Thursday 28 February 2013

Kerja..

Assalamualaikum.

Kalau cerita pasal kerja mesti macam2 yang semua nak luahkan..betul..semua tu terbuku dalam hati kan..macam2 ragam orang bekerja ni.tu  termasuklah bos jugak kan.semua tu pon korang nak komplen jugak kan.lagi2 bab yang makan gaji ni.memang semualah kena ikut apa yang bos.kalau korang bantah memang kena jeling jek lah kan.pastu tengok bonus hujung tahun nanti.berapa korang dapat kan..tu belum tang kenaikan gaji..tu sendiri fikir laa...hihihi..

apa perasaan korang bila bos akan lebihkan senior dari yang junior??contohnya camni lah..nak pilih pasal nak beli hadiah untuk staff lain.pastu bos mesti nak tanye kat senior tanpa nak bertanya pada yang junior sekali.alasan sebab dia senior..kalau tanya sendiri kat senior tu jek takpe lah.ni tanya depan2 junior dan siap mention awak kan senior.jadi awak buatlh pilihan..jadi apa perasaan junior ketika tu..sure lah akan terasa.mesti dia rasa macam dia ni bukan pekerja kat situ kan.senang cakap macam takda function lah..tu lom bab2 lain macam bonus ke, pilih tempat untuk family day ke..mesti yang senior akan dapat lebih.camane yang junior tu.terpaksalah redha jek lah..

mesti semua boss nak jaga pekerja dia, lagi2 yang da lama kerja.kononya takot orang2 lama ni berenti.tapi dia tak fikir ke pada orang baru ni.kalau dieorang ni tak dijaga betol2, tu yang banyak kes pekerja berhenti lepas 2 3 tahun..iyelah yang senior didahulukan tanpa mengira perihal orang2 baru.sanggup tolak tepi semua tu kan.yang penting orang kepercayaan still stay kat situ.yang baru ni diambil hanya backup jek kerja si senior kan.yang selebihnya hanya mereka sahaja yang membuat keputusan.yang junior hanya dengar dan perlu angguk tanda setuju tanpa nak tanya pendapat mereka tu.

mungkin pendapat orang baru ni tak boleh pakai kot.hanya dengar pastu buat dek jek..ibarat dengar budak kecik bercakap pastu buat muka biase2 jek.susah jugak kan bila bekerja yang still mengikut style camtu.perlu  diingat, jika takda yang baru maka takdelah yang lame jugak kn.sama2 lh berlaku sama rata pada sesiapa sahaja.dan jagalah hati semua orang yang kita kenal tu tak kira samada baru atau lama.

Wednesday 27 February 2013

Senang jek selesaikan masalah..

Assalamualaikum.

sejak akhir2 ni mesti korang semua banyak dengar kes pasal remaja hilang kan.nak cakap hilang ke lari rumah kot yang sesuai.tak faham mama tengok anak2 remaja sekarang ni yang nak ambil jalan singkat bila dilanda masalah..bukan masalah apa sangat pon..masalah dengan mak bapak sendiri jek..errmm...serius mama tak faham..apa lah yang dieorang fikir dalam kepala otak dieorang kan..

apa dieorang ingat dengan larikan diri dari rumah tu sebagai jalan penyelesaian ke..memang singkat betol fikiran...ALLAH bagi akal fikiran tu gunakan lah dengan betol.jangan nak ikut kata hati tu jek..setan hasut suruh lari..ko pon ikutlah lari kan..sampai ada yang sanggup ikut boyfreind.kononnya boyfriend tu sebagai penyelamat..errmm...ingat lah adik2 sayang, seluar kecik pon mak bapak yang belikan..ni ada hati nak lari rumah kan.

mama dulu kecik2 takde pon nak pasang niat camtu bila kena marah kaw2 punya.paling kuat pon mogok taknak makan.pastu lapar kan..tau pulak cari makan kat dapur..huhuhu..mama tahu bila usia kita camtu, memang macam2 yang kita nak buat..bila mak bapak larang mula lah kita rasa kena kongkong la..dieorang tak sayang kite lah..betol tak...iye betol.sebab mama pon pernah remaja.tapi sekarang pon remaja jugak.remaja purba..hahahha...buat lawak pulak kan.

bila dah tergolong dalam golongan mak2 ni, barulh mama tahu kenapa mak marah bila kita buat satu benda yang dia tak berkenan.iyelah mak mana nak anak2 dia jadi tak tentu arah kan.semua mak2 mesti yang terbaik untuk anak dia.bila dia tegur atau merah tu semuanya sebab dia sayangkan kita.bukan suka2 nak marah tau.dieorang pon banyak kerja lain dari nak jek okey...pada anak2 tu tolong lah faham.jangan nak mak bapak tu faham korang jek.

