Tuesday 25 June 2013

Bila sampai masa..

Assalamualaikum..

Dah lame tak tulis apa2 kat blog ni.tiba-tiba terajin pulak nak menaip arini.bukan ape...takde idea nak tulis.balik2 cerita pasal anak kan.mesti ade yang bosan baca kot.jap..jap..ade ke yg baca blog picisan ni.takde kot.hukhukk...

minggu lepas mama dikejutkan dengan 2 berita kematian.memang terkejut dan tiba2 terfikir sendiri bila pulak sampai masa kita kan.berita kematian yang mama terima anak kepada kawan mama yang baru berusia 2 bulan.punca kematian disebabkan jangkitan kuman pada paru2.dari cerita kawan mama tu, baby die dah start batuk2 dari dalam pantang.tapi bila die bawak pergi klinik, doc kata takde pape.then kawan mama ingat takde pape lah.nak jadikan cerita ari kedua die naik keje, dia balik tengahari utk susukan anak die..tgk kakak die menangis-nangis bila tgk baby tu tak bergerak.Ya ALLAH...sungguh besar dugaanMu.

kawan mama ni angkat baby die yang tak bernyawa sambil menangis dan mintak anak die bangun.tapi ALLAH lebih sayangkan anknya.bila dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.kawan mama tu cerita, ikutkan die tak nak buat bedah siasat kat mayat bayi die.tapi procedure polis dan hospital, die terpaksa akur.mama tau die sekeluarga tak nak arwah anak die rase sakit bila dah kena belah sana sini.yang paling buat mama sedih sangat, die redha dengan pemergiaan anak die tu.dan susu masih banyak.sambil perah sambil nangis bila kenangkan susu tu takde siapa nak minum..Ya ALLAH..menitis air mata mama bila dengar cerita.apa yang mama boleh buat, bagi kata-kata semangat untuk die.jangan sedih2 sgt..biar anak dia aman kat sana.

moral untuk mama dan semua ibu-ibu kat luar sana..jangan ambil mudah bila tengok anak sakit.cepat-cepatlah bawak berjumpa doctor.kalau sakit tu makin teruk dan tak baik-baik, lebih terus bawak pergi ke hospital atau pakar kanak-kanak.iyelah..baby ni tak boleh cakap kalau die sakit kan.jadi kita yang tua ni lah yang kena alert bab2 ni.sebab ade sesetengah doc ni hanye amek keuntungan tanpa fikir hal perihal pesakit ni.tak semua lah..tapi mintak jauh lah dari kita semua.ibu mana tak sedih bila anak yang dikandung 9 bulan pergi buat selama-lamanya.

berita kematian kedua mama terima tentang perginya seorang guru yang mengajar mama mase sek.men dulu.kematian sangat-sangat mengejutkan mama.dari cerita yang arwah guru mama ni meninggal disebabkan serangan jantung.die meninggal die KL.kalau tak silap die ade seminar kat PWTC.dan menghembuskan nafas kat sane.teringat dulu die pernah mengajar mama dalam subjek kemahiran hidup.Arwah ni seorang guru yang tegas tapi cepat mesra.pada mama die ni takdelah garang mane.kalau murid yang buat hal & tak dengar cakap, memanglah kena marah kan.teringat dulu mama pernah mengikuti perkhemahan untuk pasukan pengakap bersama arwah.bab masak memasak memang arwah tip top.die tak nak tengok anak murid die lapar.tibe2 teringat kan.sedih..:(..

ALLAH lebih sayangkan dia.tinggal lah isteri dan anak2nya.semoga mereka sekeluarga tabah menempuhi hidup mendatang tanpa arwah disisi.semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersam-sama orang yang beriman.sesungguhnya sudah banyak jasamu wahai guru sepanjang hayatmu.janji ALLAH, sesungguhnya setiap ilmu yang baik akan diberi pahala sehingga ia diamalkan.sungguh besar jasamu tu...al-fatiha untuk kedua- dua insan ni.sesungguhhnya kematian tu pasti..bila dan bagaimana semua tu rahsia ALLAH.kita hanya perlu bersedia sahaja tanpa mengira masa dan waktu...

Friday 14 June 2013

Bila dugaan datang..

Assalamualaikum..

tiba-tiba arini mama terpanggil nak tulis pasal bila dugaan datang...yup pasti semua pernah lalui saat sukar, susah bila dugaan tu datang.dalam tak sedar setiap dugaan yang datang penuh dengan hikmah dan mematangkan kita.dalam keadaan tu juga buat kite ni rasa dekat pada yang Maha Esa.tapi sekuat mana kite nak hadapi dugaan yang datang pada kita tu.semua tu kuasa ALLAH.andai kata kita berusaha dan memohon perlingan dan kemudahan dari ALLAH, Insyallah pasti ada jalan penyelesaian. 

mama teringat seorang kawan, die telah kehilangan anak yang disayangi yang pergi buat selama-lamanya.bunyi memang sedih kan..tapi mama kagum betol dengan semangat die.siapa yang tak sedih kan..anak yang dikandung pergi menghadap Ilahi selepas beberapa jam dilahirkn.Ya ALLAH sungguh berat dugaan yang ditanggung oleh si ibu.dalam keadaan sedih tu, suami keluarga dan kawan-kawan sentiasa beri sengat untuk dia.dan berkat sokongan semua dan izin ALLAH, kawan mama tu bangkit.

mama cukup terharu dengan semngat dia.dia cukup redha dengan ketentuan ALLAH. bahawa anak itu bukan miliknya di dunia ni.Insyallah dia akan tunggu ibu dan ayahnya di pintu syurga.berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul..siapa tahu dalam hati dia kan.hanya ALLAH saje yang tau.dan mama percaya pasti ade gantinya kelak.mama akan sentiasa doakan kawan-kawan mama mendapat kebahagian didunia dan diakhirat.seronok bila nampak kawan-kawan happy..:D.

