Sunday 28 April 2013

Bila menjelang pilihanraya..

Assalamualaikum

Untuk pertama kalinya tahun ni mama pergi mengundi.papa pon sama jugak.ikutkan sebelum ni dah layak mengundi, tapi atas kesibukan yang melampau dan diakhiri dengan sifat pelupa maka terlupalah nak mendaftar.huhuhu..melampau kan.tapi kali ni tak lupa lagi.dan mak mama pon dah cakap surat mengundi dah sampai rumah.mama akan mengundi kat kampung mama di kota tinggi.masa daftar tu, belum kahwen lagi.tu yang tak tukar alamat rumah sendiri.dan papa kat JB.

lagi berapa hari jek lagi proses mengundi ni akan dijalankan.dan bermacam-macam kempen dari semua parti politik dibuat.tak kiralah dari media masa, laman-laman sosial, akhbar-akhbar dan macam-macam lagilah.semuanya hanya satu.nak memancing undi.nak rakyat pilih mereka.oklah.semua tu adat orang politik.jangan pulak bila dah di pilih, semua tak nampak muka pulak kan.hehehe...

tu belum poster-poster yang dipasang tak kira tempat.memang perang poster.dan macam-macam ragam yang mama tengok bila orang nak berkempen ni.korang pon mesti tahu kan.semua akan bercerita yang baik-baik jek lah tentang parti mereka.iyelah..takkan nak cerita bende-bende buruk kan.nanti orang tak nak vote pulak.huhuhu...ape lah mama ni kan.

apa-apa pon cara mereka nak berkempen, jaga lah tatatertib semua.buangkan lah sikap-sikap buruk tu.yang penting janganlah bergaduh sesama sendiri.janganlah memalukan diri sendiri dengan sikap kebudak-budakan tu.malulah dengan orang luar bila tengok rakyat malaysia gaya ni.apa-apa pon statement yang korang keluarkan tu mestilah sahih.bukan menabur fitnah semata-mata mahukan kemenangan.rakyat sekarang ni pon makin cerdik.dah boleh tahu mane yang betol mane yang salah.sesiapa pon yang rakyat pilih, pihak pentadbir tadbirlah dengan telus tanpa mengira agama, bangsa dan ikutan.

Thursday 25 April 2013

Swimming pool untuk Aman..

Assalamualaikum

hari ni mama nak review sket pasal pool yang mama dah belikan untuk mama.Actually dah lame beli pon.cume penyakit malas tu besor, jadi asyik bertangguh lah.huhuhu...dasar malas kan mama ni kan.:P

mama belikan pool ni untuk Aman sebenarnya untuk die pandai berenang lah.jangan jadi macam mak die ni, dah tua bangka pon masih tak reti berenang.hahaha...ni nama dia dasar penakot..hahaha...mama beli mase umur 4 bln lebih kalau tak silap lah.percubaan pertama masuk kan die kat dalam kolam tu, ni rupa die...

ape lagilah mak bapak aku nak buat ni...ish..

muke confius dan last last menangis sebab takot.hahaha...yg paling lawak die nangis tapi mulut tak bukak.memang puas Aman ni dibuli dengan mak bapak die.ok2..pendek kan cerita, benda alah ni mama beli kat sini kalau nak tau harga pon semua ada kat situ.senang dan mudah jek kan.ape susah semua dihujung jari.order, bayar dan esok sampai.kejap jek service penghantaran die.suke sangat.dan barang yang dipesan semua dalam keadaan baik.

die datang dalam pakej.1 kolam x pelampung macam yang Aman pakai akt atas tu dan siap pam.korang nak tau tak, size kolam ni besar okey..mama ingat kecik2 jek.rupenye siap boleh masuk mak ngan bapak sekali..memang berbaloi.dan yang paling penting kiteorang mak bapak Aman leh join skali bermandi manda.hahaha...teruk kan.jangan tiru aksi ini ye..:P.sian kat anak-anak anda.

ni lah semua yang mama dapat dalam satu set.

apa lagi cepat lah beli.nanti leh cuba kat anak-anak korang nanti.dan korang pon leh join sekali.hehehe...iyelah dulu kat kg dapat mandi paya jek kan.:P.dan semestinye bila kolam tu dah bersize besor, maka jumlah air pon banyak lah kan.so nak lagi jimat, lepas anak korang mandi kolam ni..gunakan air tu untuk basuh kete pulak ke ye.so takdelah pembaziran berlaku kat situ.jimat..jimat..:D.ok layan jeklah gambar Aman bermandi manda didalam kolam die tu ye..

ni second time swimming..
tengok betapa besar kolam tu kan, lebih dari lutut orang dewasa..

bestnyeee..mandi air banyak tau..hihihii...
 

