Thursday 21 February 2013

Percutian di Port Dickson

Assalamualaikum..

Rasa tak terlambat kot mama nak cerita pasal percutian mama masa cuti raya cina aritu.rasa lah kot kan..hahaha..main rasa2 pulak.tapi tak kira nak cerita jugak.nak ikutkan ni last first time percutian kami anak beranak selepas lahirnya aman ke dunia ni.sebelum ni asyik tak berkesempatan jek.iyelah masing2 sibuk dengan kerja masing2.nak wat cmane kan..terpaksa lah tangguh kan.so bila dapat peluang pegi jalan2 camni, jangan dilepaskan.hehehe..

mula2 plan nak pergi cameron highland.tapi terpaksa cancel sebab hotel banyak yang da penuh.:(.so tukar plan pergi Port Dickson jek..oklh kan dari takde..perjalanan kami dari KL ke port dickson tak jauh mane pon.kenapa dari KL???hari sebelum tu kami bergerak dari JB-KL dulu.jumpa kawan2 mama kat sane & sambil2 berjalan2 lah kat sane dulu.petang esoknya barulh kami bertolak ke port dickson.perjalanan yang sungguh lame okey..semua tu disebabkan jem yang super duper terok tau.nak sampai ke challet yang kami da book dulu tu hampir 2 jam..huh..sungguh letih..yang bestnya aman siap melepaskan hajat kat dalam kereta.memang tak bagi chance kat mama nak relax2...hihhi..

dan..akhirnyaaa...sampai jugak kami kat challet tu selepas menempuh jem.tadaaa...apa nama challet yang kami duduk..jeng..jeng..da macam nak umumkan juara pulak..bougainvilla resort challet yang kami stay.mama da booking dulu by online.senang sikit.price untuk 1 mlm siap dengan breakfast RM180.00.pada mama harga murah lah.sesuai untuk yang nak rancang percutian jimat.tempat pon oklah.menghadap laut port dickson.

pada mama bilik dia oklah.besar jugak siap dengan katil saiz queen.cuma yang mama kurang suka lah pasal toilet dielah..kurang cantiklh jika nak bandingkan dengan hotel 5 star.amboi..siap compare gitu kan..hahaha..pada mama boleh mandi dah kira oklah.bukan nak duduk lame2 pon kan.yang tak bestnya pintu masuk ke bilik kami tu, ada kerosakkan sikit.tapi bahaya jugaklah kan.harap pihak challet dapat tukarlah yang baru ae..

pasal facility pada mama kira ok jugaklah.siap ada swimming pool.kononnya nak lah bermandi manda kat situ, tapi bujang kecik tu leh lak mengantok nak tidur..ish2..sebelum mandi kat kolam tu, kami da mandi dulu dekat pantai.pasir dia putih jek..suke2..hihihi..tapi aman ni lah muka nak tido lak time tu.kena paksa jugak dengan mama & papa mandi laut.lupa lak nak cerita pasal breakfast kat situ.ada 2 jenis makanan berat.lontong dengan bihun goreng.rasa pon boleh laaa...ada jugak dia sediakan roti, sambal telur, conflacks dan minuman panas.berbaloi jugaklah dengan bayaran yang kami bayar.takde lah ralat sangat.huhuh..

lepas da bermandi manda..tu pon kejap jek lah pasal si kecik tu betol2 da mengantok sampai suruh senyum pon tak nak.hahaha..jadi kami pon terpaksa masuk bilik.lepas da mandikan si kecik tu die pon..zzzz...penat betol gamaknya tu.macam dia yang bawak kereta kan papa..huhuhu..cian anak mama..lepas semua da siap kami pon check out dan menuju ke destinasi seterusnya..melaka..yehoo...layanlah gambar2 kat bawah ni.kalau nak tahu lebih lanjut pasal bougainvilla resort ni bolehlah tengok kat website dia kat http://www.bougainvilla.com.my .banyak boleh tahu kat website ni..








No comments:

Post a Comment