bila bab mintak duit tu tak fikir lak yang dieorang ni susah2 bekerja nak bagi korang makan & sekolah.kalau ada masalah bawak2 lah berbincang.jangan lah nak buat sesuka hati jek.ingat mudah ke nak berdikari kat luar sana kalau tak cukup ilmu didada.dan yang paling tu restu mak bapak.happy kot kalau buat mak bapak susah hati.memang mula2 korang rasa seronok..iyelah nak buat apa saja boleh kan..mak bapak tak tahu.

pastu bila da jadi benda yang tak baik baru nak balik melutut mintak maaf kat mak bapak kan.masa tu mak bapak ni punya baik bagi peluang..sebabnya dieorang tu sayangkan anak2.tak sanggup tengok anak2 susah.mama pon risau jugak budak2 zaman sekrang ni bukan boleh ditegur sangat.mulalah nak memberontak.memang cabaran nak besarkan anak dizaman yang serba canggih.semoga mama dan papa sentiasa diberi kesabaran dan kekuatan untuk mendidik anak2 kami.semoga ALLAH sentiasa kuatkan iman kami dan ALLAH berikan kami anak2 yang soleh dan solehah.Insyallah...

Tuesday 26 February 2013

Dah nak tumbuh gigi...

Assalamualaikum..

Semalam masa ambil aman dari umah baby sitter. BS cakap aman macam nak demam jek.badan jap2 panas dan asyik nak merengek jek.tapi masa mama ambil tu aman happy jek main siap jerit2 lagi.huhuhu...tapi bila pegang dahi terasa panas sikitlah..tapi main tetap main..demam tu tolak tepi...hahha...

sampai jek rumah terus check suhu badan dia, 38c..huh..memang demam budak kecik ni.sian dia..rupe2nye demam gigi nak keluar.bila mama nak bukak mulut dia, terus dia kemam rapat2.tak kasik mama pegang gusi die kot...ke gusi dia tengah sakit..iyelah..kita yang dah tua ni pon kalau tumbuh gigi bongsu pon sakit sampai demam..ni lagilah budak kecik kan.

jadi misi seterusnya mama dengan papa buat untuk kurangkan demam dia.kalau tak susah hati nak pergi kerja nanti.lepas check suhu tu, mama bagi susu mama lah..antibiotik come on..selamatkan aman..heheehe...lepas dah kenyang menyusu tu terus jek ligat main.semua benda dia nak main.tangga pon dah terror panjat la ni..huh..memang jenuh ambil dia.pantang lepa sikit..tau2 da 3 anak tangga dia panjat.suka betul dia kat tangga tu kan.

bila da penat mula merengek lagi..sakit lagi kot.sian lak tengok kan..bagi makan dia tak nak.habis diluah balik.nak melekat jek kat badan mama.last2 mama & papa bagi ubat demam dan letak bye2 fever kat dahi biar cepat kebah demam dia tu.lepas minum ubat mama tidokan dia..susukan dia dan terus lena sampai pagi.mujurlah tido malam tu tak merengek..good boy anak mama ni.bangun pagi check badan da tak panas lagi.syukur Alhamdulillah...

pagi tadi hantar kat baby sitter tengok dia aktif jek macam biasa.harap2 tak demam lagilah anak mama ni ae.nak buat kerja pon asyik dok teringat anak demam tu.semoga ALLAH lindungi anak bujang mama tu.baik2 jek ye aman..aman kena kuat.aman kan nak besar.da tumbuh gigi kan.lepas ni siap lah mama kena gigit..huhhu..serammm.....gigit papa lah.jangan gigit mama tau.nanti mama gigit aman balik.hahahha...tu kes dera tak..tak kan..hehehehe,, 

Monday 25 February 2013

Mencari rezeki...

Assalamualaikum..


Cuba perhatikan gambar kat atas tu..bukan gambar kereta putih tu laa...tapi gambar motor yang bawak barang2 lusuh untuk dijual.penuh dikiri kanan dengan barang2 yang dia nak jual kat kedai barang2 lusuh kot.gambar ni mama ambil masa pergi kerja aritu.sambil tunggu traffic light tu hijau, mama snap lah gambar uncle ni.ingat kita yang kerja office jek kena pergi pukul 8.uncle ni pon sama okey...buat apa nak malu kan.yang penting tak susahkan orang.betul tak..hehehe..

kagum pon ada mama tengok uncle ni.bukan semua orang nak bekerja camni kan.dan yang paling tak best bila ada orang pandang rendah pada pekerjaan camni.hello...tanpa orang2 camni, sure tempat pelupusan sampah tu penuh tau.dengan adanya orang camni dapat kurangkan sikitlah tempat pembuangan sampah tu.cuba korang fikir balik...disampaing tu jugak dapat kurangkan pencemaran dan macam2 lagi.fikir lah sendiri..hihihi...

iyelah bukan senang nak cari duit kan.yang penting uncle ni gunakan khudrat 4 kerat dia untuk dapatkan rezeki.dari ada sesetengah orang yang suka meminta2 tapi sedangkan diri masih gagah untuk bekerja.tapi apa kan daya kurniaan yang diberi oleh ALLAH tak digunakan dengan sepenuhnya.sesungguhnya ALLAH suka hambaNya yang rajin berusaha.
 