Tuesday 11 June 2013

Bila Azan...

Assalamualaikum..

Dah masuk bulan Syaaban kn.lepas Syaaban masuk bulan Ramadhan pulak.seronoknya dapat sambut bulan Ramadhan tahun.tahun lepas mama tak dapat nak pose sebabnya masih dalam pantang lagi.sedih tau.iyelah seronok tengok orang pose, kite ni tak dapat pulak.dan sekarang ni mama tengah gigih dan gagah kan diri nak mengganti pose.sebulan okey..jangan merungut ye mama.ni kewajipan.yup..chaiyok..chaiyok..tinggal 8 ari jek lagi ni.Alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan mama nak mengganti pose.:D.

pssttt..mama nak cerita sikit perihal anak teruna mama tu.kebiasaan lepas ambil aman dari rumah baby sitter, mama akan bermain lah dengan die kejap.pastu baru lah masak untuk dinner.tapi semalam turn papa masak.hihihi...papa masak sedap tau.tak tipu...:P.maka tugas bermain dengan aman. ditugaskan kat mama.maka mama pon mainlah dengan dia sambil tengok tv.kebiasaan bila tiba waktu maghrib, kat tv akan bukak azan.

dan yang mengejutkan mama semalam, bila azan berkumandang aman dalam leka main mainan die tu, die senyap kejap (memang dari baby lagi bila dengar azan dia akan senyap dan perati jek tv tu) dan keluar dari mulut aman perkataan ALLAH..Ya ALLAH terus mama terkedu kejap bila tengok anak kecik ni berkata camtu.sungguh bersih hati anak kecil ni.bila dengar jek die dah boleh ingat dan cuba sebut.walaupon bunyi tu tak lah sesempurrna orang besar sebut, tapi die cukup buat mama terharu.hanya kata-kata syukur jek mama boleh panjatkan pada ALLAH.sungguh lembut lidah menyebut nama tuhan yang Maha Esa.

sebab tu ada pepatah berkata, melentur buluh biar dari rebung.maknanye dari kecil ni lah yang kita kena ajar bende-bende yang baik.Insyallah ia akan menjadi kebiasaan di kemudian hari.seronok tengok bila anak membesar sebegitu.semoga ALLAH permudahkan urusan mama dan papa untuk mendidik aman menjadi insan yang soleh.Insyallah...

mama dan aman..

 

Thursday 6 June 2013

Salam Israk dan Mikraj

Assalamualaikum..

Salam Israk mikraj untuk semua.semua umat Islam pasti tahu mengenai hari Israk Mikraj ni.dimana ketika ni Rasullulah telah diangkat ke langit dan berjalan lah baginda sepanjang malam.dimana sepanjang perjalanan itu baginda telah diperlihatkan banyak kejadian aneh dan ajaib yang telah berlaku.kisah ini telah pon diceritakan didalam Al-quran.kisah ni amat-amat menyedarkan bahawa akhirat tu pasti dan hari pembalasan pon pasti.cuma bila hanya ALLAH sahaja yang tahu.

bersempena hari yang baik bulan yang baik ni sama-sama lah kita panjatkan kesyukuran ke atasNya.yang memberi kite kesempatan lagi untuk bernafas dan menikmati kehidupan bersama-sama insan yang disayangi.walaupon banyak ranjau yang perlu ditempuhi, tapi anggaplah ini satu ujian dari ALLAH.dan anggaplah jugak ini sebagai benteng kasih sayang ALLAH untuk kita mahlukNya.

dan bersempena 27 Rejab ni, genaplah umur anak teruna mama Aman Firas Ahmad Damai setahun.memang masa sangat-sangat pantas bergerak.dan diusia setahun ni ALLAH berikan mama peluang untuk kami bersama dalam saat suka dan duka.dan ALLAH sentiasa berikan mama dan papa kesabaran, kekuatan dan teguhkan iman kami untuk mendidik Aman.

masih teringat saat mehirkan Aman.walaupon kesakitan tu hanya ALLAH jek maha mengetahui, tapi sesunggohnya ALLAH telah pernudahkan semua urusan kami.takde banyak masalah yang mama hadapi, walaupon ketika tu Aman lahir lebih dari hari yang dijangkakan.saat pertama kali menatap ciptaan terindah ALLAH tu, hanya kata-kata syukur jek yang dapat mama panjatkan.memberi peluang untuk mama bergelar seorang ibu kepada insan bernama anak.cukup-cukup indah saat itu.

semoga anak mama membesar menjadi anak yang soleh, taat pada perintah ALLAH, diberi cergas tubuh badan dan cerdas akal.Insyallah.jangan sesekali lupa berdoa pada ALLAH.sesungguhya ALLAH suka akan hambaNya yang selalu bermohon padaNya.mama pon harap agar ALLAH berikan mama dan papa kesihatan dan murah kan rezeki supaya kami dapat besarkan anak-anak kami dengan baik dan penuh nilai kasih dan sayang.Selamat hari lahir AMAN FIRAS.We love you so much..