Sunday 31 March 2013

bila si mati di umpat..

Assalamualaikum

Hampir setiap pagi papa akan bukak tv untuk bagi aman tengok.bagi die leka sikitlah.sambil2 tu mama pon bersiap lah nak pergi kerja.tv yang biasa papa bukak iyelah tv9.kenapa tv9???sebab waktu pagi2 ni ada tazkirah2 dari ustaz.bagos untuk terapi kami di pagi hari.dengar perkara2 yang baik.untuk aman jugak.biasa lepas program tanyalah ustaz, program Rasul yang kata.bab ni memang mama suka lah.dalam rancangan ni siap ada zikir-zikir yang memuji Ilahi dan Rasulluallah dalam bentuk qasidah..seronok tengok anak-anak kecil berqasidah..aman pon suke tengok .hehehe... 

dalam rancangan Rasul yang kata ni membincangkan tentang hadis-hadis sahih dan hadis palsu.bagus bila tengok rancangan ni.dalam masa yang sama beri info mengenai hadis-hadis sahih.sebab kita lihat sekarang ni banyak hadis-hadis palsu yang wujud.tu boleh memberi kesan yang tak baik pada kita umat Islam.sebab ade sesetengah bila ternampak ayat-ayat berbentuk hadis jek, terus mempercayai tanpa menyelidik samaada itu hadis sahih atau palsu.memang mama galakkan semua tengok rancangan ni.dalam rancangan ni pon ada adik-adik comel yang terlibat sama.

kat sini mama nak bercerita sedikit mengenai hadis yang dikongsikan oleh ustaz pada pagi mengenai memperkatakan perkara yang tidak baik mengenai orang yang telah meninggal dunia (sesama Islam).ia amat tidak digalakkan.is seolah-olah menyakiti pada si mati.jika memperkatakan tentang kebaikan, memang digalakkan.lagipon semua umat Islam adalah bersaudara.jika kita memperkatakan perkara yang tidak mengenai si mati, samalah kita  menikam saudara kita sendiri.

tiba-tiba mama teringat ada seorang pakcik ni, sibuk memperkatakan tentang perihal saudaranya yang telah mati semata-mata akibat duit.errmm...mula-mula tu mama agak terperanjat, sebab yang keluar dari mulut pakcik ini lah kata-kata yang agak kesat.Subhanallah....memang termati kata-kata mama masa tu.ialah sanggup die bercakap camtu kan hanya mengenai duit yang die tak dapat.apa yang mama boleh cakao, semoga pakcik ni cepat-cepat lah mohon ampun pada ALLAH.walaupon ada yang belum selesai lagi oleh si mati tu, tapi janganlah sehingga sanggup berkata sedemikan rupa.semoga pakcik cepat sedar dari kata-kata die yang lepas tu.dan semoga arwah si mati tu aman di sana.Insyallah...

Pada kita yang hidup ni, jangan lah semudah-mudahnya memperkatakan atau mencanangkan perkara-perkara yang tidak mengenai sesiapa yang telah meninggal dunia.lagi-lagi jika orang itu adalah orang Islam.cubalah memaafkan mereka walau sebesar mana pon kesalahan mereka.jika mahu menuntut apa-apa, tuntutlah pada keluarga yang tinggal.tak usah diceritakan perihal tentang si mati tu lagi.mama pon mengingatkan diri mama sekali dari menjadi seperti aini.sama-sama kita berusaha menjadi yang lebih baik.Insyallah..
 

Thursday 28 March 2013

Rindu lah kat dia...

Assalamaualaikum

Tengah buat-buat keje tiba-tiba rindu pulak si kecik ni.rasa masa ni pantas jek berlari..bukan berjalan tau.hihihi..pejam celik aman da nak masuk 10 bulan.memang pantas.rasa macam tak puas jek nak tengok masa baby.arini cuma nak share gambar-gambar aman mase baby.kire 2 bulan kebawah usia dia mase tu.




















