Tuesday 27 August 2013

Gathering Hari Raya di Villa D'faro A famosa Resort

Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas mama dan kawan-kawan ada buat gathering.nak tau kat mane?tempat yang best dan sesuai bagi kiteorang and sesapa yang nak pergi bercuti secara berkumpulan dan juga yang ada anak kecik macam kami semua.hehehe.ceteke..ceteke.dah lah tak nak teka sangatlah kan.gathering kali ni kami buat kat Villa D'faro di afamosa resort.untuk info semua, villa ni betul-betul ada kat dalam afamosa.jadi amat sesuai lah kalau yang nak mandi manda dan jalan-jalan kat famosa resort untuk stay kat villa ni.

kat villa yang kami duduk ni, ada 4 bilik dan 2 bilik air.setiap bilik tidur ada aircond.jadi tido anda pasti nyaman.villa ni jugak ada disediakan peti ais, microwave, kattle, rice cooker, dapur dan peralatan untuk memasak.kalau nk buat bbq pon boleh.ade tempat bbq yang dia sediakan.cuma bawak jaring, arang dan makanan yang korang semua nak masak.mudah kan.jadi tak payah keluar cari makan kat luar.sambil berbbq tu boleh mandi di swimming pool.macam villa yang kami duduk ni, swimming pool dia kat depan rumah.jangan risau ade pokok2 yang dia  tanam.jadi bila mandi tu takdelah orang lalu lalang depan rumah nampak korang mandi.hehehe..

best tak villa yang mama cakap ni.kiranya pada sesiapa yang nak spend time lame bersama family atau kawan-kawan, rasanya ni tempat yang sesuai untuk korang pergi.berbaloi-baloi tau :D.selain villa, kat afamosa resort ni ada macam-macam antaranya water world (untuk yang nak mandi kat waterpark), safari nigth, cowboy town (dua-dua ni kalau tak silap mama dia ada pada waktu malam jek).ada jugak pintball.banyak lagi lah.kalau nak tau datang sendiri lah.mama pon tak pergi jalan-jalan kat afamosa tu.

kiteorg cume lepak-lepak kat villa sambil makan dan mandi kolam.satu family bawak dish sendiri dari rumah.sampai sana terus ngap..makanan haruslah berkonsepkan hari raya kan.ada ketupat, rendang, ayam goreng, lodeh, spageti dan macam-macam lagilah.takde gambar makanan.dah leka makan sampai lupa nak snap gambar makanan.huhu..aktiviti pon dah cukup best tau.tak caya, pergilah book villa tu cepat.mama dapat contact no. ni semua dari mudah.com.mula-mula tu ragu-ragu jugak kn.iyelah die offer harga untuk villa tu cuma rm500 jek 1 malam.yang lain mama survey harga semua atas 600 hengget ok.jadi kami share untuk 4 family.so korang kira lah sendiri 1 family kena bayar berapa ye.kat situ memang jimat berbaloi-baloi.best tak..hihihi..

dah lah malas nak cerita banyak.biarlah gambar menceritakan semua.psstt...jangan jeles tau gambar kiteorang berbaju raya di tepi kolam tau.hihii...dah macam shoot untuk majalah mangga.kali ni punye trips memang paling best.selain dapat jumpa kawan-kawan, dapat jugak berhari sama-sama di villa ni.kawan-kawan next time kita plan lagi camni ae.semoga persahabatan kita ni kekal sampai bila-bila...sayang korang semua.muuaahh..:-*


mandi kolam..

wajah mama-mama..
papa-papa dan anak lelaki...

kami..:D
gambar setiap family..
candid by us..

gambar tepi kolam


cadid di tepi swimming pool
Selamat hari raya dari Damai sekeluarga.hehehe..


***kalau sesiapa yang nak book villa ni boleh contact no. ni ye 019-3909154 (Wafi/Nor)

Tuesday 20 August 2013

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

walaupon arini dah masuk 14 syawal. rasanya tak terlambat kot mama nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin untuk semua yang mengenali mama.tak kira lah yang kenal rapat atau yang kenal gitu-gitu jek.janji yang kenal mama kan.walaupon mama ni bukanlah orang yang popular.hahaha...hamboi ayat nak best jek kan.teruk..teruk...

untuk tahun ni kami sekeluarga beraya di belah mama.yakni beraya di kota tinggi.sebab pertama memang turn site mama.dan sebab kedua mak dan bapak mertua mama balik kampung nun jauh disana..:(.ni pon belom balik ke malaysia.dijangka mungkin hujung minggu ni baru lah mereka balik ke sini.

takpe lh...raye kan sebulan.jadi sempat lagi nak bermaaf-maafan.hehehe...saja nak cerita raya tahun ni, semua adik beradik berkumpul.seronok weii...bukan selalu dapat rasa camni okey..dan part yang paling best tahun ni jugak macam-macam kiteorang masak untuk juadah hari raya.selain ketupat sebagai juadah wajib.abang mama yang dari kedah tu menunjukkan bakat buat lemang.sedap okey itu lemang..lembut sangat...memang terbaek lah.

juadah lain ade jugak ketupat palas.part ni memang kakak ipar yang dari kedah tu yang buat.lauk-lauk lain tu biasalah ayam masak merah, rendang daging, sambal goreng jawa dengan sambal kacang.makan sampai boncit..hahahaha...malas nak bebel banyak-banyak, jom layan jek lah gambar hari raya kami.:D

Gambar kami sekeluarga di pagi hari raya



Gambar di hari raya ke-2


Keluarga mama
lagi kelaurga mama
Keluarga besar saya...
mama dan adik-adik
ketupat yang sedang merebuskan diri..huhuhu
lemang buatan sendiri oleh abang mama..