Bersangka baik dengan ALLAH

Assalamualaikum

Bersangka baik lah dengan ALLAH...sesungguhnya kite tak kan rugi langsung.kenapa mama cakap camtu, ade lah beberapa kali mama menghadapi kesulitan dalam sesuatu keadaan, ALLAH sentiase permudahkan urusan mama tu.kata-kata syukur jek yang dapat mama panjatkan ketika tatkala ALLAH sentiasa membantu hambaNya yang sentiasa leka ni.

ade lah sekali tu mama ada problem dalam kerja.mase tu orang kat site cakap ade benda yang dieorang nak pakai esok, tapi mama tak beli.check punya check, rupenya mama ter miss out kat situ.korang bayangkanlah jam masa tu dalam pukul 4 lebih nak ke pukul 5.apa lagi kelam kabut lah mama search supplier yang boleh supplier barang tu untuk esok jugak.dalam hati masa tu, berdoa banyak2 pada ALLAH supaya semua dipermudahkan.

dan syukur Alhamdulillah..ALLAH makbulkan doa mama.dan barang yang mama nak beli tu ade stock dan boleh hantar terus kat site keesokkan ari.Ya ALLAH terperanjat jugak mama.semua perjalanan tu dipermudahkan hanya dengan beberapa minit sahaja.yang lain pon terperanjat bila mama cakap barang akan sampai esok ari jugak.dalam hati mama berdetik, baik betol ALLAH ni.sentiase membantu hambaNya tak kira rupa atau bentuk.

tu salah satu kisah yang terjadi kat mama lah.setiap kali menghadapi kesulitan, mama selalu cakap bersangka baik dengan ALLAH.DIA tengah menguji kita tu.jadi hadapi ujian tu dengan hati yang terbuka dan cuba selesaikannya.Insyallah akan bagi jalan.jangan anggap bila ALLAH tak membantu kite mase tu, kita rase marah dan rasa ALLAH tak sayang kita.sesungguhnya ALLAH tu nak uji sejauh mana tahap kesabaran kita.ALLAH tak kan menguji seseorang itu diluar kemampuannya.mohon doa dan selalu bersangka baik dengan ALLAH.Insyallah hidup kita akan diberkati.aaminn..



Tuesday 23 April 2013

Wanita vs Masakan

Assalamualaikum

Mesti korang semua pernah dengar orang-orang tua dulu ade cakap, orang perempuan ni kena pandai masak.nanti dah kawen senang dan suami pon sayang...pada pendapat mama tu betol.mungkin zaman semakin canggih sekarang ni, cara yang berbeza.lagi-lagi sekarang ni ramai kaum wanita ni yang berkerjaya.macam mama lah ni,hehehe...:P

Ade sesetengah yang mengabaikan soal ni.hingga ade yang anggap bende ni remeh.dan ade yang jawab, kedai makan berlambak kat luar sane.ape susah kan.beli jek lah..yup tu mama akui.kalau tak kita yang bantu orang lain untuk majukan bisnes makanan tu sape lagi kan.tapi isu yang mama nak kupas sekarang ni, ade sesetengah wanita yang mengabaikan terus tanggung jawab memasak untuk ahli keluarga.

sesibuk mane pon kite ni sebagai wanita bekerjaya, luangkan lah sedikit masa untuk sediakan makanan untuk suami dan anak-anak.walaupon seringkas mane pon.masak meggie pon takpe.yang penting masakan tu ikhlas dari hati.tu yang penting.sekarang ni pon bermcam care kite boleh dapatkan resepi.contohnya buku-buku resepi masakan, kat internet pon banyak blog-blog masakan.korang search ape yang korang nak masak.berapa saat jek akan keluar lah apa yang korang cari tu.mudah kan.

pucuk pangkal tu ade lah dari diri sendri.bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.nak seribu daya, tak nak seribu dalih.sesedapa mane pon makanan kat luar tu, lagi sedap jika masakan tu dari air tangan seorang ibu/isteri.mereka pon akan menghargai setiap usaha anda untuk mantapkan skill memasak.bukan tak boleh makan kat luar, sesekali tu takpe.sekurang-kurangnya kita tau khasiat makanan yang kite masak sendiri.percayalah sejauh mane pon anak kita pergi dan makan, pasti makanan ibu yang dicari dan paling sedap didunia.korang rase camtu tak...