Layan jek lah gambar aman firas ni..hihhii...takde apa-apa yang mama nak tulis.tapi memang mama syukur sangat kat ALLAH sebab kurniakan insan yang terindah ini.dan sekali gus bagi peluang kat mama merasai keindahan hidup selepas menjadi ibu.

mama harap aman firas akan membesat menjadi anak yang soleh.mama akan sentiasa doakan yang terbaik untuk aman.semoga kasih sayang kita kekal sampai ke jannah ye sayang.bagaimanapon rupa dan keadaan aman akan datang, mama tetap sayang aman sampai bila-bila.sesungguhnya kamu lah amanah yang ALLAH berikan untuk mama dan papa.dan semoga ALLAH berikan kesabaran dan kekuatan untuk mendidik kamu wahai anak...

Wednesday 27 March 2013

Adakah ini habit??

Assalamualaikum

Korang pernah masuk toilet awam samada kat pasaraya ke, perhentian bas ke, stesyen minyak, ke kat office tempat korang keje ke, senang cakap kat mana-mana lah, bila dah membuang najis tu tapi ada yang malas nak flush.uh..sungguh menggeramkan bila ada manusia yang jenis camni.terfikir jugak kat umah sendiri camne gamaknya kan..adakah habit tu dah jadi amalan...

mama dah banyak kali terkena camtu.bila masuk-masuk jek toilet dengan hati yang berkobar-kobar nak membuang air kecil or besar tiba-tiba ada benda yang tertimbul atau melekat kat bowl toilet..eeuuwww....sangat...abcdefrgrrrrrr...........habis nak tak nak kita jugak yang rajin ni tolong flush kan untuk manusia yang punya habit  buruk camtu.

kadang-kadang yang mama pelik tu, yang keluar dari toilet tu mak ai...perfume bukan main wangi, siap bawak beg branded segala bagai.tapi... punya habit sebegini rupa..malas nak flush lepas membuang najis sendiri.hello..tu najis sendiri ye.jadi bertanggungjawablah sikit cik kak oi..sungguh tak senonoh kan.yang lagi sedih tu perempuan kan. perilaku tu tak seindah luaran anda yang sungguh orang kagum bila tengok..

pada mama sebest mana pon orang tu, tapi bila ada habit camni, memang spoil la..huhuhu..nak kata lupa..tak kan lah benda camtu pon lupa.bukan susah sangat pon.lepas buang air kecik atau besar, tarik jek flush tu.settle keje kan.bukan suruh cuci toilet tu pon.tak rasa bersalah ke pada oran-orang yang nak gunakan lepas tu.ke memang takda perasaan.ke memang saje nak nyusahkan orang.

kalau rasa malas sangat tak payah buang air kat tandas awam a.k.a tandas yang digunakan oleh orang ramai, buang jek kat umah korang tu.dan tak payah flush.masa tu baru tau camana bau dia kan.semerbak tak.dan confirm sendiri pon geli nak gunakan.betol tak.sama-sama lah jaga kebersihan tu.bukan ke tu semua dituntut dalam agama kita. 

Monday 25 March 2013

Comel tak gigi saya...


Assalamualaikum

 sejak aman dah tumbuh gigi ni, susah betol nak ambil gambar dia senyum.puas lah mama dgn papa ni buat aksi macam-macam nak kasik die senyum.balik-balik dia akan senyum bila kita dah siap snap gambar.masa ambil gambar tu asyik nak katup jek mulut.takut bebeno nak bagi orang tengok gigi dia tu..grrr..

tak pon dia akan senyum ciput jek masa ambil gambar.dan pastinya gigi tu memang tak bagi can langsung orang nak tengok.dan malam tadi setelah sekian lamanya mama cuba nak snap gambar aman yang dah ade gigi tu, berjaya akhirnya.bukan senang tau.tu pon terpaksa ambil banyak kali sebabnya aman ni sekarang sangatlah lasak.bukan nak duduk diam pon.hihihi...

