Thursday 31 January 2013

Welcome February..

Assalamualaikum..

Huk..huk..masih batuk lagi.hidung pon asyik sok..sek jek..huh..letih mama nak batuk.sakit dada woo..huhuhu...takpa lah sakit ni penghapus dosa2 kecil.terima dengan hati yang terbuka.tu pon maknanya ALLAH sayangkan kita kan..kan..supaya kita sentiasa ingat kat DIA.jangan lupa wapau sesaat pon.yup..lagipon cuaca sekarang pon tak menentu.aritu hujan hampir setiap hari.la ni musim panas lak.memang menguji keimanan bila panas ni.

bila ditambah dengan air cond kat ofis mama ni yang segan2 jek nak sejuk.baik pakai kipas duduk tu...lagilah sejuk.iye tak.entah apa lah yang problem kat air cond ni.penat paggil contractor betul kan.tapi still camtu lah.ari2 jugak lah mama menahan panas.kadang2 tu berpeluh2 jugak dibuatnya.huhuhu..sabo..sabo ye mama..ni baru panas dunia.positif kn diri lagi.tak baik mengeluh2 kan.hadapi dengan senyuman.:).

Yup..tu lh azam bulan february..leh gitu setiap bulan azam lain2 kan.hahha..apa nak buat kan..sentiasa kena motivate diri sendiri yang sentiasa cepat down ni.bagi semangat untuk diri sendri.chaiyok..chaiyok..harap bulan ni sentiasa ada jek berita yang menggembirakan.tak mo sedih2 lagi.nak happy jek..esok nak balik kampung.da lama tak balik kampung.mak dengan abah pon da rindu kt cucu lanang dia sorang tu...yeyeye..balik kampung..:D

Wednesday 30 January 2013

Hujung Januari..

Salam..

Tadi chat dengan kawan mama, dia cakap lah kejap jek kan da nak habis bulan januari ni kan.esok dah masuk febuari..huh..memang cepat kan.rasa macam tak terkejar jek masa ni.cepat betol dia berlari sampai mama pon tak perasan.ni da kalah usin bolt yang lari.hahaha...bila habis bulan januari..maknanya kita ada 11 bulan nak habiskn tahun 2013.amboi mama jauh betol dia fikirkan.hahaha..

Walaupon baru satu bulan masuk pada tahun ni, macam2 suka duka berlaku pada bulan januari ni.senang cakap banyak yang sedih dari gembira lah.tapi nak buat macamana kan.semua tu mama anggap satu perjalanan hidup.kadang2 ada manis, kadang ada masam..tawar..pahit..macam2 lah.nak cerita tang sedih tu macam malaslah.semua tu banyak pasal kerja lah.apa nak buat..aku ni hanya kuli..:D.bukan bos atau orang penting pon dalam company ni.kiranya kalau takda tu..no hal la..tak bengrap punya..haha..

Nak buat camana kan.redho jek lah...apa yang mama mampu buat cuma berdoa semoga bulan2 mendatang akan sentiasa ada rezeki dari ALLAH.semua tu rancangan ALLAH...mama kena terima dengan hati yang tenang dan penuh kesabaran.tapi kan...mama selalu jugak doa biar ALLAH sentiasa beri rezeki susu untuk anak kesayangan mama tu.tu yang paling bermakna sangat2..Thanks ALLAH..

Apa2 pon mama mesti kuat hadapi semua ni.jangan cepat mengalah..walaupon kadang2 tu rasa give up jugak.tapi bila tengok anak & papa terus semangat berkobar2 tu datang,mereka sumber inspirasi mama sekarang.luv u all lah..muaahh..muuaahh..ok lah da malas nak ingat cerita2 sedih tu.life must go on.mb ni bukan rezeki untuk mama kn.positive kan diri.esok da masuk febuari.nak ceria2 jek walaupon dalam hati tuhan jek tahu.nak masuk febuari ni mama selesema & batuk lak.mb faktor cuaca kot.terima penyakit ni dengan muhasabah diri.penyakit ni kn penghapus dosa2 kecil kan.hehehe...ok lh da masuk zohor.mama solat dulu..bye..bye..:D



sumber inspirasi mama..sayang kamu berdua..:-*

Thursday 24 January 2013

Apa yang dibaca tak sama..