 





 

Friday 22 February 2013

Dah pandai kencing mama...

Assalamualaikum..

tengok tajuk pon dah lain macam jek kan.tapi tu lah hakikatnya..kecik2 dah pandai kencing mama kan.sape ajar ni haa...gggrrrr....ni yang nak marah.nak kena babap ini budak.maksud 'kencing' diatas tu bukan menipu okey..manelah budak si kecik aman yang baru 8 bulan tu reti nak menipu kan.tapi dia dah kencingkan mama..

Ceritanya camni, semalam papa nak beli hanphone baru.so dia ajaklah mama dengan aman ikut sekali.jadi tempat yang dituju ialah giant plentong.cari punya cari, pastu fikir balik nak beli ke tak.last2 tak beli pon.beli hari lain laa..dalam pada papa dia dukung, dia elok jek..siap menegendeng kat papa dia bila ada promoter perempuan pegang pipi dia.pipi aman tau..bukan pipi papa okey.kalau pipi papa, memang nak kena smackdown dengan mama ni.huhhu..gurau2 jek..

bila niat nak beli handphone tertangguh, jadi mama dengan papa pon plan nak masuk lah kat giant.nak beli barang sikit.so papa terpaksa lah ambil troli nun jauh diluar tu.aman pon bertukar dari papa ke mama.sambil menunggu papa tu, mama pon jalan2 lah sambil tengok barang2  yang berdekatan.

tiba2..mama rasa satu benda berair dan panas jek..dan cecair tu pon menitik terkena kaki mama..dan mama tengok aman dia melemparkan senyuman yang sungguh..huh..aman da kencingkan mama ye..waaa...rasa macam nak jerit jek time tu.mama pon tak tahu camana air tu leh keluar dari pampers yang dia pakai.maybe waktu mama dukung tu pampers dia terlari sikit dari position dia kot.abes baju mama pon terkena air kencing si kecik tu.nasib baik anak sendiri...

maka niat nak masuk giant di cancel ye.iyelah takkan lah mama nak masuk dengan baju yang basah dek air kencing itu kan..papa pon bantai gelak lh.suke bebenor kan..pandai anak papa ni kan..kencing time mama yang dukung.saje jek kan nak perkena mama.maka tempat dituju adalah balik rumah..huhuhu..nak makan kena tapau jek.makan kat rumah.balik jek rumah, tukar seluar aman dan tak lama dia pon lena..penat sungguh agaknya tu...mama & papa pon menikmati char kuew tiaw yang dibungkus dengan aman.hihihi.. 

ni muka budak notty yang da kencingkan mama..geget dagu baru tau..huhu.
 

Thursday 21 February 2013

Percutian di Port Dickson

Assalamualaikum..

Rasa tak terlambat kot mama nak cerita pasal percutian mama masa cuti raya cina aritu.rasa lah kot kan..hahaha..main rasa2 pulak.tapi tak kira nak cerita jugak.nak ikutkan ni last first time percutian kami anak beranak selepas lahirnya aman ke dunia ni.sebelum ni asyik tak berkesempatan jek.iyelah masing2 sibuk dengan kerja masing2.nak wat cmane kan..terpaksa lah tangguh kan.so bila dapat peluang pegi jalan2 camni, jangan dilepaskan.hehehe..

mula2 plan nak pergi cameron highland.tapi terpaksa cancel sebab hotel banyak yang da penuh.:(.so tukar plan pergi Port Dickson jek..oklh kan dari takde..perjalanan kami dari KL ke port dickson tak jauh mane pon.kenapa dari KL???hari sebelum tu kami bergerak dari JB-KL dulu.jumpa kawan2 mama kat sane & sambil2 berjalan2 lah kat sane dulu.petang esoknya barulh kami bertolak ke port dickson.perjalanan yang sungguh lame okey..semua tu disebabkan jem yang super duper terok tau.nak sampai ke challet yang kami da book dulu tu hampir 2 jam..huh..sungguh letih..yang bestnya aman siap melepaskan hajat kat dalam kereta.memang tak bagi chance kat mama nak relax2...hihhi..

dan..akhirnyaaa...sampai jugak kami kat challet tu selepas menempuh jem.tadaaa...apa nama challet yang kami duduk..jeng..jeng..da macam nak umumkan juara pulak..bougainvilla resort challet yang kami stay.mama da booking dulu by online.senang sikit.price untuk 1 mlm siap dengan breakfast RM180.00.pada mama harga murah lah.sesuai untuk yang nak rancang percutian jimat.tempat pon oklah.menghadap laut port dickson.

