg tentukan.

okey berbalik pada birthday boy tu, mama takda lah nak buat birthday party segala bagai tu.lom berkemampuan kot.lagipon kesuntukan masa.cuma kami anak beranak jek yang sambut.belikan aman ni 2 biji kek.kenapa banyak sangat kn.satu kitaorang potong kat rumah.yg lagi satu tu antar kat umah baby sitter.dapatlah aman makan dengan kawan-kawan.

kek tu mama beli dari kawan masa sekolah dulu.satu kek indulgence dan satu lagi rainbow kek.yg kat rumah kitaorang potong kek indulgence.serius sedap wei.aman pon makan berapa slice.yang kek rainbow tu tak tahu rasa dia camana.tapi tengok luar tu memang cantik.sampai papa pon nak potong dua-dua.ni birthday siapa??hihihi..

malam besday aman tu papa masakkan yang special untuk kami anak beranak.untuk papa dan mama, papa masak steak.sedap woooo....apa pasal laki aku terror giler masak.hahaha...untuk besday boy masak burger special dan hashbrown.betul tak eja dia macam tu.siap nak resepi sila pm.hahaha...

Untuk hadiah pulak papa dah belikan basikal a.k.a 'bashikan' atau 'bashiron'.ni panggilan yang aman bagi untuk basikal kesayangan nya.hahaha...apa-apa lah hai ank..kamu memang super lawak.suka buat mama gelak guling-guling..mentang-mentang dah reti cakap.ikut suka hati jek apa nak kuar dari mulut tu kan.

Lastly, doa mama dan pap untuk aman semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t. menjadi anak yang bijak dan membanggakan mama dan papa dan dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara.Inshallah.tiada apa yang mama dapat berikan pada aman.cuma kasih dan sayang mama bersamamu wahai anak.semoga Allah akan memberkati kita sekeluarga jugak.I luv you sayang untill jannah.


Kek Rainbow..cantik kan..
kek indulgence..kek ni jek yang dapat potong kat rumah.ish..ish..:(

kali ni papa masak special untuk besday boy..
yang ni hadiah utk besday boy.basikal yang super cute.tapi bdk yg naik tu tak reti kayuh lg.huhu..

 

Thursday 1 May 2014

Cerita tak bertajuk..

Assalamualaikum

dah lama dah bersiaran kat blog ni.bukan apa, takde cerita yang best pon nak cerita kat sini.kalau ada pon yang biasa biasa jek.apa yang terjadi dalam beberapa minggu ni??

tanggal 13 april bertambah umur aku setahun.happy birthday to me.hehehe..yang ke berapa??malu ai nak cakap.dah tua kot.umur tak penting yang penting jiwa mantain muda.ahaks..doa untuk diri sendiri, semoga Allah sentiasa memberkati diri ini dengan iman yang teguh.

dan birthday tahun ni papa a.k.a en.suami masakkan western food untuk aku dan aman.sedap ngko..sedap hingga menjilat jari.ntah mana dia belajar masak camtu pon aku tak tahu.tapi serius memang sedap.ish..tetiba teringat kesedapan ikan salmon...thanks papa. :-*

ni antara hidangan di hari lahir..
terima kasih pada ahli keluarga dan kawan-kawan yang mendoakan untuk diri ni.sayang korang semua.hehehe...thanks jugak kat anak bujang sorang tu.thanks ye tolong habiskan semua kek mama ye...

okey cerita birthday kita tutup.ni ada cerita baru.hari ni ada perkara yang agak menyakitkan hati aku sikitlah.aku cukup hairan bin ajaib lah..apa pasal lah ada manusia yang lepas buang air kecik atau besar, tak reti ni flush.perghh...geram beb.hey manusia apakah ni?? kalau binatang aku boleh maafkan lah.ni manusia terpelajar dan ada hotak.

tolong lah consider sikit wei cik kak.ngko tu dah sedap kencing, reti-retilah flush.bukan susah pon kan.ngko ni jenis takda ati perasaan ke ape ni ae.ish..ggrrrrr....memang banyak kali kot jadi benda camni.pantang aku wei..dah lah kita ni membuang jugak.masuk-masuk toilet tengok bau hancing.pastu tengok kat mangkuk tandas ada benda yang tak sepatutnya.apa perasaan korang camtu.ngko ingat aku ni orang gaji nak flush kan untuk ngko.patut ke camtu???

aku rasa orang camni kat rumah sendiri pon jenis camni kot.kencing tak reti nak flush.kalau kat umah lantak ngko lah.ni kat tempat awam kot.susah agaknya nak berbuat baik dan tak menyusahkan orang lain.nampak tak tulisan lepaskan geram.hahaha...aku rasa korang mesti rajin dan takda perangai camni kan.sama-sama lah kita menjaga kebersihan.yeeayyy...