saya, gigi dan kereta bomba papa belikan..hehehe..

haaa...tu dia terus senyum lebar sampai nampak gigi.hihihi...sebenarnya gigi die dah tumbuh 6 batang.tapi yang terserlah betol-betol cuma 4 jek.yang 2 lagi tu, sikit jek tmbuh.sikit ari lagi membesar lah gigi tu dengan cemerlangnya.yang mama perasan gigi atas tu bukan main besar die tumbuh.dah macam orang besar lak.dan dengan gigi tu jugaklah die gigit nenen die..mak ai sakit woo..kecik besor jek mama tengok mamat kecik ni tau.geget baru tau..:D.

yang mama perati aman sekarang suka sangat makan ape yang orang besar makan.bila suap sekali, memang mintak berkali-kali lah..kalau tak dapat terus kuar suara jantan dia tu.menjerit-jerit macam kena dera pulak.ish...sabo kan aje anak sorang ni.bila makanan tu dah ada dalam mulut, bukan main suka dan cepat-cepat habiskan dan mintak lagi...kita pulak yang tak terkejar jadinya..macam-macam ragam bila dah makin besar ni..

tapi yang kelakarnya bila dia tengok kita makan sambil mengunyah, dia pon nak ikut sama macamane kita buat.lawak tengokkan bila mengunyah guna gigi depan.comel jek tengok.kalah kak ton..hahahha...takpelah janji dia nak makan..bukan jek nak makan, tapi dia suka sangat nak makan.janji anak mama ni sihat-sihat aje ae..

Thursday 21 March 2013

Bila nampak awek..




baiklah...cuba korang perhatikan apakah yang aman sedang lakukan bila tengok semua gambar di atas.ceteka..ceteka..lambatlah nak tunggu jawapan korang tu.biar mama cerita.ni lah satu perangai anak bujang mama ni, pantang ada nampak perempuan aka awek kecik or besar ke, memang dia suke bebenor nak suruh orang tu layan dia.

gambar yang first tu nampak mama jek. muka selambe dan tak nak senyum.iyelah dah boring gamaknya tengok muka mak dia ni.sampai hati aman tau.bila malam nak tido tau pulak cari mama kan.ape lagi yang die nak, pastilah nak nenen.bila dah dapat nenen baru lena tido.ish..geget kang..huhuhu...

second gambar tu, die dah nampak ada awek sebelah tempat kiteorang makan.then time nak usha lah.mula-mula dia akan tengok awek tu sampai lah awek tu pandang die balik.bila awek tu pandang, dia akan paling kan muka pandang tempat lain.konon-konon nak curi-curi pandang lah tu.gediks kan...ahaks..

then gambar yang ketiga tu die da mula lemparkan senyuman manje bila aweks tu dah mula senyum-senyum kat dia.pantang kan...geget baru tau.aweks tu sukelah melayan dia bila si kecik ni senyum-senyum.maka menjadilah dia.dah taknak pandang mama lagi tu.aman...aman...ikut perangai sapa lah ni.ikut perangai papa ae.kecik lagi,jangan gatai-gatai ae.belajar pandai-pandai dulu pastu keje leklok baru ngorat anak dara orang ae nak.

Wednesday 20 March 2013

Result SPM dah keluar

Asssalamualaikum

arini semua sibuk memperkatakan pasal result SPM yang keluar kan.tengok aje kat fb, macam-macam ucapan tahniah yang mama baca.tiba-tiba teringat masa dulu-dulu ambil result SPM.rasa lebih 10 tahun dulu.berdebar-debar wei..time tu.hihihi..malam sebelum nak ambil result, tidur tak lena tau.asyik dok terfikir ape lah result yang aku dapat esok ni..