pada mama bilik dia oklah.besar jugak siap dengan katil saiz queen.cuma yang mama kurang suka lah pasal toilet dielah..kurang cantiklh jika nak bandingkan dengan hotel 5 star.amboi..siap compare gitu kan..hahaha..pada mama boleh mandi dah kira oklah.bukan nak duduk lame2 pon kan.yang tak bestnya pintu masuk ke bilik kami tu, ada kerosakkan sikit.tapi bahaya jugaklah kan.harap pihak challet dapat tukarlah yang baru ae..

pasal facility pada mama kira ok jugaklah.siap ada swimming pool.kononnya nak lah bermandi manda kat situ, tapi bujang kecik tu leh lak mengantok nak tidur..ish2..sebelum mandi kat kolam tu, kami da mandi dulu dekat pantai.pasir dia putih jek..suke2..hihihi..tapi aman ni lah muka nak tido lak time tu.kena paksa jugak dengan mama & papa mandi laut.lupa lak nak cerita pasal breakfast kat situ.ada 2 jenis makanan berat.lontong dengan bihun goreng.rasa pon boleh laaa...ada jugak dia sediakan roti, sambal telur, conflacks dan minuman panas.berbaloi jugaklah dengan bayaran yang kami bayar.takde lah ralat sangat.huhuh..

lepas da bermandi manda..tu pon kejap jek lah pasal si kecik tu betol2 da mengantok sampai suruh senyum pon tak nak.hahaha..jadi kami pon terpaksa masuk bilik.lepas da mandikan si kecik tu die pon..zzzz...penat betol gamaknya tu.macam dia yang bawak kereta kan papa..huhuhu..cian anak mama..lepas semua da siap kami pon check out dan menuju ke destinasi seterusnya..melaka..yehoo...layanlah gambar2 kat bawah ni.kalau nak tahu lebih lanjut pasal bougainvilla resort ni bolehlah tengok kat website dia kat http://www.bougainvilla.com.my .banyak boleh tahu kat website ni..








Monday 18 February 2013

amah dera baby lagi..


Assalamualaikum..

Lagi kes dera baby oleh amah a.k.a maid lah.kesian mama tengok baby ty di campak2 tanpa belas kesian oleh amah yang giler gamaknya.macam sakit mental pon ada bila mama tengok video dera tu.dia buat baby tu macam tebar roti canai lak..huh..memang kecik beso jek mama tengok amah tu.ngko ingat anak patung ke ape..

amah tu pon dah di tahan polis.nasib baiklh ibu baby tu ada pasang cctv kat rumah.kalau tak, mesti tak tahu apa lah yang amah tu buat kat anak dia kan.memang jahat giler kan amah camni.mama rasa macam anak campak2 jek macamana dia buat baby tu.ish...ish..sabar..sabar..mama..Astagfirulllah'alazim..

dari info yang mama baca..semalam baby ni dihantar ke hospital.sebab tu mama tak berapa nak pasti.rajin2lah search ae..hihih...padahal mama yang pemalas kan..memang simpati dengan nasib baby ni.iyelah apa lah dosa baby sekecil tu sampai hati si amah ni baling2 kan.memang meruntum hati si ibu tu bila tengok video anak sendri didera..

apa2 pon pihak berkuasa kena ketatkan sikitlah pengambilan amah2 ni.seperti check lh latar belakang amah2 ni.jangan main ambil jek.nak untung jek lebih..janganlah camtu.ni semua melibatkan nyawa.jangan ambil mudah semua ni.tu belom lagi yang menipu umur semata nak datang sini untuk bekerja.semudah tu jek kan.bab2 ni lah agent2 pembantu rumah kena ambil berat sikit.iyelah tak kena kat anak korang, lehlah korang ni fikir pasal untung jek kan...

mama haraplah pihak kerajaan malaysia ni ambil serius hal ni.sentiasa buat pantauan kat syarikat2 yang menguruskan perihal pembantu rumah ni.harap2 lepas ni takde lah kita dengar pasala dera mendera ni.kesian pada ibu2 yang bekerja asyik dok takut jek nak tinggalkan anak mereka pada siapa kan.harap2 anak mama sentiasa dilindungi dari perkara2 camni.semoga ALLAH sentiasa beri kesabaran pada baby sitter aman untuk jaga aman sepanjang mama pergi mencari rezeki.

Ni lah wajah baby yang berusia 4 bulan didera oleh amah yang tak berhati perot tu..:(

 
                                       ni video amah yang dera baby tu..jahatnyeee...........
 

Sunday 17 February 2013

8 bulan..

Assalamualaikum..