Friday 4 April 2014

Cerita pasal dia..

Assalamualaikum semua..

dia???sapa dia tu???dah malas nak suruh teka-teka.confirm takda siapa yang nak teka kan.siapa lah yang nak baca blog picisan kan.hahaha..dia tu anak aku lah.siapa lagi.rasa dah lama tak tulis pasal budak kecik sorang ni.apa dia dah pandai sekarang??macam-macam okeyyy..sampai naik antu dibuatnya.hahaha..

sekarang umur dia dah 1 tahun 9 bulan.memang kejap jek masa berjalan.pejam celik dah nak 2 tahun anak bujang aku sorang ni.dia pon dah pandai cakap sikit-sikit.banyak jugak lah perkataan yang dia boleh cakap.tapi pelat lagilah.mak dia jek faham apa dia cakap.bapak dia pon kadang kadang fail.hahaha..first time dia pandai cakap mama tu..menusuk jiwa beb..macam ni lah rasa orang ada anak kan.ucapan syukur pada Ya Rabb tak terkata.rasa dia..Alhamdulillah...

dan yang aku perasan tentang aman ni, dia ni penyang orangnya.tapi garang sikit  lah macam mak dia ni.hahaha...bukan garang sesaje tau.dalam garang tu sebenarnya tegas.tapi dalam hati ada taman ngko..haha..malu pulak cakap camtu kan.iyelah aman ni bila nampak baby memang suka betul dia.habis lah budak tu digomol-gomol dek dia.bukan setakat tu jek siap nak dukung lagi.tak padan dengan kecik kan.okey biar gambar jek berbicara.

nampak betapa penyayang nya dia kan.sampai baby tu nak tidur pon tak boleh.



semakin besar semakin banyak ragam dia aku tengok.kadang-kadang  tu tak terlayan jugak dibuatnya.iyelah dia sorang jek kan.memang manja terlebih sikit lah dia.ada lah satu ari tu dia buat perangai, aku terhilang sabar pulak time tu.maka terpukul lah montot dia yang ada pampers.ter tau...bukan sengaja.nanti ada kang kata aku dera anak.geram wei...dia flighting kick muka aku.sakit wooo...tu yang kena babap sekali.dia tak nangis ngko.dia gelak-gelak ada lagi.dia ingat aku nak main main dengan dia.gggrrrrr....

tu belum bab gunting rambut, suka betul dia kita orang bawak gunting kat saloon.amoi yang gunting.memang senyap jek lah.dulu bawak gunting kat kedai ravi a.k.a india, meraung kat situ jugak.tak tahulah apa yang dia takot pon tak tahu.mungkin orang tu gunting rambut dia guna mesin.tu yang dia takot kot.amoi ni guna gunting.pastu siap borak borak dengan dia.memang suka lah.memilih jugak ye awak ae.nak yang cun cun jek kan.geget tangan tu kang...huhuhu..apa apa lah anak.

tengok tu gelagat dia.sempat main jeling jeling lagi..
 
bab makan memang serah jek kat dia.memang berebut lah..lagi lagi makanan yang dia suka.memang takda can lah nak mintak sikit.kalau ambil jugak mahu menjerit kat situ jugak siap guling guling kat lantai..alahai anak.mama papa mintak sikit jek pon.tu pon tak bagi.apa apa lah..redha jek lah..hahaha..ni dah pandai makan aiskrim beb.memang pantang nampak.semua dia nak.siap silang panggung lagi ae..ish..ish..anak sapa lah tu kan.

amboi bang..sedapnya makan aiskrim ye..tak toleh kiri kanan pon ae.
 
dah lah terpanjang pulak entri ni.nak tulis sikit jek.tapi terjela jela pulak.huhu..saja nak bagitau yang aman belum nak dapat adik ae.tak penting pon nak bagitau kan.lantak situ.hahaha...bagilah dia manja lebih lebih sikit.lepas tu ajar dia jaga adik pulak.jangan babap adik ae nanti.kena jadi abang yang penyang tau.cukuplah cerita pasal dia ni.okey..babai..

gambar terkini lagi sensasi..ahakkkss...layan kan aje..
 