 

Monday 22 April 2013

Perlu ke buat begitu...

Assalamualaikum..

Waktu lunch tadi mama pergi tesco.dekat jek dengan tempat kerja mama.niat dihati nak beli lah mainan untuk hero kecik tu.nak tahu ke ape yang mama belikan...rahsia.nanti dah pasang kat rumah mama kasik up gambar kat dalam ni ae.hehehe...jangan mare haaa...

masa mama nak belikan mainan Aman ni, mama panggil lah pekerja kat situ.iyelah kite nak confirmation yang barang tu dalam die kaler ape.same ke macam kat gambar luar tu.iyelah...kite ni kan pembeli, mestilah nak detail sikit pasal barang tu.takot bila dah bawak balik rumah rupe die lain pulak.bila nak tukar, satu hal pulak kan.

so mama panggil sorang bdk pompuan yang pakai tudung ni.oklah die pon jawab oklah.die pon macam blur2 gitu.mama pon takdelah nak push sangat die.sbb tu pon bukan bahagian yang die jage.atleast die ade effort jugak lah nk membantu mama dalam situasi tu.dan tibe2 datanglh sorang lagi perkeja pompuan yang tak pakai tudung.datang-datang then tanye kenapa ni??kenapa ni?? dengan muke yg errmmm..korang sambung lah ayat tu sendri.sangat menjengkelkan.hahaha...ayat ala2 sinetron ngko..

pastu korang tau ape die buat lepas tu.die paggil lah sorang akak yang jage bahagian tu.dengan muke konon bengang lah kan.yang paling mama sentap kejap, die boleh tolak barang yang mama nak beli tu guna kaki die.kaki die okey...sungguh kurang sopan kan.perlu ke buat camtu.depan customer die berani buat camtu.dahlah akak yang jage bahagian tu tengah pregnant.memang mama simpati lah.kesian wei..mama memang tekde niat nak marah kat die lah.lepas akak pregnant tu take over layan pertanyaan mama tu.si minah pon ajak kawan die sorang lagi yang mula2 mama panggil bla dari situ.ala2 gangster.

Istighfar panjang mama kat situ.nasib baik tengah puase.so tahap kesabaran tu memang tinggi lah.mama pon tanye lah beberape soklan kat pekerja yang pregnant tu dan mama decide beli terus barang tu.iyelah kesian die dengan sarat-sarat tu kene tunduk layan customer.dan mama bagi thumbs up kat pekerja ni sebab layan mama dengan wajah yang mendamaikan.tak macam yang minah tadi tu.senyum tak, ape tak..dah macam samseng lak.

kepada pekerja kat pasar raya ni, susah sangat ke nak senyum.berat sangat ke.bukan kena bayar pon kan.bukan semua lah yang camtu.ade segelintir lah yang camtu.orang-orang camni lah yang burukkan reputasi pekerja lain.harap pihak mangement dapatlah amek perhatian hal-hal camni.nampak macam remeh kan.tapi ni lah lambang sesuatu organisasi pekerjaan.

Jom join Weeclicks..

Assalamualaikum

Hai semua.harap-harap semua sihat hendaknya ye.arini mama nak tulis ringkas-ringkas jek.nampak tak tajuk kat atas tu. mama nak ajak korang semua join contents ni.cara dia senang, mudah dan yang paling penting tak keluarkan duit langsung.hehehe...suke tak.rugi tau kalau tak join.ok..kat bawah ni ada cara-cara camana korang semua boleh join contents Weeclick ni..



Langkah 1: Daftarkan diri di www.weeclicks.com.my Klik butang “Sign Up” yang berada di atas. 

Langkah 2: Pergi layarilah fan page kami di facebook.com/weeclicks dan “Like” fan page kami. 