sampai kat sekolah, buat muka relax jek.tapi dalam hati tuhan jek yang tahu.sungguh seram..takot...cuak..huh..macam-macam lah.ikutkan result mama takdelah cemerlang gemilang sangat.tapi boleh lah untuk sambung belajar.hihihi..tu lah sape suruh belajar main-main kan.nampak tak macam ayat menyesal.alaa...bende dah nak jadikan.:D

mama nak ucapkan tahniah pada yang dapat result yang baik dan cemerlang.mama percaya mereka-mereka ni telah berusaha keras kan untuk mendapat result yang terbaik.pada yang tak mendapat result yang cemerlang jangan lah bersedih ye.ingat ni baru permulaan bukan satu pengakhiran.lepas ni bermacam-macam dugaan yang adik-adik akan tempuh kat luar sana.

berusahalah dengan lebih kuat untuk menjadi insan yang lebih berjaya kelak.jangan sebab result SPM tak berapa baik,adik-adik dah mengalah dan malas nak berusaha.percayalah bahawa ALLAH akan memberikan kejayaan dan rezeki yang baik untuk hambaNya yang rajin berusaha.dan jangan sesekali lupe nak memohon pada ALLAH.


Buli lagi...

bestnye dapat buli aman lagi.hahaha...sungguh notty kan mama aman ni.sanggup buat anak bujang die lagu tu.jangan marah ye nak.bila lagi nak buli aman kan.nanti dah besar aman pulak yang buli-buli jek mama kan.masa tu mama pasrah jek lah..macam muka aman sekarang ni.buat muka tak tahu jek bila ape-ape jek mama buat kat die.huhuhu..jemput tengok gambar aman di buli lagi.ahaksss..



ni lah wajah-wajah anak yang kena buli oleh mak die..hihihi...comel tak bila aman di toncet camtu.comel macam kak ton.huhuhu..nak jugak macam kak ton kan.ni sebenarnya saje-saje jek mama toncetkan rambut aman yang makin panjang tu.papa pulak tak nak potong.kononnya nak kasik panjang macam dia mase kecik-kecik dulu.huh..macam-macam lah papa ni kan.sian dia kepanasan.bila da toncet camni da macam girl pulak kan.ish..jgnlah fikir bukan-bukan ae.ni suka-suka jek.takdelah nak dia jadi disebaliknya okey..

klau nak girl tunggu the next baby lah.tunggu adik dia pulak kot nanti.kalau ade rezeki anak lah girl pulak kan.baru best.hihhi..berangan tak sudah mama ni kan.takpelah berangan dulu, mane tau dapat rezeki dari ALLAH kan.kejap jek mama toncetkan dia.pastu bukak balik.dia mana kisah apa yang mama buat kat dia.die main jek tahuu.huhuhu...aman..aman..

sekarang ni dia dah  makin lasak.dan gigi pon dah nak bertambah menjadi 6 batang.sungguh pantas gigi itu tumbuh ye..nantilah mama upload gambar aman dan giginya itu ye.sebenanrnya susah okey nak ambil gambar aman ni dengan gigi dia.time nak ambil gambar, dia akan tutup mulut, tak nak mama ambil gmbar gigi die.kedekut tau aman ni.geget baru tau.hikk..












Tuesday 19 March 2013

sedap tak...

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak post apa-apa kat blog ni.bz memanjang jek mama ni.huhuhu...tadi belek-belek lah gambar kat FB, ternampaklah satu gambar yang cukup menyelerakan.dah lama tak makan benda alah ni..okey layan dulu ae gambar kat bawah ni dan...sila telan air liur ye...

steak home made..

okey dah layan gambar kat atas ni kan..apa korang fikir tentang benda di atas tu.kalau nak tau ni lah makanan yang selalu mama makan time pregnant dulu.dan sapa yang masak pastilah mama dengan papa yang masak.kira masak berduet lah.hihihi...

sapa nak resepi??angkat tangan.ada ke yang nak.gurau-gurau jek.ni pon masak campak-campak.eh..terlupe lak nak cakap yang ni sebenranye steak homemade.takdelah seap sangat macam kat restoran western tu.tapi boleh lah...kena dengan anak tekak kiteorang ni.hihihi...