Semalam genap lah umur anak mama iaitu aman firas 8 bulan..ayat nak skema sangat kan mama ni.brru 8 bulan da kecoh kan mama ni.huhhu.lom setahun lagilah mama..:D.nanti dah 1 tahun 8 bulan mesti mama dah tak nak cerita kan.hahaha..aptb kan mama ni.

bila da cecah umur 8 bulan ni apa yang aman da pandai???sekarang da pandai mengemas rumah..habis semua barang dia nak campak ke lantai.termasuk lah handphone mama.:'(.yang paling best dia pegang hujung2 jari dia jek hp mama tu sebelum membaling ke lantai.sungguh cerdik okey ini budak..mahu kene geget jek..tu belum bab dia koyakkan majalah mama.huh..memang mahu jentik jek tangan comel dia kan.dia buat majalah mama tu macam barang mainan dia jek.anak..anak...

di umur 8 bulan ni jugak, si kecik semakin manja sangat.tak boleh kena tinggal.mula lah nak melalak macam kena dera lak.sampai mama pon susah nak buat keje.dok peluk kaki mama bila mama nak buat kerja.janji mama dia ada depan mata.nak suruh mama dia relax lah tu ae.saje jek kan..sapelah yang nak kemaskan rumah kita tu sayang...manje tau..

dan sempena umur 8 bulan semalam papa bawaklah kami jalan2 kat angsana jek sambil tengok bintang mencari bintang.memang lawaklah tengok peserta.pecah perot dibuatnya..hahaha..lepas tu kiteorg pon pergilah padang seri gelam kat dataran Jb.apa kiteorg buat kat sane..apa lagi tengok pemain JDT training.dapatlah tengok safee sali,safiq rahim dan semua lah...siap sultan johor pon datang time tu tengok dieorg semua tu training..ok lh sultan beri semangat untuk semua pemain.

habis tengok training tu, apa lagi balik rumah lah.dah penat berjalan.sampai pon da nak dekat amaghrib.eh..lupa lak nak cerita..sempena umur aman 8 bulan, papa belikan aman topi yang super duper cute..nak suruh anak jadi pilot konon.huhuhu...untuk aman jek..untuk mama takde ka..tak aci tau papa ni.majuk lh..:-P..

comel tak topi yang papa kita belikan..hehehe..
 

Thursday 14 February 2013

dah makin manja..

Salam jumaat..

Da bapa ari ni johor asyik hujan jek..takpe lah hujan rahmat semua tu.syukur Alhamdulillah..hehhe..dan sempena cuti tahun baru cina aritu mama pon cuti lah 5 ari.4 ari memang cuti dan yang 1 ari lagi tu mama sambung cuti, sebab baby sitter aman nak balik kampung.dan terpaksa jugak lh mama ambil cuti.hihhii..bukan selalu dapat cuti2 malaysia kan.huhuhu..:).

sebut pasal cuti2 malaysia tu jugak lh mama sekeluarga pergi jalan2 time cuti aritu.mula2 mama pegi KL, pergi melawat kawan mama kat sana.kira reunion anak2 jugak lh.kebetulan pulak anak2 kiteorg semua sebaya.cuma beza bulan jek lah.seronok2...:D.da lama betol tak jumpa dieorang.maka banyaklah nak cerita..da alang kat KL tu mama pon ameklah kesempatan pergi I-city & ikea.tu nantilh mama cerita ya..hihihi..

keesokkan ari mama bergerak pergi ke port dickson.bermalam kat sana.memang penat sangat perjalanan kami.mahu tak nya.jalan omak ai..jem giler.sian papa kena tekan pedal minyak jek sampai lenguh kaki.lepas bermalam kat port dickson, kami pon jalan2 kat melaka pulak.memang cuti2 malaysia kiteorg ni.hihhi..bila lagi kan.iyelah dulu tak sempat nak honeymoon...

bila da lama sangat cuti ni,aman pon jadilah manja sangat.semalam hantar kt baby sitter, dia nangis nak ikut mama.nak melekat jek.tak nak lepas.baby sitter dia cakap, aman ni bila tinggalkan kejap mula lah nak menangis.padahal baby sitter dia pergi dapur jap jek.mulalah nak menangis macam orang pukul dia lak.huhu...aman..aman..macam2 ragam dia sekarang ni.sian kat baby sitter dia tu.kira da terlebih manja ngan mama lah ni ae.geget jugak kan..geget2 manje jek.hihihi...
 tengoklah tu..amboi2 anak mama ni.siap landing baik punya kat papa.ngantok sebenarnya tu.iyelah pagi2 da bangun.ajak mama & papa main.pastu kiteorang ajaklah mandi laut.agaknya da kena angin laut, tu yang jadi ngantok.huhuhu....lepas tu terus...zzzzz...........dengan baju basah2 lepas mandi laut.sian anak mama ni.ngantok rupanya..nanti mama bawak jalan2 lagi ae.lepas ni susah lah mama nak cuti lama2 lagi.nanti melekat jek dengan mama tak nak lepas.susah lh mama nak buat kerja camni aman.takpelah..mungkin dia da makin besar kan.tu yang manja sangat sekarang ni.

Thursday 7 February 2013

Tiada lagi...Pelangi Petang..

Assalamualaikum..