Langkah 3: Habiskan ayat ini: Saya suka berkongsi di Internet kerana…………(tulis apa yang anda suka, tidak had nombor perkataan. )

Langkah 4: Emelkan ayat kamu ke win(at)weeclicks.com.my. 
Penting! Tingkatkan peluang anda memenangi hadiah kami dengan berkongsi kempen dalam portal kami!

senang kan...nal butiran lanjut mengenai contents ni, singgah lah kat sini. so apa lagi.jangan lepaskan peluang anda semua ye.join cepat-cepat sebelum tarikh tutup pada 31 Mei 2013.nanti boleh menang I-pad.hihihi..:-D.psstt...mama dah join.korang bila lagi.hehehe..

Friday 19 April 2013

“BEN ASHAARI dan WEECLICKS “ ..

Assalamualaikum..


Mama nak share sikit mengenai blog yang mama salalu masuk dan baca setiap entry yang di tulis.lain tak bukan mestilah blogger terkenal tu, http://www.benashaari.com/ .hampir saban hari jugak lah mama akan baca entry abg ben ni.penulisan yang sempoi dan seronok bila baca.takdelah meleret-leret cite yang bukan-bukan.hehehe..dan yg paling mama suka bace pasal si Qhaliff tu.kebetulan anak mama, amam firas pon sebaya dengan Qhaliff.hehehe...

Pagi-pagi mama bukak blog abg ben dan ade satu contents yang die anjurkan.dan mama pon nak join lah.pssstt...ni first time mama masuk contents ni.suke-suke jek.kalah ke menang semua tu rezeki.yang pnting kite enjoy.hehehe...

Soalan yang diajukan berbunyi camni..KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI ?

Jawapan dari mama:  untuk manambah sedikit pendapatan bagi menampung kehidupan yang serba sederhana ni.disamping tu jugak dapatlah berkongsi serba sedikit info-info dan pengalaman mama sendiri bagi dijadikan sebagai panduan kepada sesiapa yang sudi mambaca.bukan ke sharing is caring.hehehe...apapon niat kita dalam menjana pendapatan melalui internet ni, perlulah ikhlas dan buang perasan hasad dengki dengan kejayaan orang lain.patutnya kita sendiri gembira dan selalu bersangka baik dengan kejayaan orang lain.

tu jek lah jawapan dari mama.semoga kita semua sentiase happy dalam menjalani kehidupan ae.dalam happy jangan lupe pada yang memerlukan dan yang dalam kedukaan dan kesusahan.sama-sama kita membantu sesama manusi.peace no war..hehehe.. 

Thursday 18 April 2013

Tips kurangkan ruam pada baby

Assalamualaikum

sejak akhir-akhir ni mama tengok badan aman selalu jek naik merah-merah macam ruam.risau jugak tengok.tapi tengok die ok jek.main macam biase jek.lagi-lagi sekarang ni die memang lasak sangat dan abis berpeluh lah badan tu bila asyik main jek.bila dah berpeluh tu dicampur sekarang ni musim panas, memang naik lah ruam-ruam kat badan, kaki dengan tangan dia.kat sini nak share beberapa cara yang mama praktik kan untuk kurangkan ruam pada aman.

1.Mandian jenama Ezzera
Actually mandian jenama Ezzera ni doctor yang rawat aman suggestkan first time aman kena ruam mase 2 bulan kalau tak silap.Doc tu cakap mandian jenis ni takde bahan kimia di dalamnya.ia bersifat natural dan amat sesuai untuk bayi-bayi yang mempunyai kulit sensitif.so bila mama praktik kan kat aman, Alhamdulillah nampak berkurang dan mama gunakan sampai lah sekarang.jenama mandian lain yang takde bahan kimia macam sebamed.dua-dua pon bagus kalau sesiapa yang nak cuba.walaupon harga agak mahal sikit dari mandian yang di jual kat pasaran, tapi berbaloi untuk kesihatana anak.

Ezzera shower
  
2.Calamine Lotion
Masa aman terkena demam campak mase berumur 4 bulan, doc suggest sapukan lotion ni kat tempat yang naik campak tu.ia dapat mengurangkan gatal-gatal dan tempat yang terkena campak tu cepat kering.yang mama nampak lah.lotion ni macam bedak sejuk gitu lah.doc pon cakap kalau ruam pon boleh sapu kat tempat yang terkena ruam tu.so jimat dan mudah kan.hehehe...lotion ni pon mudah digunakan dan bau die best tau.just sapu dan biarkan jek die kering sendiri.ape yang mama perhati, bila mama sapukan lotion ni pada badan aman yang kena ruam tu, memang cepat jek die baik.mama pon happy bila tengok bila ruam kat badan anak makin baik.hehehe...

