Friday 26 July 2013

Bila kita yang terpilih...al-fatiha..

Assalamualaikum..

baru-baru ni kita digemparkan mengenai seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang meninggal dunia akibat ditinggalkan di dalam kereta lebih dari 5 jam.semua pon dah sedia maklum mengenai kes ini.kat sini mama tiba-tiba terpanggil nak ulas mengenai benda ni.yup..ramai yang akan salahkan si ibu.betul tak???sebab perkara ni berlaku disebabkan kecuaian ibu.sebab masa tu si ibu yang terlupa perihal anak yang ada di kerusi belakang kareta gara-gara terkejar-kejar untuk menghadiri mesyuarat.

selepas kerja semua selesai, dia pon kembali ke kereta dan dapati dia dah terlupa anak yang tertinggal di dalam kereta.sepatutnya dia hantar anaknya ke rumah pengasuh.tapi segalanya telah tertulis.si ibu mula diuji oleh ALLAH.terus tesentap jantung, bila melihat keadaan anak yang kebiruaan yang tak sedarkan diri.Ya ALLAH sungguh berat dugaanMu ini pada si ibu.pada ketika hanya air mata saja yang dapat menggambakan betapa rasa bersalahnya pada si anak.

rakan-rakan yang berada disitu terus memberi pertolongan dengan membawa anak kecil tu ke klinik berhampiran dan doctor mengesahkan si anak sudah pergi menghadap yang Maha Esa..lagilah meruntum hati si ibu bila doctor memberitahunya yang anaknya dah tiada lagi.Allahuakhbar...tiada kata yang dapat diperkatakan lagi.dikala ibu ni sedih diatas kehilangan anak tersayang, dia dihujani dengan pelbagai kata-kata yang penuh sinis dan makian yang menyalahkan dia atas kematian anaknya.

kanapa lah ada manusia yang sebegini rupa.sesedap rasa menunding jari menyalahkan si ibu tanpa mengetahui perkara yang sebenar.perlukah kita melontarkan kata-kata yang hanya menjatuhkan manusia lain.cuba letak diri kita sendiri ditempat beliau, apa yang kita sendiri rasa.sudah semestinya akan merasa terlalu down dan perasaan terlalu bersalah menghantui diri.tak kasihan ke pada beliau.dah lah kehilangan anak, lepas tu terpaksa menerima pelbagai kata-kata negatif yang boleh membuatkan dia separuh gila???

mama pon seorang ibu..ibu mana yang mahu lihat anak sendiri yang dikandung lebih 9 bulan pergi dalam keadaan penuh tragis begitu..cuba bagitau mama..hanya ibu yang tak waras dan berhati syaitan sahaja sanggup bunuh anak sendiri.cukuplah menyalahkan si ibu, kerana dia pon tidak tahu percaturan hidupnya sebegitu rupa.segalanya caturan ALLAH.ALLAH memilih dia untuk menempuhi semua ni.ALLAH tak kan menguji hambaNya diluar kemampuan manusia itu sendiri.maknanya anda mampu walaupon perit untuk menerima.sepatutnya kita yang mempunyai akal fikiran untuk berfikir, ambil iktibar dari apa yang telah berlaku.

untuk si ibu, kuatkanlah semangat.anak anda pasti akan sedih melihat anda bersedih sebegini.percayalah dia tak kan salahkan anda dengan apa yang telah berlaku.ni semua kehendak ALLAH.setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.pasti semua perkara akan berjalan dengan baik.pada ahli keluarga lain terutama suami, berikanlah semangat untuk isteri anda bangkit dari apa yang telah berlaku.ALLAH memilih anda dalam perkara ni bagi memberi pengajaran untuk manusia lain.ALLAH tak pernah kejam pada hambaNya.percayalah..pada adik Nawal Irish, damailah kamu disana menjadi bidadari syurga.nantikan ibu dan ayahmu disana.al-fatiha..

Tuesday 23 July 2013

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum..

