Monday 27 May 2013

bila anak demam,selesema & batuk

Assalamualaikum

Rasa dah lama tak post apa-apa kat blog ni kan.rindu lak tiba-tiba..memandangkan cuaca skrg ni yang tak menentu, maka ramai lah yang sakit kan.tak terlepas kat anak teruna mama tu.kesian mama tengok kan.minggu lepas mama cuti sempena hari wesak.konon-konon nak relax lah.tapi bangun pagi-pagi rasa badan aman panas semacam jek.

pastu check temperature badan die, amek ngko..nak cecah 39degree.tinggi kan.mama dengan papa pon dah start risau lah.iyelah last die demam masa umur 4 bulan.ni datang lagi.apa lagi kelam kabut lah mama nk turunkan suhu badan die.letak cool fever, tuam badan die..semua tak jalan.kejap jek kebah suhu badan die.pastu naik balik.

mama tak terus bawak pergi klinik.nak tengok sampai keesokkan hari.tapi panas badan die masih tak kurang.kesiannya malam tu die tido tak selesa.asyik merengek jek.mau taknya, demam+selesema+batuk..tu yang buat die tak selesa.pagi2 sabtu mama dgn papa bawak aman pergi klinik dan doctor cakap badan die panas sangat.then doc terus suggest masukkan ubat bontot.

balik klinik dari klinik, terus bagi die tido dan tak lama tu suhu panas badan die pon turun.tapi selesema dgn batuk masih ada lagi sampai ke ari ni.sampai meleleh hingus.dan die pon tak suke orang pegang hidung die time selesema ni.abes dimarahnya kiteorang ni.huhuhu...anak punya pasal kan.doc cakap budak bawah setahun tak galakkan bagi makan ubat batuk dan selesema.biar die baik sendiri.betul jugak kan.biar die lawan sendiri sakit die tu.

dah bape malam ni malam tido tak lena, gara-gara aman asyik merengek jek time tido.sebelum tido tu mama urutkan dan sapu lah minyak yu yi kat kaki die ngan belakang badan die.bagi die selesa sikit.bila anak sakit ni, ati ibu mana tak risau kan.kalau boleh biarlah kita sakit.rasa tak sanggup nak tengok anak kecil tu sakit.ni baru anak demam, bayangkanlah ibu-ibu yang anak sendiri sakit teruk.betapa mulia kan insan bernama ibu.bila dah jadi ibu ni baru mama faham erti pengorbanan seorang ibu.semoga anak mama cepat sembuh ae sayang..rindu nak tengok die lasak-lasak macam dulu.

ni ari first aman demam...

tengok mata aman, sedih mama tengok bila die sakit camni
 

Thursday 23 May 2013

mengimbau kenangan lama..

Assalamualaikum

Yeyyy...esok cuti.yabedabeduuu..sempena esok hari wesak, maka mama pon mencutikan dirilah.hihihi...ape nak buat esok ni kan???tu plan nanti lah.okey, tadi tengok-tengok lah gambar lama.dan tertengok la 2 keping gambar ni.tiba-tiba mengimbau kenangan lama kan.nak tengok gambar ape..jom layan..:D.


 
comel tak kak ton??? hep...merepek lah tu kan.sebenarnya gambar ni diambil masa mama melawat kawan yang baru dapat anak.dan nak tahu, masa ni mama dengan papa belom kawen lagi.tahun tu dah lupa lah..kira anak dara sunti gitu lah.hahaha...nampak tak muka suci tu.nampak mithali tak???:D.mama ni memang suke budak.lagi-lagi kalau baby.memang geram jek tengok.

dan bila dah ada anak sendiri ni, lagilah geram tengok.memang puas gomol.kalau anak orang tak boleh.mahu kena jeling dengan mak baby tu.huhuhu...Actually memang mama suka tengok gambar ni.kat situ nampak impak keceriaan.dari segi kaler dan model..huahua...memuji diri sendiri ngko.memang tak malu kan mama ni.sila abaikan..:P.

memang mengimbau saat-saat manis bercinta dulu okey.nanti bila aman dah besar sikit, mama nak tunjukkan gambar ni kat dia.dan mesti die ingat baby tu die.hahaha...tiba-tiba mood nak baby lagi.oooppss...tunggu dulu..:D.

Monday 20 May 2013

Isu anak derhaka...