Calamine Lotion


 3.Drapoline Cream
Cream ni fungsi die untuk disapukan pada punggung baby untuk mengelakkan dari terkena ruam.Cream  memang mama gunakan sejak aman lahir.Alhamdulillah sampai ke ari ni aman tak pernah kena ruam kat punggung die berkat mama amalkan sapu cream ni selepas tukarkan drypers.cream ni memang mama suggestkan kat korang apply kan kat anak masing-masing.harga pon mampu beli.dan untuk satu botol cream tu leh bertahan 2-3 bulan.jimat kan.




4.Calamine Cream
Ni pon salah satu cream untuk ruam.cream ni mama pernah dapat jugak masa buat check up kat klinik kesihatan dulu.mama pon pernah apply kat aman masa die kena ruam.tapi maybe die tak sesuai kat aman kot.bila mama apply kan kat aman, ruam die semakin teruk.mb aman pon kuat berpeluh, so agaknya tak berapa sesuai.lagi satu bila mama sapukan kat bahagian kena ruam tu, lame-lame die macam berminyak sikit.sebab tu lah kot ruam aman makin teruk.ade baby yang sesuai bila gunakan cream ni.so bergantung jugak.




Ni lah 4 barang yang mama pernah gunakan untuk kurangkan ruam pada aman.yang mama gunakan sampai sekarang no.1 hingga 3.pada mama ia dapat membantu kurangkan ruam dan sekaligus anak mama pon selesa bila mama apply benda ni kat die.takde pulak tengok die merengek-rengek.Alhamdulillah semua tu sesuai untuk kulit die.jadi mudah lah kerja mama bila ALLAH permudahkan semua urusan.para ibu-ibu boleh lah cuba barang-brang yang mama suggest kan kat atas tu ae.sharing is caring..:-D

Sunday 14 April 2013

Hi-tea..

Assalamualaikum

Nak cerita skit, semalam petang mama, papa dan aman pergilah minum petang ala2 hi-tea gitu lah kat Restoren Nelayan di Hotel selesa.hehehe..amboi makan kat hotel ngko..:P.sebenarnya plan awal nak book untuk hari sabtu sempena birthday mama, tapi full book pulak.terpakselah tunda ke hari ahad.so celebrate birthday mama kat restoran johny's kat AEON tebrau..

sebenarnya mama nak cerita macamane mama dapat hi-tea kat hotel tu.Actually mama adalah join satu group ni.nama group die ni http://www.groupon.my group ni kawan papa yang suggest kan.macam-macam yang kita boleh dapat kat group ni dengan harga yang murah termasuklah tempat makan, barang untuk shopping, kecantikan macam spa, tempat peranginan dan macam-macam lagilah.

untuk restorant tu, memang tak banyak sangat restoran halal yang ade promosi kat group ni.so kena selected sikitlah.kebetulan restoran nelayan tu one of restorant halal yang buat promosi, so mama grab lah cepat-cepat.hehehe...kalau sesiapa yang suke ke spa, kat groupon ni memang banyak pilihan.grab cepat-cepat dan boleh pergi.memang berbaloi lah.harge pon dikategorikan murah.

untuk yang suka bercuti pon ade mereka tawarkan tempat percutian yang anda boleh dapat dengan harga yang berpatutan.kire dapat discount lah.banyak jugak discount yang dieorang bagi.so jangan lepaskan peluang tu.untuk yang suke shopping pon, kat group ni ade tawarkan jugak barang-barang yang dijual kat luar dengan harga yang mahal, tapi kat sini dieorang bagi discount sehingga 50%.banyakkan..

Eh...termelencong jauh pulak..hihihi...nak cerita siket pasal hi-tea kiteorang semalam.pada mama makanan die not bad..cuma sdih jek takde dihidangkan laksa johor.:(.tanye kat pelayan kat situ, dieorang cakap menu tukar-tukar.so semalam takde rezeki kiteorang nak makan laksa johor tu.menu-menu lain yang ade semalam macam nasi goreng, mee goreng, ubi rebus, roti jala,tahu sumbat, pasemboq,sandwich,cucur udang, desert, yong tau fu dan lain-lain lagi lah.yang bestnye restoran ni betul-betul kat tepi swimming pool.so leh lah cuci mata tengok air.hehe..nak tau berapa harga untuk hi-tea kiteorg semalam, hanya RM36 untuk 2 orang.so apa lagi, cepat-cepatlah join ni group.:-D

 

Friday 12 April 2013

Selamat hari lahir mama...