tang telur mata tu papa saje-saje jek tambah.bagi sedap dia cakap lah.bila pregnant makan western ni, memang sedap lah.dan berat badan time tu pon berganda-ganda lah.pastu anak keluar pon, besar jugak lah..3.54 kg okey...:D..serius mama cakap hampir setiap minggu masa pregnant papa masak kan western food untuk mama.sampai before pergi hospital nak bersalin, papa sempat masak kan burger untuk mama.

dansyat kan..huhuhu..bila baby keluar, da tak sempat nak main masak-masak camni.papa mama rindulah steak papa..boleh masak kan tak.tiba-tiba macam ngidam pulak.oppss...aman belum dapat adik ye..ni ngidam saje-saje ae..takde kene mengena dengan apa-apa ye..hik..

Monday 11 March 2013

tak sedap badan pulak..

Assalamualaikum

hari ni tak tau lah kenapa dengan badan ni.rase sakit-sakit jek.lagi-lagi kat belakang ni.tu belum tang urat.memang semua lah rasa sakit.rasa macam nak demam pon ada.kepala da start pening-pening..adakah simptom aman nak dapat adik..ooo...tu belum lagi okey..:P.

mungkin mama penat kot.perlukah mama ambil cuti dan rest.best tu kalau dapat rest.tapi buat masa sekarang ni cuti telah dibekukan oleh bos..sob..sob..sedih.;(.iyelah sekarang ni tengah banyak projek yang sedang berjalan.so kenalah tangguh kan semua cuti tu.lainlah betul-betul urgent, baru dipertimbangkan.kalau sakit tu memang tak boleh nak elak lah kan.

takpelah..semua ni pon tuntutan kerja.nak buat camane.bila badan sakit-sakit ni memang nak buat pape jek, mule lah rasa tak larat jek.teringat dulu mama pernah terkena demam urat.orang tua-tua cakaplh.demam tu kejap ok, kejap tak ok.seminggu lebih mama demam masa tu.janganlah jadi camtu lagi.sian pulak aman nanti.nak manja dengan mama, pastu mama pulak sakit.

Ya ALLAH sembuhkanlah sakit mama ni.sesungguhnya KAU lebih mengetahui segala apa yang hamba-Mu ini hadapi.sesungguhnya, sakit-sakit yang sekecil ni adalah penghapus dosa-dosa kecil.maknanya ALLAH sayangkan mama lah.:D.hadapi semua dengan senyuman.:).jangan mengeluh-ngeluh ae mama.doakan lahad datu selamat dari ancaman penceroboh yang nak merampas sabah.dan jangan lupa doakan saudara-saudara kita di GAZA yang masih berjuang demi agama Islam..pray for GAZA.:D
wajah-wajah kesayangan mama.pengubat di kala mama tak sihat..

Thursday 7 March 2013

Selamat hari wanita sedunia.....

Assalamualaikum

kepada puan-puan,cik-cik,adik-adik, kakak-kakak dan semua lah yang bergelar wanita, hari ni adalah hari anda semua.selamat hari wanita utk semua dan utk mama jugak..hehehe..apa yang wanita nak pada ari ni.rasa semua wanita nak yang terbaik dalam hidup kan.bahagia disamping orang yang tersayang dan sentiasa dibawah lindungan Ilahi.Insyallah..semoga semua tu akan tercapai.