Biasanya hampir saban  hari mama akan menanti tentang perkembangan kesihatan Ahmad Adam Syukri.tapi lepas ni da takda lagi update mengenai diri adam oleh mama adam.kerana sudah tinggalkan dunia ni,tinggalkan ibubapanya, tinggalkan keluarga, tinggalkan kita semua dan pergi ke syurga ALLAH. mungkin saat ni adam sedang berlari2 dan bermain2 bersama penghuni syurga...Suhanallah..mesti indah kan syurga ALLAH tu.mama pon teringin sangat nak ke sana.entahlah...layak ke tidak diri mama ni.masih banyak kekurangan dari kelebihan.senang kata, masih banyak dosa dari pahala.

Pagi tadi mama sempat lah tengok detik2 akhir adik adam di MHI.thanks to MHI sebab buat slot khas yang terakhir kalinya untuk semua rakyat malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan adam.menitis air mata mama tatkala melihat mama adam.memang kuat mama adam.ketika panggilan telefon dibuat, dari riak suara nora memang dia redha dengan pemergian adam.redha dengan ketentuan yang telah ALLAH rancangkan.tapi dihati hanya ALLAH jek tahu.sebak hati mama bila melihat saat adam dimandikan dan dikafankan.bapa adam turut ada bersama memandikan adam.dari riak wajahnya hanya menahan kesedihan.

selesai dimandikan, dikafankan da disembahyangkan, arwah adam dibawa ke sarikei dengan penerbangan ehsan dari PDRM.memang mudah jek semua urusan untuk adam ni.syukur pada ALLAH.Adam meninggal pada jam 1.19 ptg.kalau tak silap mama dengar pagi tadi.dan jenazah sampai jam 1130 malam di kampung nora ni kabong.dan arwah adam dikebumikan selepas solat jumaat arini.saat melihat mama adam mencium adam buat sekian kalinya, hati mama terus sebak dan menangis.iyelah..hati ibu mana tak sedih kan bila anak tersayang pergi buat selama2nya.pergi dan tak kan kembali lagi.hanya kenangan yang tinggal.dan hanya kubur sebagai tempat bertemu.tu pon tiada jasad yang dapat dilihat.

semoga keluarga arwah adam sentiasa tabah menempuhi dugaan dari ALLAH S.W.T.Untuk nora..kamu ibu yang kuat..sekuat arwah adam untuk bertarung hidup untuk mengembirakan kamu.kamu beruntung sebab dipilih oleh ALLAH untuk menjadi ibu adam.menjadi ibu kepada anak syurga seperti.kesabaran & kekuatan anda patut dicontohi.tanpa jemu menjaga adama sehingga keakhir hayat adam.mesti adam pon bangga dapat jadi anak nora.mama pon ada anak yang sebaya dengan adam.sebab tu bila tengok adam mama cukup tersentuh.sebab tu mama sayang adam jugak walaupon mama tak pernah bersua dengan adam.

untuk papa adam,sentiasa bersama isteri.berilah semangat untuk nora untuk teruskan.mungkin saat ni nora masih merasai kehilangan adam.jadi dia perlukan sokongan dan kekuatan semangat.percayalah semua yang berlaku semua ada hikmah.mungkin ni yang terbaik untuk adam.Insyallah di suatu hari nanti kamu sekeluarga akan dikurniakan anak yang lain.ketika itu jagalah seperti kamu berdua menjaga adam dengan penuh kasih dan sayang.semoga adam sentiasa tenang disana.dah takda wayar2 yang bersilarat di tubuh adam lagi.adam dah tak perlukan itu semua.kebahagian dan kegembiraan ada di syurga sana.nantikan ibubapamu di pintu syurga..

belaian terakhir dari ibu tersayang..
 Mama dedikasikan lagu ni buat adam...walau dirimu tak bercahaya, tapi hadirmu sudah cukup memberi sinar kebahagian buat ahli keluargamu walaupon hanya seketika pinjaman dari ALLAH.tapi sudah cukup memberi cahaya.dari ALLAH kita datang dan dari ALLAH jugak kita kembali.Al-fatiha..
 
Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

 

Wednesday 6 February 2013

Al-fatiha buat adik Ahmad Adam Syukri...

Assalamualaikum..

Baru jek pagi tadi mama update mengenai adik adam syukri...dan sebentar tadi mama dapat berita yang adik adam telah pergi menghadap Yang Maha Pencipta.ALLAH lebih menyayangi adik adam dari kita yang ada dimuka bumi ini.sudah sampai masa dia bersama ahli2 syurga yang lain.dan kita bila lagi kan...tu semua perancangan ALLAH.kita hanya mampu merancang, yang menentukan semua tu hanya ALLAH.sesungguhnya perancangan ALLAH lebih baik dari segala2nya.

Kepada mama & papa adam, sentiasa redha dengan semua ketentuan ALLAH.mungkin setakat ni jek pinjaman adam untuk kamu berdua.banyakkan sedekah al-fatiha & surah yasin untuk arwah adik adam.semoga dia sentiasa gembira dan tenang di alam baru yang lebih indah iaitu syurga ALLAH.dia akan tetap menanti ibubapanya di sana.satu hari nanti kamu semua akan disatukan kembali sebagai satu keluarga.InshaALLAH...