Assalamualaikum.

Hari ni tanggal 13 April bersamaan dengan hari lahir mama.hehehe...saje jek nak wish sendiri untuk birthday sendiri.boleh kan...takpe lah bukan ade yang nak bace pon blog picisan mama ni.huhuhu...pagi2 orang yang pertama wish mestilah suami tersayang a.k.a papa lah tu.thanks papa.

dan ada sorang lagi yang pagi2 dah bangun dan kejut-kejut kan mama suruh bangun.lain tak bukan mestilah anak mama yang sorang tu, aman firas.macam tau-tau jek arini birthday mama kan.hehehe..thanks sayang.mama sayang kamu berdua.muaahh..muaahh...:-*.

wish untuk diri sendiri, thanks to ALLAH masih beri mama peluang untuk bernafas dari tahun demi tahun.mama mohon pada ALLAH semoga berikan mama kesihatan yang baik, murahkan rezeki dan kuatkan iman mama supaya tak cepat goyah.Insyallah...

Tak berhati perot...

Assalamualaikum

Salam jumaat..penghulu segala hari dan penuh barakah.Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi melihat dan bernafas dibumi ALLAH ni.dan yang istimewa masih diberi peluang untuk bersam-sama insan yang disayangi.terima kasih ALLAH.sesungguhnya KAU tuhan semesta alam.Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha pengasih.

tapi dalam ALLAh memberi kita peluang untuk hidup lagi, masih ade manusia yang berlaku kejam.kejam maksud mama, kejam terhadap insan kecil yang bernama anak.saban hari kita pasti dengar kes buang bayi disana sini.cara anak kecil ni dibuang ibarat sampah.sampah yang tiada makna langsung dalam hidup si pembuang.oh..sungguh sedih dan sayu bila mama dengar berita macam tu.

tak sayangkah pada anak kecil yang tak bersalah tu.mereka ni ada yang dijumpa di tong-tong sampah, di sungai-sungai, di longkang-longkang, di lubang jamban dan yang paling menyedihkan ada yang sanggup mencampakkan bayi mereka yang tak berdosa itu dari tingkat rumah flat atau pangsa.bayangkanlah bayi sekecik tu yang perlukan belaian kasih sayang dari ibubpanya, tapi dibuat sebegini rupa.dimanakah sikap kemanusiaan??sebegitu jahil..apakah tiada sifat kasih ke pada anak sendiri.

yup mama faham..kebanyakkan yang dibuang itu adalah anak yang diluar pernikahan yang tidak sah.jika anak itu dari hasil perhubungan yang tidak sah, patutkah ia dibuang begitu sahaja.sedangkan mereka ini tidak berdosa langsung.yang berdosa itu adalah ibu bapa mereka.kenapa si anak yang menjadi mangsa.sedih hati mama bia dengar yang kebanyakkan kes itu terdiri dari orang Islam sendri.:(

dimanakah salahnya bila kes-kes pembuangan bayi ni semakin menjadi-jadi.siapakah yang oerlu disalahkan..pada mama semua institusi perlu memainkan peranan.tak kira dari keluarga,masyarakat dan pemimpin.semua patut bekerjasama dalam menangani perkara ini semakin teruk kelak.janganlah jadikan anak-anak kecil tu mangsa.mana tau kan, anak yang dibuang tu boleh menjadi pemimpin ke satu hari nanti.

kat sini mama nak menyeru dan mengingatkan pada semua dan diri mama sendiri supaya sentiasa memuhasabah diri sendiri.jika melakukan kesilapan balik lah pada ALLAH.sesungguhnya ALLAH tu maha pengampun.sama-samalah kita teguhkan iman supaya tak mudah terpedaya dengan godaan syaitan yang menyesatkan tu.

Wednesday 10 April 2013

anak bapak...