Dalam kita menyambut hari wanita sedunia ni,masih ada wanita-wanita diluar sana yang terindas tanpa kita sedari kan.masih ada yang menjadi mangsa kerakusan nafsu manusia tanpa rasa belas langsung.ada yang menjadi mangsa-mangsa dera oleh kaum-kaum adam yang tak bertanggungjawab.sangat sedih bila difikirkan dan dikenangkan.kenapa lah terjadi sebegini rupa.bukankah wanita ni patut dilindungi, dikasihi, disayangi...

sempena hari wanita ni mama nak seru lah pada semua, sayangilah semua wanita yang ada disekelilingi kamu tak kira lah siapa dia.hormati lah, jangan disakiti hati mereka.wanita dijadikan ALLAH untuk berdamping dengan kaum adam.maka semua kepada semua kaum adam, lindungi dan kasihilah wanita.contohi lah sikap dan cara Rasulullah melayani wanita.sesungguhnya Rasulluallah adalah contoh terbaik yang patut kita contohi.

kepada semua wanita, anda semua adalah hebat.walaupon di luar nampak lemah, tapi hakikanya anda adalah kuat dan istimewa.semoga kita semua sentiasa kuat menempuhi segala ujian dari ALLAH di hari-hari yang mendatang.teguhkan hati, kuatkan semangat.jangan sesekali lemah bila diuji.Insyallah...semoga kita semua menjadi wanita yang solehah.aamin..

 

tragedi...

Assalamualaikum

nak cerita yang ringkas2 jek arini.malas nak taip banyak2.leher mama ni sakit lak.tak tahu pasal ape.salah tidur ke..ke lame sangat tengok komputer.agknye lah kot semua tu.huhuhu...

tengok tajuk macam saspen jek kan.tragedi ngko..hihi...tragedi ape tu.alaa...tragedi biase2 jek.aman jatuh tergolek dok mase mandi.camane boleh jadi???ni semua gara2 si kecik tu time mandi tak reti nak dok diam.ade jek yg die nak buat.

sejak dari lahir sampai sekarang ni memang mama mandikan aman dalam tub a.k.a besen lah.:D.setiap hari memang mama or papa akan mandikan aman sebelum hantar ke rumah pengasuh dia merangkap jiran kiteorang lah..mesti ade yang cakap siannye pagi2 da kena mandi.bukan ke tu salah satu yang dituntut dalam Islam kan.mandi awal pagi.:D.nak kata pagi sangat tu tak lah.dalam pukul 730 pagi jek.ok lah kn.so far dari kecik sampai sekarang dia ok jek.

eh..terpanjang pulak cerita..camni mase papa mandikan aman pagi semalam, ntah camana tibe2 mamat kecik tergolek.tersembam pipi ke lantai.tu lah sape suruh tak reti dok diam2 kan.hihihi...orang suruh duduk kat dalam besen tu.dia pon sibuklah nk berdiri time mandi tu.papa pon peganglh dia.mase dok siram2kan dia dengan air, tibe2 die terlepas dari pegangan papa.dan tergolek lah.sian anak mama.terus melalak minta mama datang selamatkan keadaan.

mama pon ape lagi terkejut beruk lh bila tengok anak dah tersembam dengan kaki kat atas.berlari mama pergi kat aman.peluk dia bagi die cool sket.kejap jek pon nangis.lepas tu terus sengeh2 tunjukkan gigi yang da tumbuh tu.tapi adelah kesan merah sikit kat pipi dia.nasib baik takda ape2.syukur...memang anak jantan lah...hihihi..

Wednesday 6 March 2013

Sudah pandai panjat ae..

Assalamualaikum.

sejak akhir ni aman suka sangat nak panjat tangga.tiba2 rasa susah  jugak beli rumah 2 tingkat ni.kerisauan pulak bila si kecik tu dah mula nak tunjukkan aksi panjat memanjat.pantang lepa sekejap, tangga jugaklh tempat yang paling dia suka main.mama pon tak faham.kenapa lah budak kecik ni suka panjat tangga kan..hihihi...eleh..mama ni buat2 tak faham jek kan.macamlah kecik2 dulu dia tak panjat tangga kan.hahaha...time to learning more..

ada lah aritu mama sempat snap gambar aman memanjat tangga ni.bukan main suka dia masa mama ambil gambar dia tu.siap sengih2 lagi..geram tau..hihihi..geram dengan anak sendiri.boleh gitu.:D.ikutkan dah banyak kali dia panjat tangga kat rumah tu, tapi kali ni sempat snap gambar dia.iyelah sebelum ni dia main panjat secara senyap.tahu2 da 3 anak tangga dia panjat.