Assalamualaikum

Pasti ramai sedia maklum isu mengenai seorang pelakon yang dikatakan anak derhaka oleh ibunya, gara-gara penangan cinta pada si kekasih hati.semua pon dah tahu kan sape gerangan pelakon tu.mama pon malas nak tulis kat sini.cuma apa yang mama boleh katakan. ni antara yang terjadi pada zaman sekarang ni.

mama pon tak nak sebelah mane-mane pihak.sebab mama pon bukan ade pada kedudukan mereka.orang luar boleh buat macam-macam telahan.ape yang yang sebenar terjadi, hanya ALLAH saja yang Maha Mengetahui.dalam kes ni pada mama, baik lah si ibu dan si anak berjumpa dan selesaikan cara anak beranak.jangan babitkan orang luar.sama ada kekasih atau sesiape pon.

rasa yang mengeruhkan keadaan adalah, bila balas-membalas statement kat media.cukup-cukup lah.tugas wartawan ni mencari bahan bagi boom die punye rancangan atau majalah.lagi kontroversi lagi dieorang suke kan.naik rating ngko..huhuhu..nak cakap ape kan.dah tu kerja dieorang.dosa pahala tu semua kerja tuhan.sape lah kita nak pertikai semua tu.ALLAH lebih tahu.

mama ni pon bukan anak yang baik untuk nasihat orang.tapi pada mama cuba lapangkan dada dan cuba maafkan antara satu sama lain.mama pon adakala terkecik hati dengan mak sendiri.tapi mama cuba positif untuk terima tu sebagai godaan syaitan yang nak kite ni bertelagah antara satu sama lain.lagi-lagi bila kite ni satu family.memang kena banyak sabar dan bertolak ansur.

pada pelakon tu, jumpalah ibu tu.bawak berbincang dan jernihkan semula hubungan yang tengah tegang ni.soal kekasih hati tu, tolak ke tepi dulu.ingatlah sejenak pengorbanan susah senang ibu menjaga kita.kalau die marah maknanya dia sayang kite.jangan biarkan hati ibu tu terguris lagi.untuk si ibu, doakanlah yang terbaik untuk anak tu.doa biar die kembali kepangkuan seperti dulu.bila mama dah jadi ibu sekarang ni, barulah tahu camane perasaan seorang ibu.ingat hargailah ibu anda selagi die ade kat dunia ni.

Friday 17 May 2013

11 bulan..

Assalamualaikum

waa...dah 11 bulan anak mama ni.ish cepat betol masa berlari ni.bukan berjalan lagi..ni dah berlari okey.masa jek yang cepat berlari.tapi anak mama masih belom pandai jalan lagi.hihihi..adakah tu ikut mama???mak mama cakap, mama ni lambat berjalan.nk dekat setahun setengah baru pandai jalan.hahaha...adakah aman begitu juga??

kita tengoklah nanti ye..tapi dalam tak reti berjalan tu, cepat betol pergerakan dia.sampai papa yang selalu bersukan pon tak terkejar tau.tengok betapa ligatnya anak teruna mama tu.sampai sakit-sakit pinggag papa dibuatnya..tu belum tang mulut.punya lah kecoh.membebel bahasa jerman die, yang mama satu patah haram pon tak faham.huhuhu..

kalau die jerit sampai orang sebelah rumah boleh dengar tau.macam mak tiri pulak marahkan anak tiri.ish..ish..aman..aman..bawak-bawak bertenang ae.kurangkanlah merjerit tu nak.tu belum pergi pasar ke shopping complex ke, masuk-masuk jek memang merjerit-jerit lah.dah macam kiteorang ni culik budak pulak.hahaha..sabokan ajelah perangai anak sorang ni.

bab akal memang banyak.ade jek die nak buat.siap pandai buli mama papa die.pengasuh die pon ngadu yang aman ni kuat sangat nak berkepit.kalau boleh nak orang duduk depan die jek.jangan pergi tempat lain.makin besar makin manje pulak.sian pengasuh die sampai nak pergi toilet pon si aman ni ikut.siap ketuk pintu toilet lagi.takot bebeno orang tinggal kan die sorang-sorang..

harap-harap dah masuk 11 bulan ni anak mama rajin-rajinlah belajar jalan ae.jangan malas-malas tau.nanti mama babap kang..hehe..dan bulan depan genaplah umur aman setahun.Actually tak plan pape pon untuk majlis hari lahir dia.tengok lah camane nanti.tak pon beli kek, suruh die tiup jek.hihi..nampak tak mama die nak berjimat.pape hal pon tanye sama boss.hihi..die ade budget, mama on jek.mama sponsor kek jek.papa please advice darling...:D

feveret die ni..suke buat muke kan.geget baru tau,,:P

Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..