Assalamualaikum..

mama ni memang suke snap gambar anak bujang mama tu.penuh kat handphone ni dengan gambar die jek.tak cukup dengan hand phone mama, papa punye hand phone pulak yang jadi mangse mama.huhuhu..melampau tak.dan yang paling mama suka snap gambar masa aman ni tido.macam-macam gaya die.

yang paling best dpt snap gambar die tido berjemaah dengan papa die.huh..memang sebijik..anak bapak lah katakan.dah lah muka pon sebijik sama..cara dan gaya tido pon same.tu lom part tido nak bercakap sambil mengomel.memang cetak habes lah.bila cakap kat papa mesti die tak caya yang die tido camtu.

bila tengok aman tido mama cakap lah, macam tu lah papa tido.ngomel ntah pape jek.sampai mama ni terjage.yang bab lasak tido tu jangan cakaplah.aman ni makin besar makin lasak pulak tido die.tau-tau ade kat kaki jek.huh..anak-anak..sabokan ajelah..nasib baik tak kena hempap okey.dan nasib baik lah mama ni tido ala2 princess gitu.tido sopan dan santun.:P


dah tengok kan...sama tak mereka ni tidur.anak dan bapak tidur bersama-sama.memang penat betol dua-dua ni..mama pulak jadi pemerhati jek tengok mereka tidur.iyelah kenelah berjaga-jaga.mane tau nnti takot papa tu terhempap anak sendri pulak.lain pulak cerita tu nanti.huhuhu..pape pon mereka lah si jantung hati mama.luv papa & aman.:-*..
 

Tuesday 9 April 2013

Jom mengundi...

Assalamualaikum.

Baru kejap tadi SPR dah umumkan tarikh untuk semua rakyat Malaysia pergi mengundi.hari penamaan calon jatuh pada tarikh 20 April dan tarikh mengundi pulak pada 5 Mei.apsal hari ahad...tak best lah camtu.tak dapatlah mama cuti free.kalau buat ari sabtu kan best.ari sabtu memang mama kena kerja.walaupon half day jek, tapi boring okey..kalau mengundi tu ari sabtu, confirm lah mama tak payah kerja.tapi..:(

tahun ni tahun pertama pergi mengundi.hihihi...sebelum ni patutnya dah layak pergi mengundi, tapi tak daftar pulak.tu yang tak dapat join mengundi masa pilihanray yang lepas.nak jugak merasa camana suasana mengundi tu.excited pon ada jugak ni.huhuhu...camana lah rupa bilik mengundi tu kan.selalu tengok dalam tv jek.kali ni real punye..:D

harap-harap hari mengundi tahun berjalan lancar.tak nak ade perkara gaduh-gaduh macam pilihanraya yang sebelum ni.mengundilah dengan aman.jangan jadikan pilihanraya ni gelanggang nak bergaduh dan bermusuh.fikirlah secara matang dan tak perlu ada perasaan yang tidak antara satu sama lain.tak kira lah dari pihak mana pon.

okeylah..selamat mengundi untuk semua.lakukanlah tanggunjawab anda.nak tahu mama undi siapa??..jeng..jeng..undi adalah rahsia.takleh kasik tau sama orang.hehehe....jadilah pengundi yang bijaksana.pangkah pada yang betul-betul boleh mentadbir dan membantu rakyat.pada calon-calon yang telah dipilih tu, jalankanlah tugas selepas dipilih.jangan masa nak pilihanraya jek nampak muka.lepas menang, nak nampk pon susah.takmo camni okey.marilah mengundi...:D


Monday 8 April 2013

Tahniah Sam

Assalamualaikum.

tahniah buat Shaheizy Sam atas kemenangan bintang paling popular 2012.merampas balik takhta tu dari Aaron Aziz.memang agak terperanjat lah jugak.mulanya mama ingat anugerah bintang paling popular tu jadi milik Aaron Aziz, tapi tu cume ramalan jek.mama takdelah antar undian pon.camane nak hantar, beli surat kabar pon tak.hihihi...

tahniah jugak pada semua pemenang-pemenang malam tadi.walaupon ade beberapa kemenangan yang dijangka, tapi syabas lah bagi yang menang tu.bagi yang tak menang, usaha lagi ye.tingkatkan prestasi kurang kan kontroversi ok.peminat pon tak suka artis yang suka buat kontroversi untuk naikkan nama sendiri.peminat sekarang pon dah pandai memilihi tau.huhuhu..