Salam..

Tiba2 terajin lak nak wat post banyak kali dalam satu hari kan.hehehe...tiba2 jek kan..:D. dan tiba2 jugak lah nak gelak sorang2 bila terigat kisah semalam.hahahahha...mama gelak dulu ae.:D.macamni cerita nya..semalam masa papa balik dari kerja dia bukak lah berita kat tv1.berita kul 530 kalau tak silaplah.nampak sangat kan mama dengan papa ni jarang tengok berita kat tv1 tu kan.hehehe...:D

Tengah2 syok tengok berita tu, tiba2 ada satu part berita pasal pertanian lah dari MARDI kalau tak silap mama.elok lah gambar semua keluar tentang pengeluaran pertanian segala bagai, tiba2 si pembaca berita ni boleh lak cakap, camni lah ayat dia "semua orang berselawat beramai2"...padahal sebelum tu  dia baca elok jek pasal pengeluaran pertanian.tiba2 keluar lak ayat tu.errrmmm..mama dengan papa pon bantai gelak lah..huhuhu...apa lah gambar cerita pasal lain, baca cerita lain.

tiba2 terigat cerita puteri impian lakonan amy mastura.part yang dia berangan masa buat kerja.time tu tengah berita live.gambar orang hutan, tapi berita pasal lawatan dari orang luar negara.hahaha....gamaknya orang yang kuarkan teks kat tv kecik depan pembaca berita tu tengah berangan kot.tu yang tiba2 tersalah lak.nasib baik pembaca berita sorang lagi cepat2 cover..huhuhu...macam2 ragam kan orang baca berita ni...

Dah semakin lasak...

Salam Jumaat..

Terasa malas jek pagi tadi nak pergi kerja.iyalah...semalam dah cuti.jadi..sifat kemalasan menebal lah nak pergi kerja ni.tapi kena kuatkan semangat jugak demi mencari rezeki.semalam seharian jugak lah mama duduk kat rumah dengan si kecik tu.papa kena kerja pulak..huh..memang penat lah nak melayan karenah si kecik aman seorang tu.lagi2 sekarang ni dia memang cukup lasak..

Macam2 benda dia nak buat.pantang lepa sekejap, tau2 da sampai dapur.ni yang nk kena pasang pagar.papa please advice cepat ae.huhuhu...bukan setakat dapur jek dia pergi, ke tangga & kat grill pintu depan.dan yang paling merisaukan lagi bila da sampai kat situ dia buat aksi nak berdiri.memang tu lah faveret dia.huh..memang mama kena berlari ala2 100m nak kejar dia supaya tak jatuh tergolek.huhuhu..

bab jatuh tu..memang da terror si kecik tu.nangis kejap jek.pastu sambung balik main sambil berdiri.duduk pon leh terbalik kebelakang.mahu taknya...tengah main sambil duduk, bila penat duduk dia boleh pulak nak baring tak kira lah kat mana dia duduk.maka tergolek lah jawabnya.anak..anak..lain kali kalau nak baring ke p lah landing kat toto yang mama dah bentangkan tu ye...bila da terhantuk mulalah nak ngadu sakit kat mama & papa kn.:D

nama pon budak kan.sakit kejap jek..nangis pon kejap jek.kalau dipujuk confirm ok balik.bila da ok tu...apa lagi main lah jawabnya.bila da penat main cari nenen lak.kira isi minyak lak.lepas da kenyang sambung main.suruh tido tak nak..ish..ish..aman..aman...takpalah nak oi mama sedia nak layan awak ye...demi anak kan.apa boleh buat.nanti da besar jangan lupa mama & papa tau.geget kang..huhuhu...

ni lah gaya budak kecik yang notty hisap susu.geram jek tengok tang kaki tu...sedap lah susu mama ni..hehehe...sayang mama & papa..:D
 

Wednesday 23 January 2013

Salam Maulidul Rasul..

Salam..