Hati ni nak tulis ringkas-ringkas jek.sempena ari ni adalah hari guru bersamaan dengan 15 Mai, mama nak wish pada guru,cikgu, pensyarah dan sape-sape sahaja yang bergelar pendidik mama ucapkan selamat hari untuk anda semua.

jasamu tetap akan dikenang sampai bila-bila.tanpa seorang bergelar pengajar dan pendidik, maka tiadalah insan yang berilmu dan berpengetahuan.bak kata pepatah guru ni ibarat lilin.sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain.

tiba-tiba teringat masa sekolah dulu.setiap tahun sekolah mama menyambut hari guru ni bagi menghargai jasa-jasa semua guru.rasa rindu sangat saat tu.:(.sekarang ni dah tak dapat lalui saat tu.i miss my school...waa...:(.


Wednesday 15 May 2013

Selamat Hari ibu..

Assalamualaikum..

walaupon ari ibu dah lepas, rase tak terlambat kot mama nak wish selamat hari ibu pada semua ibu, mama, ummi, mummy dan seangkatan yang berada diseluruh dunia lah.tahun ni tahun pertama mama bergelar ibu.jadi happy lah sikit.walaupon tahun lepas masa hari ibu, mama tengah mengandungkan anak teruna mama tu aman firas.

Actually takdelah sambutan yang special dari papa..:(.sedihkan..sob..sob..tapi papa tak lupa wish untuk mama.tu pon dah cukup bagi mama.thanks papa.hehehe..tapi rase tak lambat kot kalau papa nak bagi hadiah jugak.hihihi..nampak tak..orang ni beria2 nak mintak hadiah.hahaha...teruk kan.tapi hadiah yang paling berharga dalam dunia ni, tak lain tak bukan ieyelah Aman Firas.

Syukur tak terhingga pada ALLAH sebab beri mama peluang untuk jadi seorang ibu.title yang sangat berharga.setiap wanita pon akan rase bnde yang sama macam mama, tatkala sudah bergelar ibu kan.perasaan tu tak tergambar dan tak tahu nak luahkan.hanya seorang ibu jek yang faham naluri seorang ibu.

bila dah bergelar ibu, barulah mama tau betapa besatnya pengorbanan seorang ibu tu disaat bertarung nyawa nak melahirkan kita.mama baru sorang anak.bayangkan mak mama lahirkan 9 orang anak.macamane rasanya kan.betol orang cakap saat melahirkan ni lah saat kita bertarung dengan nyawa.maka hargailah ibu anda ye..tak kira sesiapa pon dia, sayang, hormat, kasih, sayang dan berilah perhatian pada ibu selagi die masih hidup.

pada mak, selamat hari ibu.lia sayang mak ketat-ketat.terima kasih atas pengorbanan mak selama ni besarkan kami 9  beradik.walaupon susah, mak tak pernah pisahkan kami tatkala ada yang ingin meminta salah seorang dari kami.dalam ketegasan dan kegarangan mak, jadikan kami semua manusia yang berguna.semoga ALLAH berikan kesihatan yang baik untuk mak.

pada Aman mama harap aman akan jadi anak yang soleh didunia dan akhirat.harap kita dapat bina sebuah keluarga yang bahagia dan selalu dibawah lindungan ALLAH.terima kasih papa dan aman sudi hadir dalam hidup mama.sesuatu yang mama akan hargai sampai akhir hayat mama...semoga ALLAH akan sentiasa lindungan mama dan berikan kesabaran, kekuatan iman sepanjang membesarkan anak mama.aamin..

Thursday 9 May 2013

Dah kawen pon ade yg nak tackle..