 

Friday 21 March 2014

Bila diri terkhilaf

Assalamualaikum

kita bukan maksum yang tak pernah buat salah sepanjang hayat.kita hanya manusia biasa yang kadang-kadang terkhilaf jugak dari landasan.hanyut dek hasutan syaitan dan iblis yang memang itu kerjanya.nak lihat manusia alpa dan lupa tentang tanggungjawab di muka bumi ini sebagai makhluk Allah s.w.t.

yup..aku jugak manusia yang pernah membuat salah.salah pada Allah..salah pada manusia.aku cuma manusia biasa.tiada kelebihan.hanya berserah 100% pada Allah.minta aku jauh dari leka dengan dunia yang hanya sementara.penuh pancaroba dan agendanya.itu semua ketetuan Dia.

baru-baru ni kampungku digemparkan dengan kes samun dan bunuh.yang dibunuh seorang makcik yang tinggal berseorangan dirumah.yang menyamun dan membunuh adalah anak-anak muda kampungku jugak.kes ni tak rumit.mudah mendapat suspek yang dikehendaki dengan bantuan orang kampung.tahniah pihak polis dan al-fatiha untuk arwah.

kat sini bukan aku nak menyentuh perihal kes itu.pasti semua tau jika membunuh hukumannya pastilah gantung sampai mati.nauzubillah...keadilan tetap akan ada.itu kita serahkan pada pihak berkuasa.itu kerja mereka.biarkan mereka menjalankan tugas.

dalam kes ni yang dibunuh dan membunuh tu semuanya sekampung.pasti lah semua sibuk mengherdik dan mengutuk pada pesalah.yup...kerana mereka bersalah.tapi yang menjadi satu kesedihan pada aku, tentang sikap segelintir manusia yang sibuk mengherdik ahli keluarga pesalah.tulis pelbagai benda dalam media sosial.mepadankan muka si pesalah.menulis itu ini, seolah-olah ahli keluarga tak membacanya.kenapa perlu begitu???

adakah mereka ingin perkara ni berlaku.aku pasti tidak.disebabkan kekhilafan salah seorang ahli keluarga mereka, mereka jugak perlu di perkatakan sebegitu rupa.hormatilah mereka.mereka tetap manusia yang mintak dihormati.ingat tu.tak kan lah sebab nila setitik, rosak sebelanga.sedih..

dan yang paling menarik, ramai yang menjadi keyboard worrior.berkata macam-macam seolah-olah dia dan keturunan baik dan tak buat salah.ingat Allah pilih mereka ni untuk berikan kesedaran pada kita.aku bukan nak sebelah pada yang salah.tapi mereka terkhilaf di dunia.itu ketetapan Allah.siapa kita nak tolak.

ingatlah Allah akan menguji kita mengikut kemampuan kita.hentikanlah segala tohmahan yabg boleh menyakitkan hati keluarga.rasa sedih bila melihat video di tv, bila seorang kakak pesalah begitu sedih bila adiknya dibawa keluar dari mahkamah.aku tau si kakak tau hukuman pada kesalahan adiknya.tapi kasih sayang tetap menebal dalam dirinya.hanya pelukan dan ciuman sementara menyatakan benda tu.

menyayat hati.mungkin tiada niat membunuh.tapi Allah maha tau.ambil dari sudut yang baik.Allah tunjukkan ni untuk memberi masa bertaubat sebelum nyawa diambil.pada yang asyik berkata tanpa rasa bersalah, ingat mati kita pon belum pasti sempat menyebut kalimath Allah.renungkan..kita ada keturunan.kita pon tak pasti kita akan diberikan keturunan yang confirm baik-baik.cuba letakkan diri anda di tempat keluarga mereka.Allah maha mengetahui.