psstt..nak cerita sikit pasal hadiah yang bintang popular ni dapat.lumayan okey...nak tau apa hadiah dia..jeng..jeng...tu dia  kereta Nissan Coupe 370Z tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd berharga RM370,000, selain barang kemas Habib tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000 berserta trofi.banyakkan...kalau sedekah kat anak yatim dan yang memerlukan okey jugak tu kan.hihihi..sam ada berani nak bagi..kalau bagi memang mama respect.yang penting ikhlas ye.bukan nak nama jek.huhuhu...

cuma mama nak komen pasal majlis malam tadi.pada mama agak hambar lah.sape setuju.angkat tangan.hehehe..macam kurang kick macam tahun-tahun yang sudah.nasib baik ade johan.dapatlah kurangkan kehambaran tu.yang paling lawak tu bila johan tiru gaya parody lagu sayang dari dhae.sumpah lawak okey...mama ngan papa gelak habis.hahahaha..

persembahan okey lah pada mama.yang paling mama suka bila kemunculan beberapa artis tahun 80 an.memang gamatlah stadium putra malam tu.join karaoke free.huhuhu...cik ta pon beria-ia menyanyi.menyingkap zaman muda-muda ae cik ta.hik..ade satu yang mama tak berapa suke, tang peminat yang berdiri disisi pentas tu.ish..rase menyemak jek.pada pendapat mama lah.iyelah time penyampaian anugerah dieorang tu terjerit-jerit sebut nama artis yang dieorang suka.macam menganggu pulak kan.

harap lepas ni BH alert pasal ni lah ae.pada artis-artis tu jangan lah pakai cekci-cekci ae..macam tak berapa sedap lak mata yang nak tengok ni.hihi...papepon tahniah lah pada semua pemenang ye.jom layan video johan tiru gaya parody kat youtube dari bobo.dah glamour mamat bobo ni..hihihi..


Wednesday 3 April 2013

Kasih seorang suami..

Assalamualaikum

Rasa masih tak terlambat mama nak ucap takziah pada En.Abil yakni pemilik blog http://abil4fauziah.blogspot.com yang telah kehilangan isteri kesayangan semalam Kak Gee.kalau tak silap mama first time tahu kisah mengenai pasangan ini, mama tengok kat rancangan wanita hari ini.masa tu apa yang mama boleh cakap, memang kagum dengan pengorbanan seorang suami yang sanggup berhenti keje setelah berkhidmat selama 11 tahun semata-mata ingin menjaga isteri tersayang.

sesiapa pon yang melihat akan tersentuh hati termasuklah mama.zaman sekarang ni memang jarang kita dengar suami sanggup berkorban seperti En.Abil ni.bukan takde, tapi kurang lah.kalau isteri yang berkorban menjaga suami semasa sakit ramai lah kita dengar.ni semua asam garam kehidupan.ada masa kita sakit, ada masa kita sihat, ada masa kita susah dan ada masa kita senang.jadi semasa kita tempuh semua tu, anggaplah semua ni ujian yang berikan pada kita.sejauh mana kita redha dengan segala yang menimpa.

pada mama suami-suami kat luar sana jadikanlah EN.Abil ni sebagai contoh suami mithali.menerima isteri dalam apa jua keadaan.berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk isterinya.memang sukar, tapi percayalah ada hikmah disebalik kejadian.mama pon harap papa dapat jadi seperti ni.menerima mama dalam apa jua rupa dan bentuk.dan mama pon akan cuba berlaku sama untuk papa.Insyallah..semoga ALLAH sentiasa melindungi kita.

Kepada En.Abil, bersabarlah dan tabahkan hati..sesungguhnya ALLAH lebih sayangkan Kak Gee.dari Dia kita datang dan dari Dia juga kita pergi.semoga arwah ditempatkan disamping orang-orang yang beriman.Insyallah...mama kongsikan beberapa keping gambar mereka yang mama ambil dari blog En.Abil.memang mereka ni pasangan yang romantis.betapa sayangnya En.Abil pada kak Gee kita boleh lihat di coretan blog En.Abil.Al-fatiha...

ni gambar ketika kak gee masih sihat.cantik kan..
walaupon ketika sakit, Abil tak pernah lupa memberikan ciuman kasih sayang pada isterinya.sweet..