Assalamualaikum

Tadi mama lunch dengan office mate mama kat satu kedai makan ni lah.parkinglah dekat dengan area kedai makan tu.selesai memenuhkan perot dengan nasi dan 3 jenis lauk,nampak tak orang tengah lapor makan.sungguh hebat kan.hahaha...eh, terjauh pulak cerita tu kan.selepas semua makanan habis mama dengan kawan mama pon pergilah ke kereta..

dan..jeng.jeng..ade kertas yang diselitkan kat wiper kereta mama.kawan mama tu siap cakap kena saman ke.mama pon terfikir jap, bila pulak parking ni jadi berbayar ni???mama pergilah ambil kertas tu..dan korang nak tau kerts apa tu??ntah mamat mane ntah yang tulis no phone die dan mintak mama call die plizzz????oh..tidak..

masih releven lagi ke nak ngorat cara tu.mama tergelak-gelak kat situ.dah kawin anak satu pon masih ada yang nak ngorat.padahal muke ni comot yang amat..hahaha...sapalah mamat tu kan???terdetik jugak dalam hati ni, masih laku jugak kan.hahahaha..ketawa besar...poyo tak ayat tu??semua ni poyo..:D.mesti cerita dengan papa nanti die jeles..:P.jangan marah ye papa...mama luv papa sorang jek.hihihi...

Wednesday 8 May 2013

First time mengundi..

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama mama tak tulis pape kat blog picisan mama ni.ceh..ceh..macam ade jek orang nak baca kan.bukan orang popular pon.huhuhu...perasan jek lebih mama ni kan.walaupon hari mengundi dah lepas, tapi mama nak jugak letak gambar mama pergi mengundi.hehehe...

mesti ada yang cakap, woi..dah lambat lah ko ni.orang dah bukak cerita lain lah.hihihi....tak kira nak cerita jugak.:P.untuk pengetahuan semua, ni kali pertama pergi mengundi.walaupon sebelum ni dah layak, tapi kekangan masa buat mama terlupa nak daftar.nampak macam sibuk tak???macam jek...tapi tak pon.:P

mama mengundi kat kampung mama kat kota tinggi.seronok jugak pergi mengundi ni.yang best part tu dapat jumpa kawan-kawan lama masa kat sekolah dulu.dah macam raya pulak.rugi sapa tak mengundi tau.mama pergi dengan adik dan abang mama.so bila 3 beradik ni pergi, memang snap snap sane sini lah..hihihi...jangan marah haaa.

semua pon dah tau sape yang menang kan.jadi tahniah pada yang menang tu.tunaikan janji2 yang telah ditabur masa kempen aritu ye.dan rajin-rajinlah turun padang jenguk nasib rakyat ni.jangan time nak raih undi tu jek semuanya nampak.dan pada pembantu atau ahli pada wakil rakyat tu, jangan lebih sudu dari kuah ye.tak mo camtu.dan pada yang tak dapat menambat hati rakyat jangan putus asa.usaha lagi lain pilihanraya ye.sumbangan anda sangat kami hargai.iyelah perlu jugak orang camni.bagi kesedaran sikit pada wakil rakyat lain supaya jangan rasa selesa jek.apa2 pon ambil yang keruh buang yang jernih.kita dibawah satu negara, tak perlu nak gaduh2 dan tuntutlah hak disaliran yang betul.jangan membuta tuli sahaja sehingga orang nampak kelemahan kita.

okey lah jom layan gambar kami adik beradik sewaktu hari mengundi.hehehee....jumpa next pilihanraya ye.tu pon kalau dipanjangkan umur.Insyallah.semoga negara kita sentiase diberkati ALLAH dan jauhkan dari pemimpin yang gila kuasa, duit dan kedudukan.mereka ini lah yang merosakkan agama, bangsa dan negara.










 

Thursday 2 May 2013

Dah nak belajar berjalan...

Assalamualaikum

sekarang ni aman dah start nak belajar berjalan sikit-sikit..susah betul nak ajar die berjalan ni.mula-mula tu memang malas die nak menapak bila mama dirikan dia.dia lebih suke merangkak kesana sini.habis satu rumah die mop dengan baju dia tu..sian mak die ni okey nak membasuh baju die.huhuhu...

yang kelalakar..mule-mule suruh die menapak tu, die buat ringankan badan.pastu jatuhkan badan sesuka ati die jek.dan mama dan papa dia ni kelam kabutlah nak sambut die dari jatuh terjelepuk ke bawah.pastu die boleh gelak-gelak kan..die ingat kita main-main lah tu.geram jek nengok kan.huhuhu...