Mama sebagai seorang ibu jugak turut merasa sedih.iyelah sedangkan anak sakit pon mama da sedih.ni kan pulak kehilangan anak.hanya ALLAH jek yang tau isi hati ibubapa adam.kepada rakyat malaysia yang tak putus2 berdoa untuk adam, memang mama tabik.jangan lupa sedekahkan Al-Fatiha untuk arawah ye..sayang adik adam macam anak mama...




Ni lah senyuman pari2 syurga.semoga kamu aman di sana sayang..
Ciuman terakhir dari mama adam untuk adam tersayang..

Arwah adam dipangkuan mama adam dan dibelakang tu papa adam..

Pray for adik Adam Shukri..

Assalamualaikum...

Mesti ramai yang sudah tau kisah adik adam ni.mama pon sentiasa mengikuti perkembangan adik adam ni sejak cerita  pasal adik adam ni tersiar di MHI.first time mama tengok mama adam ni kat MHI, memang air mata ni berjurai2 tak dapat nak tahan sedih bila tengok keadaan adik adam ketika tu.iyelah...ibu mana yang nak tengok anak dia menderita kan.lagi2 adik adam ni.memang sangat2 sedih bila lihat keadaan dia masa tu.kesian bila anak sekecil adam tu diuji sebegitu rupa.tapi semangat adam sangat kuat..memang mama sangat kagum.semangat mama adam pon kuat untuk lihat adam sihat..memang tabik spring untuk mama adam ni.

Entahlh..kalau semua ni terjadi kat mama, mama sekuat mama adam tak.iyelah..hanya seorang ibu jek yang akan faham isi hati ibu lain..mana tak sedih bila lihat anak yang dikandung 9 bulan, sihat sempurna sepanjang tempoh kandungan.tiba2 lahir ada sedikit komplikasi yang berpunca dari pihak hospital.yang paling sedih bila tengok anak berselirat dengan wayar2.memang meruntum hati sedih.hanya ALLAH jek yang tahu apa yang ada dalam hati mama adam ni.benda nak jadi kan.tak boleh nak salah kan sesiapa.semua ni takdir ALLAH.sesungguhnya rancangan ALLAH lebih baik dari perancangan kita.

Terigat mama masa dalam pantang lahirkan aman dulu, tok abah iaitu abah mama lah ada terpanggil aman dengan nama adam.masa tu mama belum tahu lagi kisah adik adam ni.bila keluar kisah adik adam ni, mama teringatlh panggilah tok abah kat aman masa baby dulu.aman dengan adam pon sama umur.cuma adam lahir bulan 3,dan aman lahir bulan 6.bila tengok gambar adam, dia ni anak yang comel jek mama tengok.kt wajah dia penuh ketenangan,walaupon didalam tiada siapa yang tahu.hanya ALLAH jek yang tahu..

semalam mama ada tengok kat FB adam ni, mama adam update yang keadaan adik adam sekarang ni makin kritikal akibat jangkitan kuman yang teruk kat paru2 dia.Masyallah...memang berat dugaan pada adik adam ni.doc cakap oksigen adam semakin kurang.mungkin takda harapan untuk adik adam.sebak hati mama bila terbaca status mama adam.apa yang mama boleh buat, cuma berdoa untuk adam.semoga ALLAH memberi sinar untuk adam.jika ada kesembuhan berikanlah untuk adik adam ni.semoga mama & papa adam ni banyakkan berdoa mohon pada ALLAH.

Ni gambar adam yang mama ambil dari FB adam syukri.
Ni gambar adik adam beberapa jam yang lalu.
 Ni status terbaru dari mama adam,
"Assalammualaikum..salam sayang dari adam buat semua..kepada semua yg mndoakan adam trima ksih bnyk2..utk pengetahuan semua keadaan adam makin tenat dan harapan amat tipis skli.keadaan paru2 adam mgalami jgktn kuman yg agak teruk.spnjg mlm nmpk perubhn adam makin merosot dan oksigen adam makin bkurangn..kepada uncle n anty yg ingin melawat adam saya izinkan semua melawat adam.doktor mgatakan tidak pasti adam dapat btahan brpa lma lg krn spnjg mlm oksgn adam mkin trun ke paras 33% dan adam tpksa dibg ubat utk naikkn tknan jantung..anggota badan adam makin berubah warna dr biasa..minta semua doakn adam..amin".

Ya ALLAH...berikanlah kesembuhan pada adam.berikanlah kekuatan untuk anak ini untuk terus hidup.Kau berikanlah sinar untuk anak ni.Sesungguhnya hanya padaMu kami memohon Ya ALLAH.hanya dengan keajaiban dariMU sahaja yang kami harapkan.kasihanilah anak dan ibu bapanya.berikanlah kegembiraan pada mereka.Aamin..
 

Tuesday 5 February 2013

Pelaris...