Wednesday 19 March 2014

Kesempatan

Assalamualaikum

pasti semua pernah dengar perkataan ni.dan adakah korang  pernah berada dalam keadaan ni.tak kiralah sama ada menjadi orang yang mengambil kesempatan atau korang sendiri yang diambil kesempatan oleh orang lain.tepuk dada tanya hati masing-masing.

okey..kita letak kita diri ditempat orang yang suka mengambil kesempatan.banyak cabang dalam ambil kesempatan atas orang lain.contoh ayat 'takpe aku datang lambat arini,.aku kan baik dengan boss.ape ada hal kan??'. ni bagi yang rasa diri memang dah kamcing habes dengan seseorang tu.apa perasaan orang lain yang dengar sedangkan orang tu pon fikir banyak kali nak cakap camtu.biasanya orang camni rasa diri dah cukup bagus.rasa diri ada kuasa veto.itu pilihan dia.

kedua letak diri kita situasi orang yang diambil kesempatan.biasanya orang yang diambil kesempatan lambat perasan diri dipergunakan.iyelah niat baik untuk menolong dan membantu.tapi tak sangka pulak dijadikan batu loncatan untuk kesenangan orang lain.kesian kan.jika dah sedar diri dipergunakan camtu, sedar lah cepat.kalau tak sedar jugak.tak tahu nak cakap apa lagi.tu pon pilihan masing-masing.

rasa cukup tu jek lah.rasanya ayat dan penggunaan bahasa pon macam bersepah.ampun ya pada yang nak baca tu.tapi apa jua keadaan atau situasi, jangan ambil kesempatan.jika terlalu ambil kesempatan dalam kerja, pasti ada yang dilabel bodek.kesian lah pada yang lain.tu pon pilihan masing-masing.jangan buat sesuatu sehingga menyusahkan orang atau menyakitkan ati orang lain.renungkan lah..

Monday 17 March 2014

Layan bosan..

Assalamualaikum

sebenarnya tak tahu nak taip apa.disebabkan kebosanan melanda diri.maka merajinkan jari jemari ni menaip apa sahaja kat sini.bosan sebab ari ni ari isnin ke??eh..tak lah.aku ni tak kira ari apa-apa pon kalau nak datang bosan, bosan jugak.haha..

okey lah kita cerita benda terkini.abaikan jek diriku yang dilanda kebosanan ni.back to berita terkini.pesawat MAS MH370 masih tak dijumpai lagi.pelbagai usaha yang dilakukan, tapi MH370 masih hilang.tak tahu kemana pergi.pelbagai spekulasi dibuat tapi adakah semua tu benar??sampai ada yang mengaitkan kehilangan ini dengan keadaan politik semasa.errmm..

aku memang sedih bila dengar berita ni.apa lah nasib semua yang berada didalam kapal terbang tu kan.hanya Allah yang maha mengetahui.semoga minggu baru ni memberi sinar yang baik untuk kita menemui mh370 yang hilang tu.dan Allah jauhkan kita semua dari anasir-anasir jahat yang ingin melihat kejatuhan kita.mintak dijauhkan dari semua tu.amin..

beberapa bulan ni negara kita dilanda kemarau yang agak teruk jugak lah.sehingga air di empangan negeri selangor kekurangan air, dan kerajaan terpaksa membuat catuan air di sesetengah tempat.kesian pada yang terlibat.yang duduk rumah pangsa, terpaksa angkat air dari tingkat bawah untuk naik ke atas.bg yang duduk rumah teres atau rumah bawah, okeylah.tapi penat jugak kan.

dalam keadaan kering banyak pokok dan rumput terbakar yang menyebabkan jerebu.Alhamdulillah semalam hujan turun.dapatlah membantu kurangkan jerebu yang melanda sekarang ni.syukur pada Allah.diharap dengan hujan ni dapat memberi sinar baru dalam misi pencarian mh370.semoga segala urusan dipermudahkan.amin hendaknya.

dalam keadaan kesedihan ni, negara digemparkan lagi dengan berita yang kurang enak.berita 6 orang mati akibat penyalahan gunaan dadah die konsert festival future asia di bukit jalil.yang buat aku jadi lagi sedih, antara yang meninggal tu adalah orang melayu islam.ya Allah.kenapa boleh jadi macam ni.okey kat sini aku tak nak salah kan sesiapa.kita harus bersama-sama menangani masalah ni.baik dari segi kerajaan, keluarga dan orang sekeliling.

dadah adalah punca kerosakan.rasanya anak muda sekarang elak kan lah diri dari nak ambil dadah ni.tak cool pon okey ambil dadah.jangan jadi hamba dadah.kelak rosak hidup.jadikan apa yang terjadi sebagai pengajaran pada yang kita yang masih hidup.cukup nak buka aib si mati.semua tu kerja tuhan.siapa kita nak hukum mereka.kita pon sendiri belum pasti bila di sana nanti.al-fatiha..