malam tadi adik bongsu mama datang rumah.bukan main suke aman ni.siap nak mintak orang tu dukung jek die.hai anak..ingat awak tu ringan ke ai..dah 9.3 kilo okey..dah macam berat beras tau.hihihi..manje bukan main die.sampai lupe mak dia ni.sob..sob..sedih jek bila anak buat camtu...:(.lepas orang tu balik, dan-dan tu nak ikut jek mane mama pergi kan.geget lengan tu baru tau...hihihi..

arini mama nak ajar die berjalan lagi.biar die cepat sikit jalan.nanti senang nak bawak pergi taman.lepaskan jek die.hehehe..konsep kan..dan yang paling penting nanti aman leh tendang bola dengan abang ye..abang ni anak pengasuh aman merangkap jiran sebelah rumah jek.lepas ni boleh paw papa kasut baru..hhihi...mama nak jugak lah.boleh kan papa...

ni permulaan nak belajar berjalan..

suke betol aman ni jalan kat pasir..tu pon lepas kena pakse dengan mak bapak die.hihhi..
 

Kembar telur..

Assalamualaikum

Cuba korang  perati gambar kat bawah ni betul-betul.betul-betul tau.jangan sibuk toleh kanan kiri..hihhi...korang pernah jumpa tak.bila pecahkan telur sebelum masak, tup-tup tengok yang keluar ni rupanya.sebenarnya dah banyak kali jugak bende ni jadi kat mama.dan aritu mama sempat lah snap gambar.saje suke-suke nak share kat blog yang tak berape nak glamer ni.huhuhu..


mama terfikir jugak andai kata lah telur ni sempat di tetaskan (betul tak ayat mama ni?? confius mak kejap.huhuhu) oleh ibunya sendiri, yakni ibu ayam lah.camane rupa ayam kembar agaknya kan.dan adakah dia akan akan menjadi kembar siam atau kembar seiras ataupon kembar tak seiras????hahaha...tiba-tiba menconfiuskan orang kan.memang dasar orang takde kerja ni.:P

mesti korang nak cakap mama ni kecohlah...bende kecik pon nak kecoh-kecoh.hahaha...banyak lagi bende lain yang penting leh fikir dari fikir ayam kembar siam ni.hihi..kadang-kadang kita ni perlu fikir diluar kotak jugak.fikir benda yang akan jadi andai kata kite teruskan sesuatu perkara tu.

macam kita nak mengundi ni.kalau kita pilih parti sekian ni, adakah ia boleh mengubah masa depan rakyat tu sendiri dan memberi manfaat pada kita.bukan hanya mementingkan kepentingan sendiri jek.sekarang ni dunia tanpa sepadan.maka orang yang giler duit ni pon tanpa sepadan jugak.takpe kat dunia boleh lah lepas kan.kat akhirat nanti sendiri lah jawab.lagi-lagi kalau duit tu duit anak yatim kan.faham-faham lah sendiri.tepuk dada tanye selera masing-masing..undi anda adalah rahsia ye...rahsia keee???

 

Wednesday 1 May 2013

Happy annirversary..

Assalamualaikum..

Arini anniversary abang dan akak ipar mama yang ke-10.kejap jek rasa mama tu berjalan.pejam celik dah 10 tahun dieorang kahwin.mama masih ingat time dieorang kahwin tu mama baru jek lepas SPM.jadi korang kira lah sendiri ye umur mama sekarang ni.hehehe...saje kan nak korang semua congak pagi ari ni..

mama masih ingat beberapa bulan sebelum abg mama ni nak kahwin, bapak mertua dia kembali ke rahmatullah.memang tak sangka sangat.iyelah...meninggal secara mengejut jugak.memang dugaan bagi dieorang.iyelah plan nak kahwin kan.tuhan lebih sayangkan arwah.semoga dia tenang disana.majlis diteruskan jugak selang berapa bulan lepas arwah meninggal.majlis yang sederhana tapi penuh dengan kemeriahan tetamu yang hadir.sekarang dah ada 2 orang anak.dua-dua girl...memang gamat lah dengar suara budak 2 orang tu tau..hihi..

pada abg dan kakak iparku, Happy anniversary yang ke-10.semoga jodoh kalian kekal sampai syurga dan hidup kalian dilimpahi rahmat oleh ALLAH s.w.t.adikmu doakan kalian dapat baby baru ae...boleh kawan dengan aman.sian aman, sorang2 jek budak kecik sebab semua sepupu die dah besar-besar..hehehe..alasan kan.:P.

ni rupa abang dan akak ipar mama..comey tak kak ton..huhuhu..