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..harap2 semua sihat jek.da macam rasa tulis surat cinta lak kan mama ni.walalaupon hakikatnya mama ni bukanlh penulis surat cinta yang terror pon kan..errmm...mama ni cerita macam pernaj tulis surat cinta kan.apa daa...aptb..:D.chop..terpanjang lak intro yang merepek2 ni.takda kena mengena dengan tajuk kat atas tu pon.okey..cuba korang tengok gambar kat bawah ni dan sendiri komen lah..

Ada nampak apa2 tak kat gambar ni...
Okey korang tengok gambar kat atas ni.ada nampak yang pelik tak?janganlah tengok tang makanan tu jek...tapi..kat atas pinggan tu.ada nampak bayangan seolah2 benda pelik menyerupai hantu.errrmmm..hantu ke..larikkk..hehehe..mama pon sebenarnya tak tahu apa benda tu.

Actuallu gambar ni mama ambil dari kawan satu sekolah menengah mama kat fb dia.dia ada pos gambar ni kat wall fb dia.bila mama tengok agak terperanjat lah.iyelah niat yang awalnya nak ambil gambar anak & wife dia tu.tapi tak sangka pulak bila dia tengok balik gambar tu, tadaaa...ni yang muncul.tu pon lepas dia habis makan semua makanan.

ada kawan2 yang komen takot ni pelaris yang digunakan oleh owner kedai tu untuk lariskan perniagaan dia.tapi ada jugak yang cakap takot ada orang nak hantar sihir...dan ada jugak yang cakap, takot effect dari hp tu jek.iyelah..hp sekarang ni semua canggih2.tang pelaris tu mama macam ngeri sikit.iyelah mama ada jugak dengar cerita pasal ramai orang gunakan pelaris ni untuk majukan bisnes diaorang.lagi2 bab meniaga kedai makanan.yang paling sedih tu yang ambil tu ramai orang melayu kita yang beragama Islam.sedih kan...:(

Mama pon jadi pelik bin ajaib lah kan..kenapa lah perlu ni semua.kenapa tak percaya dengan rezeki dari ALLAH.dan orang yang buat camni takda rasa takot ke dengan balasan dari ALLAH.biasanya orang2 yang buat benda2 camni rezeki dia takkan kekal.mesti ada jek kesusuahan yang akan menimpa kelak.Istighfar banyak2..tak salah kan kalau nak maju dalam sesuatu benda mengikut landasan yang diredhai ALLAH.tu lebih barakhah kan.bukan ke rezeki tu dari ALLAH.tak perlu itu semua.dapat dosa adalah...betol tak.

Apa2 pon...mintak semua yang ada niat yang tak baik camtu, mintak lupakanlah..yang da buat tu, mintak bertaubat lah selagi masih ada masa ni.iyelah kita pon tak tau bila kita mati kan.termasuklah mama pon tak tau bila ALLAH nak ambil nyawa mama ni.entah esok..lusa...minggu depan..tak pon kejap lagi ke.semua tu urusan ALLAH.kita sebagai hambaNya..hanya berserah.usaha lah dengan hati yg ikhlas,tiada unsur2 penipuan dan riba'...berniaga lah dengan cara yang telah ditetapkan oleh Islam.tu lebih afdal kan.bukan sahaja dapat untung..tapi dapat pahala.untung kan..kan..

 

Sunday 3 February 2013

Bersabarlah wahai hati...

Assalamualaikum...

Istighfar banyak2 mama..tu jek lah yang mama boleh pesan kat hati sendiri ni..bila rasa geram..semoga ALLAH sentiasa beri kesabaran kat mama.memang pagi2 isnin ni buat mama panas jek dengan sorang supplier mama ni.barang yang kita mintak hantar, da 2 minggu lebih tak sampai2..yang jadi lagi geram dan sangat2 sakit hati tu, bila kol tak angkat.tu belum lagi bila call dieorang lak yang macam nak marah2 kita.huh..memang sakit hati betul camtu.patut kita yang marah.ni terbalik lak...dia yang nak marah kita.patut ke camtu...

Susah betul bila bekerja dengan orang yang hanya pentingkan keuntungan saje.tak fikir langsung hak customer die sendiri.bila benda senang jadi susah bila buat keje asal boleh jek.yang penting pada orang2 camni duit masuk.bila mintak payment cepat jek..tu yang susah kan.huh...sabar2 mama...tu jek lah yang mama boleh cakap sekarang ni.nak marah2 sangat pon tak boleh kan.apa yang mama buat cuma follow up jek lh..

Harap2 lah barang tu sampai harini..janganlah ada tangguh2 lagi.da penat nak kol orang tu lagi.penat nak deal dengan orang yang ntah pape jek tu...bukan mama merungut..cuma melepaskan apa yang terpendam jek dalam hati ni. at least kurang sikit rasa nak marah.semoga ALLAH sentiasa berikan kesabaran kat mama untuk tempuhi hari2 yang mendatang.Aaminn...