Tuesday 11 March 2014

Spekulasi MH370

Assalamualaikum

Pelbagai spekulasi yang dibuat mengenai kehilangan pesawat MH370 ni.lagi-lagi di media sosial ni.semua begitu galak menjadi pakar segera.kenapa mama panggil pakar segera??cuba jek lah tengok macam-macam spekulasi dihebahkan tanpa nak fikir keluarga mangsa pesawat.

sudahlah tu...cukup lah tu..dah takde belas kasihan ke melihat mereka-mereka ni dalam kesedihan yang mengharapkan keajaiban agar MH370 dapat dijumpa.kepada semua pakar segera ni renti kan lah ye.jangan nak tunjuk anda tu hebat, bagus dan bijak kalau hanya di keyboard saje.serahkan pada pakar yang menganalisa mengenai ini.

dan yang paling hebat sehingga ada yang sanggup memanggil bomoh untuk mencari pesawat yang hilang.ish..ngeri pulak dengar.mana hilang nya pegangang agama mereka ni.percaya pada perkara yang syirik sebegini.bukan ke menduakan ALLAH tu syirik.tak terfikir ke perihal ni.bukan ke ALLAH tu adalah sebaik pertolongan.mohon jek pada DIA.Insyallah akan diberi jalan.

ayuh semua, bersama-sama kita berdoa memohon pada yang Esa agar dipertemukan kita dengan MH370 ni.percayalah disebalik kejadian pasti ada hikmah yang kita tak nampak.tu sudah pasti.ingat janji ALLAH tu pasti.mati atau hidup semua tu kerja Allah.apa yang kita buat jangan sesekali berputus asa dalam memohon.pohonlah dengan seikhlas ati.sesungguhnya Allah maha mendengar.

 

Monday 10 March 2014

#PrayforMH370

Assalamualaikum

Rasanya umum sedia maklum mengenai kejadian pesawat kepunyaan MAS MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing hilang dari radar pada awal pagi sabtu lepas.kejadian yang menggemparkan bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.hilang tanpa jejak.dan operasi mencari masih lagi dijalankan

sekarang ni pihak berkuasa dibantu oleh negara-negara luar seperti China, Vietnam, Singapura, Australia dan USA bersama-sama berusaha mencari kemana hilang nya MH370 ini.seramai 227 orang penumpang dan 12 anak kapal berada di dalam pesawat berkenaan.

marilah kita semua tak kira apa bangsa, agama dan negara bersama-sama berdoa untuk kesejahteraan pesawat MH370.semoga semua urusan mencari dan menyelamatkan dipermudahkan.mama pasti semua ingin mengetahui perkhabaran mengenai kejadian ini.

kepada pihak yang sibuk menyebarkan pelbagai spekulasi mengenai kejadian ini, hentikanlah ye.hormatilah kepada keluarga mangsa yang terlibat.cuba letakkan anda ditempat mereka.sedih sudah pasti kerana masih menunggu berita mengenai orang tersayang.jangan diganggu  mereka yang sedang mententeramkan diri.semoga mereka tabah menempuhi dugaan dengan banyakkan berdoa.

gambar masa pergi ke Dubai dengan pesawat MAS

gambar masa pergi ke Dubai dengan pesawat MAS #Prayformh370

 

Sunday 23 February 2014

Cabaran membesarkan anak

Assalamualaikum

Rasanya semua umum sudah sedia maklum berkenaan kes keluarga rakyat malaysia yang tinggal di sweeden mendera anak mereka.mama jugak salah seorang yang mengikuti perkembangan kes ni.dan pelbagai versi yang dapat kita baca tersebar di laman maya sebelum kes disebut di mahkamah.dan akhirnya minggu lepas prosiding dimulakan.apa-apa pon biarlah pihak yang berwajib jalankan tugas mereka.jangan buat sebarang spekulasi berkenaan kes ni.

kat sini mama bukan nak kongsikan berkenaan cerita ni.tapi cara bagaimana ibubapa membesarkan anak.yup..mama sendiri pon dibesarkan dengan bukan cara yang lemah lembut oleh mak bapak mama.tapi takda lah sampai dera.tapi apa yang mereka buat semua tu demi kasih dan sayangkan mereka pada kita.