Salam ramadhan untuk semua umat Islam.rasa tak terlambat lagi kot nak wish.walaupon arini dah masuk ke ramadhan yang ke-15.hehehe..yang penting masih dalam bulan ramadhan kan.kan..:D.seronok tahun ni mama dapat berpuasa.sebab tahun lepas mama tak dapat puasa langsung.iyelah masa tu dalam pantang lahirkan anak.sob..sob..:(.

seronoknya tahun ni anak bujang mama tu pon sudah boleh join masa bersahur dan berbuka.maknanya berbuka bertiga lah.walaupon hakikatnya dia tak puasa.hehehe...part yang paling best time buka puasa, aman yang sibuk nak join kami berbuka mintak mama pangku dia.kalau tak dapat, memang menangis lah jawabnya.apa yang mama makan semua dia nak.mama ni mestilah tak sampai hati tengok anak sendiri buat muka kesian minta disuap, maka memang berkongsi lah semua makanan dengan dia.huhuhu..

takpelah anak punya hal.apa ada hal kan..tak baik berkira.hihihi...apa yang mama tengok aman ni semakin besar, semakin besar jugak lah selera makan dia.pantang nampak orang tengah makan.memang diserbu lah oleh aman tanpa mengira siapa orang tu.senang cakap pasal makan semua boleh jadi kawan lah.good job my boy..lepas ni mama memang kena rajinkan diri lah masak untuk aman kan.kan..

cerita pasal bulan puasa ni, ramadhan kali ni kami kurangkan pergi bazar ramadhan.bukan tak pergi langsung.pergi pon bila penat dan malas nak masak.kebiasaaan memang mama masak lah untuk juadah berbuka puasa.tu pon yang simple2 jek.takdelah meriah sangat.janji boleh makan.memandangkan papa pon tak cerewet pasal bab makan ni.lagi senang lah kerja mama.jimat pon jimat..duit tu boleh beli baju raya.hehehe...

apa-apa pon dibulan yang baik ni, sama-sama lah kita mengejar seberapa banyak pahala.puasa ni bukan setakat menahan lapar sahaja.tapi banyak kelebihan dan kebaikan yang kita perolehi dengan berpuasa.jangan lupa bayar zakat fitrah tau..selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran demi mendapatkan keredhaan dari ALLAH.

Thursday 4 July 2013

Bila hati rasa sedih...

Assalamualaikum..

Rasa macam dah lame tak tulis apa-apa kat blog ni.sebabnya tak tahu nak tulis apa..boleh gitu.arini nak tulis ringkas jek.sebab takde cite yang best sangat.hari-hari yang mama lalui sama jek.takde yang nampak best pon.tapi yang penting mama happy dengan ape yang ALLAH dah berikan kat mama.syukur tu perlu...jangan lupa pada Maha Pencipta.

sebenarnya mama arini macam sedih sikit lah.iyelah sedih bila ada orang yang mempertikaikan apa yang mama buat.susah jugak bila jumpa orang yang camni.suka membezakan apa yang die buat dengan apa yang kita buat.yup...mama tahu kekurangan diri mama.tapi tak perlu membezakan apa yang die buat tu terlalu sukar dan apa mama buat tu terlalu senang.kire macam kacang goreng lah.takde stress...

mudah jek tanggapan orang bila nampak kerja kite ni terlalu senang dan sibuk bercerita di sana sini mengenai susahnya apa yang dilaluinya.ingat diluar sana masih ramai yang lagi susah dari kamu.memang niat hati sekadar luahan rasa hati, tapi perlu ke membabitkan orang lain yang takde mengena dengan kerja tu.adil ke????

ikutkan mama malas jugak nak layan manusia ada sikap sebegini.lama-lama boleh buat kite jadi down.cuma apa yang mama boleh buat, berdoa semoga orang camni berhenti dari berperangai camni.mama pon insan biasa.yang ade hati perasaan.dan yang paling penting mama ni pon cuma insan biasa.tak sempurna mana.