buat mase ni belum pernah jatuh lah.tapi harap2 jauhkan dari kes jatuh2 ni.ade kang jantung mak dia ni yang jatuh.hahaha..dia ni pandai sekarang, kalau nak panjat tangga tu dia buat kerja lain dulu macam main bakul lah, main kertas lah..bila nampak kita leka jap, dia slow2 pergi kat tangga dan terus panjat.hanya berapa saat jek.bila kita terkejut panggil nama die, die akan lagi cepat panjat tangga tu.huh..hai anak..janganlah buat mama dan papa ni heart attack ye.

plan memang nak pasang tangga kat tangga tu.tapi tak berkesempatan lagi nak cari.gaya cerita macam sibuk sangat jek mama ni.huhuhu...sibuk tau.:D.ni untuk langkah berjaga-jaga lah sebelum apa2 berlaku.lagi sekarang dia makin ligat.penat mak tau nak kejar mengejar die.huhhu...takpelah anak sendiri.masa ni lah seronok nak main dengan dia.nanti dah besar remaja dah tak nak main camni.jangan lupa mama papa tau aman.kalau tak mama babap nanti.hihhi..luv u lah..:-*

hai mama...aman nak panjat ni.hehehehe..

huh..penat jugak panjat tangga ni..mama dok bawah diam2 ae..:P.bertuah punya anak..

tutup mulut..nanti mama tengok gigi kita..hihihi

Monday 4 March 2013

Info keselamatan...

Assalamualaikum.

Akhir2 ni dah banyak kes2 janayah yang kita dengarkan.tak kira lah sama ada jenayah pecah rumah, jenayah samun, jenayah bunuh dan macam2 lagilah...dunia sekarang kan.jenayah dimana2 sahaja.kat sini mama nak share beberapa tips keselamatan yang mama ambil dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).tips ini untuk menghalang supaya jenayah dari berlaku.sama2 kite praktikan untuk keselamatan bersam.share2 lah ae dengan semua orang.semoga dapat manfaat dari perkongsian ini..

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).- (ni untuk semua lah..bukan ditujukan untuk anak2 jek.bagi semua ahli keluarga jugak.kalau ramai2 ok lh kot kan.hehehe)

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).-(yang ni memang perlu hati2.kalau ada rasa curiga baik call pejabat polis yang berdekatan.jangan berani sorang2 jek ae.)

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.(teringat masa kecik2 dulu.kalau balik kg nenek.toilet die kat luar.bila nak kencing time tengah malam jek mulelah kejutkan orang suruh temankan.hehehehe...seram okey..)

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama).(bahaya jugak kan kalau simpan barang2 kemas ni kat rumah.abes nak simpan kat mane erk..)

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).(yang ni memang digalakkan lah.kalau rasa dengar sesuatu yang pelik better bunyikan hon kereta untuk takut2kan penyamun yang ada niat nak pecah masuk rumah korang.tapi janganlah setiap 5 minit korang bunyikan ye.ade kan kena marah dengan jiran2.hihihi)

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.(ni sama jek macam yang kat atas ae)

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).(ni bagi surirumah, kalau ada yang datang kat rumah time suami pergi kerja.kalau boleh jangan bagi masuk kalau tiada orang lelaki di dalam rumah.dikuatiri mereka2 ni ada niat yang jahat.even kalau yang jual2 barang tu pon jangan layan sangat.)

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.(yang ni penting sangat.ambil no tel jiran2 anda ye.kalau jadi apa2 terus telefon jiran anda tu)

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.(kalau boleh ambil no telefon balai polis yang berdekatan rumah anda.ia bagi mempercepatkan mereka datang kerumah anda andai kata ada berlaku jenayah)

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.(ni yang selalu mama praktikan kalau takde kat rumah.mama akan still nyalakan lampu samada ada atau takde dirumah)

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

Lagi terkorban di Lahad Datu..