pasti yang membaca ni pon dah jadi ibu dan bapa.bila kita berada disituasi ibu dan bapa, baru lah kita rasa kenapa ibu bapa marah kita kalau kita buat salah.betol tak??tapi zaman sekarang ni sudah berlainan dari dulu.kita sebagai ibu bapa yang bersekolah, rasanya boleh mengambil cara pendekatan yang berlainan.mungkin anak-anak sekarang mahukn belaian.mahukan kita dekat dengan mereka sebagai rakan.

rasanya kalau kita pukul atau marah-marah mereka pon akan mengganggu mental mereka yang hendak membesar.pastinya akan terkesan sedikit dalam hati mereka.siapa tahu kan??hanya si anak sahaja yang merasa.mungkin ada sesetengah ibu bapa mengambil pendekatan untuk memukul jika anak melakukan salah.mungkin itu cara masing-masing.jika memukul mengikut cara islam yakni untuk mengajar tiada masalah.

sebagai contoh jika seorang ank yang berumur 7 thn ke atas tidak bersolat, kita boleh memukul bahagian kaki atau pinggang ke bawah.tapi jangan sampai mencederakan.dan jangan lupa bagitau atau berikan penjelasan kenapa kita memukul.rasanya dengan cara begitu, mereka ni lebih faham mengenai apa yang patut mereka patuh.

mama pon dalam proses membesarkan anak.walaupon usia baru menginjak 2 thn.tapi untuk persediaan masa akan datang.iyalah kadang-kadang kita susah nak kawal emosi di kala marah.dan mama mengharap supaya ALLAH memberikan kemudahan dan kesabaran dalam mendidik anak kelak.sebab anak tu tanggungjawab dan amanah dari ALLAH.
 

Tuesday 18 February 2014

Tips bercuti di Dubai

Assalamualaikum

I'm back...hoiyee..hoiyee..nampak tak keterujaan nak menulis setelah sekian lama tak menaip kat blog picisan ni.kepada yang sudi baca terima kasih diucapkan.hehehe...okey tak yah nak ngomel banyak sangat.back to the topic.seperti yang dijanjikan sebelum ni, mama nak bagi tips kalau anda semua nak bercuti di Dubai.maka dipersembahkan... :D
  
1. Pertamanya, kalau nak bercuti kat Dubai ni pilih dalam bulan December hingga April.sebab time ni cuaca lebih sejuk jika nak dibandingkan dengan bulan lain.just nice.sebab musim panas di negara arab ni memang panas sangat.kalau tak silap boleh cecah ke 40 degree.panas kan 

2. siapa yang nak harga tiket murah, rajin-rajin kan lah diri survey kat MAS.rasanya setiap tahun akan ada promosi camni.so jimat tak

3. bila dah sampai kat Dubai, jika anda pergi dalam group yang ramai.bolehlah pilih teksi yang boleh masukkan semua skali dalam satu masa.jangan risau kat sana memang ada teksi ala2 mpv seperti innova.so mudah dan jimat.

4. berkenaan teksi ni, kalau boleh jangan minta staff kat hotel korang duduk tu no contact driver teksi or else lah.sebab biasanya harganya akan lebih mahal dari korang tahan sendiri jek kat tepi jalan.biasalah maybe dia ambil tips sikit kot.sebab dah terkena kan.hehehe.. 

5. jika nak bershopping di souk, digalakkan bawa beg tarik atau troli kecik ke.sebab kat situ korang akan rambang mata nak beli macam-macam.bila dah beli banyak2 tu pastilah tak larat nak pegang.so bila letak dalam beg, boleh tarik jek.senang tak.pengalaman sendiri bila dah beli abaya, pastu beli kacang.korang bayangkan semua tu nak pengang guna 2 belah tangan.memang lenguh beb. 

6. masa kat dessert safari yang naik 4WD tu.kalau siapa yang cepat mabuk tak digalakkan duduk di seat belakang.then sediakan minyak kapak ke dan plastik.mana tau, in case dalam kereta nak termuntah kan.dah ada back up.  

7. malam di desert memang sejuk.so standby baju yang tebal sikit.sejuk dia memang sampai ke tulang.dan jangan lupa cuba aktiviti yang disediakan kat situ. 

8. berkenaan makanan, kat Dubai ni potion makanan dia semua besar-besar.kalau kat malaysia boleh makan untuk 2 orang.almaklumlah  orang arab ni makan banyak.so jika nak order better ambil 1 dish then share untuk 2 orang.jimat dan takda pembaziran kat situ.bagi yang makan banyak ok kot nak amek 1 dish.hehehe.. 

9. last sekali, ni yang penting.jangan lupa ambil seberapa banyak gambar disetiap destinasi yang korang pergi tu untuk dijadikan kenangan dan boleh lah share dengan keluaga dan kawan-kawan.jangan bagi tunjuk gambar jek.cenderahati jangan lupa tau.ngeh..ngeh..

**Note kecil: kalau sesiapa yang nak ajukan sebarang soalan boleh lh email kat saya di sini zuhoney@yahoo.com
memandangkan saya ni jarang sekali nak buka blog, boleh lah antar email jek.thanks pada yang sudi baca dan bertanya..

Monday 10 February 2014

Part 4 - Trip to Dubai

Assalamualaikum.

dah sampai part 4 mama dok bebel corat coret kat sini.okey just nak bagitau ni last day mama kat Dubai.part yang paling best adalah shopping time.hehehe..jangan lepas kan peluang ni.tempat yang mama pergi ni memang top bagi pengunjung yang nak membeli barangan dari tanah arab.nama tempat tu souk.kat souk ni macam-macam barangan yang dijual.dari pakaian, herba, rempah dan emas pon ada.

souk ni memang besar.tempat ni macam jalan masjid india kat KL tu.harga barangan kat sini lebih murah dari tempat lain lah.bayangkan abaya di jual kurang dari AED100 brsamaan dengan kurang 100 duit ringgit.ni harga abaya yg berkualiti tau.kalau kat malaysia harga boleh cecah 200 ringgit untuk sehelai.

kat sini ada jugak jual kurma segar, kekacang seperti badam, gajus dan macam-macam lagi.harga memang murah jika nak compare dgn negara kita.bagi pengumpul dan penggemar emas, gold souk ada jawapannya.harga pon jauh lebih murah dari negara kita.rambang mata dibuatnya bila datang ke sini.macam-macam barangan yang bercirikan arab ada di souk dangan harga yang sangat berpatutan


Naif market ni menjual pakaian seperti abaya, jubah lelaki dan perempuan, shawl dan banyak lagi

Herbs market..

Pelbagai cenderahati pon boleh didapati kat sini


Gold souk
macam-macam design emas boleh beli kat sini..

lepas puas membeli belah, kami berjalan di kwsn sekitar untuk melihat apa yang ada di dubai ni sebelum pulang ke malaysia pada malam ari.untuk menikmati keindahan dubai melalui jalan sungai, ada jugak perkhidmatan abra (boat) disediakan.kami pon tak lepaskan peluang utk mencubanya.abra disini tak lah secantik di souk jumeirah.tapi abra ni besar sedikit.

bayaran yg dikenakan hanya AED1.murah kan.sepanjang perjlanan merentasi sungai ni, kami dapat lihat byk boat-boat dan kapal-kapal mewah sepanjang sungai ni.dari sungai ni jgk kami dapat lihat rekaan bangunan yang serba canggih.perjalanan kami lebih kurang 30 minit.

ni abra yang kami naik
kapal-kapal yg berada disepanjang sungai

restoran mewah di atas kapal

antara bangunan yg dpt dilihat sepanjang sungai

okey tu jek lah pengembaraan kami di bumi arab dubai selama 4 ari.malam tu kami pon dah bertolak balik ke malaysia.rindu kat anak ni membuak-buak.suami pon rindu jugak.aauuwww...gedik kan.okey next entry mama nak bg tips untuk sesiapa yang nak bercuti di dubai ni ae.tunggu..byee...

Thursday 6 February 2014

Part 3 - trip to Dubai

Assalamualaikum

Dah sampai ke part 3.kiranya hari ketiga mama di Dubai.macam biasa breakfast di hotel.lepas tu bersiap untuk ke destinasi seterusnya.kat mana??? ke Miracle Garden.kami ke sana menaiki teksi.miracle garden ni jauh sikit dari hotel yg kami tinggal.perjalanan ambil masa hampir setengah jam.