Assalamualaikum..

pertama kali mama nak ucapkan takziah pada ahli keluarga anggota polis yang telah terkorban di Lahad Datu.semoga mereka ini ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman.al-fatiha....pergi kerana mempertahankan negara.semalam jek 6 orang telah tekorban.jadi total yang telah terkorban 8 orang kesemuanya.harap pihak kerajaan dapat membantu balu2 semua anggotan polis yang telah terkoban.

sedih bila tengok semua balu2 anggota polis yang terkorban.semoga mereka semua tabah menempuhi masa mendatang tanpa insan tersayang disisi.yang paling menyentuh hati mama, seorang isteri anggota polis berpangkat inspektor yang begitu redha dengan pemergian arwah suaminya.walaupon ketika ini dia sedang mengandung anak ketiga.apa2 pon yang berlaku dia perlu teruskan hidup.menjaga amanah yang ALLAH berikan untuk dia.ni lah kenangan antara dia dan arwah iaitu anak2.begitu tabah..:(

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
 
 

Friday 1 March 2013

Lahad Datu diserang..

Assalamualaikum

berita terkini yang mama dengar lahad datu telah diserang oleh kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.penceroboh ni telah berkampung di kawasan Felda Sahabat 17, Kg.Tanduo,Lahad Datu sejak beberapa minggu yang lalu.sebelum PM ada memberi amaran supaya penceroboh ni berpindah dari situ.tapi mereka mengabaikan amaran yang diberikan kerajaan Malaysia dan tempoh sudah tamat.bila tempoh dah tamat, mereka menyerang pulak.jahat giler kan penceroboh ni.dah lah ceroboh negara orang.pastu suka2 jek nak  buat macam negara orang.

dan yang terbaru jugak mama dengar 2 orang anggota komando polis telah terbunuh dalam serangan itu selepas terkena serangan mortar dari penceroboh tu.masa kejadian komando polis ni sedang berkawal di salah satu dari pos di sekitar Kg.Tanduo tu.dan ada beberapa orang lagi anggotan yang cedera dan dihantar ke hospital Lahad Datu.Takziah buat semua keluarga anggota yang meninggal dunia dan yang cedera.semoga tabah menghadapi dugaan dari ALLAH ni.

Diharap pihak kerajaan Malaysia dapatlah mengambil tindakan secepat yang mungkin untuk mengawal keadaan kat sana.ditakuti keadaan semakin meruncing pulak.iyelah penceroboh ni pon yang mama tahu, mintak macam2 kat kerajaan Malaysia.padahal dia yang ceroboh.pastu main ugut2 kan.tembak baru tau..huhuhu..emo2..kalau boleh kerajaan malaysia jangan ikut kan sangat permintaan dieorang ni.halau jek..ni bukan negara mereka.kenapa harus nak ikutkan semua tuntutan mereka tu kan.

mama kesian jugak dengan penduduk kat lahad datu sekarang ni.mesti dalam ketakutan kan.kalau mama pon takot okey.iyelah bila2 masa jek penceroboh ni boleh serang penduduk awam.dengar cerita semua penduduk diarah berkurung dan jangan pergi kemana2 yang boleh membahayakan keselamatan mereka ni.semoga semua penduduk kat situ tabah menempuhi ujian yang hebat ni.mama doakan lepas ni tiada lah lagi yang terkorban.kesian pada mereka semua.sama2 lah kita doakan kesejahteraan semua penduduk di Lahad datu ni.semua sumber ni mama dapat dari bernama berita harian online http://www.bharian.com.my

p/s:dalam keadaan yang genting ni pon ade yang cakap ni semua agenda politik..isk2..ade ke patut camtu.patutnya kita semua bersatu untuk menghalau semua penceroboh tu.bukan nak bermain politik lagi ye..ni bukan main2 okey..