Miracle Garden

Bayaran masuk ke miracle garden ni hanya AED20.ia dibuka pada jam10 pagi.disebabkan kami sampai awal, kenalah tunggu tempat tu bukak.pekerja pon tak sampai lagi.huhuhu..nampak tak semangat.

miracle garden ni sebuah taman bunga  yang mempunyai art landscaping yg pelbagai bentuk.dari bentuk burj khalifa, bentuk kereta F1, bentuk hati dan macam-macam lagi lah.pendek kata memang cantik-cantik semua bunga kat situ.menakjubkan bunga segar boleh hidup di padang pasir ni.rasanya memang kerjaan UAE mengeluarkan modal yg banyak utk jayakan projek tanaman bunga ni.disepanjang pokok-pokok yg ditanam, ada saliran air dibuat bagi memudahkan proses siraman pokok.

nampak tak jelitawan di balik bunga tu.hehehe..

mama aman nak posing jugak

payung-payung yg cantik.

bunga-bunga segar

bentuk hati

burung helang kalau tak silap

Mall of Emirates

Shopping mall lagi.pada yg suka shopping barang-barang branded ni lah tempat yg sesuai.rasanya harga dia lagi better dari tempat lain kot.dengar dari orang lain cerita.nak beli sendiri rasanya belum mampu.hehehe..

kat sini jugak mama dapat peratikan macam-macam brand dari coach, LV, fendi, jimmy choo pon ada.macam-macam lah.berpinar mata tengok barang-barang branded ni.dan dalam ni selain shopping shop ada jugak ski dubai.menarik kan.

 
butik coach

di dalam MOE

besar mall ni.boleh sesat kalau jalan ni
bumbung mall yg menarik

pak arab ni pergi shopping bawak ferrari wei..kaya..kaya..

pameran bentley di MOE..new design..


Ski Dubai

Memandangkan dalam MOE ni ade ski, kami tak lepaskan peluang nak masuk.bila lagi kan.kami hanya ambil utk snow park pakej jek.hanya AED200.kalau nak main ski pon ada.ambil ski slope day pass harganya AED300.memandangkan untuk main ski kita kena pergi kelas baru dia benarkan kita main ski bagi tujuan keselamatan, so kami pilih ambil snow park sahaja.yang penting dapat feel main salji tu.suhu dalam ni 3 calcius.sejuk kan..maklumlah negara sendiri takda salji.maka tak lepaskan peluang nak try ni.

untuk masuk dia akan bagi baju, kasut dan glove.glove yg diberi nipis sikit.jadi digalakkan bawak sendiri yg tebal bagi yang tak tahan sejuk.glove yg dibagi boleh simpan bawak balik.macam baju dgn kasut tu sila pulangkn ye.hehehe..di situ jugak disediakn laci utk simpan barang.tak perlu risau semua barang dijamin selamat.

eh.eh..mcm nk terbang jek..

jom naik..

dalam ski dubai

banyak salji...best main baling-baling

pemandangan dalam ski dubai lagi

gayat jugak naik benda ni..ish..sejuk..sejuk..

 Global Village

Selepas puas bermain salji dengan hidung dah merah akibat menahan kesejukan, destinasi seterusnya ialah Global Village.Jarak dari MOE kira-kira 27km.naik teksi dalam 20 minit lebih saja.Global Village ni hanya dibuka pada bulan Jan-April kalau tak silap mama.bayaran AED10 dikenakan untuk setiap seorang dewasa.

Apa yang ada kat sini??saban tahun kat sini akan diadakan festival bagi mengumpulkan budaya dari seluruh dunia.akan ada bukak booth2 ala-ala macam kedai yg menjual barangan dari negara masing-masing.ada juga pertunjukkan tarian dari negara yang mengambil bahagian.antara negara yang mengambil bahagian seperti UAE, Arab saudi, iran, spain, UK dan banyak lagi lh.negara kita Malaysia pon ada.sempat lah masuk untuk melihat apa culture malaysia yang boleh kita lihat.tapi sedih..hanya ada jual pakaian ala-ala barangan dari cina.takda langsung nampak culture malaysia yang ditunjukkan kena improve lagi ni.
 
ni tarian lelaki arab.lupa dari negara mana.


booth palastin

Sungai kecil yang cantik

Jordan..

China booth


persekitaran festival

India..

Philipines pon ada.