Kejap lagi masuk lah 12 Rabiulawal..lepas magrib lah kiranya.pasti semua tahu kan, tarikh tu adalah hari kelahiran Rasuluallah yang amat kita sayangi dan sanjungi.biasanya pada hari ini kita semua umat Islam akan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

semoga kita sentiasa akan ingat Rasulullah dan jadikan dia sebagai ikon yang paling baik untuk dijadikan contoh.Rasulullah ni mempunyai sikap yang baik, penyayang, baik hati...senang cakap yang terbaik jek lh sifat Rasululluah ni.semoga kita semua boleh contohi sikap & sifat nabi junjungan kita.Luv Rasulullah..

 

Friday 18 January 2013

Hujan di pagi sabtu..

Salam..

Pagi semua..:D.kat sini hujan dari malam tadi sampai lah ke pagi ni.sejuk giler tu..best kan kalau hujan2 ni dapat sambung tido.tapi apa nak buat kan mama kena jugak pergi kerja.da kewajipan nak cari rezeki.tapi part yang paling sedih bila bangun dari tido tengok muka hero kecik ni.pagi2 da kejut mama dengan papa dia nak mintak layan dia main.huh..anak..anak..nasib baik anak kan.

Biasanya setiap hari sabtu aman akan tinggal dengan papa.tapi kejap jek sebab ari sabtu mama keje half day jek.tengahari da balik & dapat main dengan hero mama ni..yehoooo....best..best..before pergi keje tu macam biasalah mama da siap2 masak kan makanan untuk aman.nanti senang papa nak bagi makan.takdalah kelam kabut nak masak kan untuk aman.aman ni satu pe'el dia kalau tinggal dengan papa dia, baik jek.takda lah nak nangis2..tu yang papa cerita lh.cuba mama dia balik.dan..dan tu lh dia nak merengek2 mintak mama dia ambil.nak manja lh tu.huhu..takpalh semua ni untuk anak jugak kan.

Bila kat tempat kerja mesti teringat2 si kecik tu.apa lah yang dia tengah buat dengan papa dia kat rumah tu kan.jangan buli papa tau.sian papa...buli sikit2 jek takpa.bila lagi kan..hihhihi..iyelah malam tadi papa takda pergi tengok bola kat stadium.JDT vs ATM yang berkesudahan keputusan seri,2-2.tanya kat papa camana diaorang main, ok x?dia cakap oklah semakin improve.oklh kan.at least nampak lah perubahan dari game yang sebelom ni.luaskan kuasa JDT.hehehe...lambat lak nak pukul 1230 ni.tak sabar nak jumpa hero2 mama kat rumah tu..bye..:D

 

Cerita hari Jumaat..

Salam Jumaat..

Jumaat adalah penghulu segala hari.Alhamdulillah mama masih diberi peluang untuk bernafas arini.baikkan ALLAH.DIA sentiasa bagi peluang kat kita.tapi kita ni jek selalu lupa akan DIA.bila susah baru nk ingat DIA.bila senang kadang2 tu lupa kan.mama selalu doa semoga mama tak lalai dalam mengingati DIA.Insyallah mama masih berusaha untuk menjadi muslimah yang baik.masih banyak kekurangan sebenarnya.terlalu kerdil diri ni jika nak bandingkan.Semoga ALLAH sentiasa memberkati hidup mama sekeluarga.

Pagi tadi mama dapat berita yang jiran sebelah rumah mama da bersalin.Syukur Alhadulillah..dia dapat baby boy.lepas ni aman ada kawanlh.hehehe...jiran mama ni bersalin kat penang sebab dia orang sana.family pon ada kat sana.lepas habis pantang baru balik sini.so mama pon dapat tengok baby bila dia balik sini la nanti.tak sabar pulak nak jumpa baby kn.hihihi..seronok dengar orang dapat baby.


Teringat masa lepas aman lahir kat dunia.happy tak terkata.ni lah hadiah dari ALLAH yang besar nilainya.tak sama macam kita bercuti keliling dunia, tak sama macam orang hadiahkan kereta ferarri..langsung tak sama kot.ceh...berangan jek lh nak dapat ferari tu kn.:D.tapi perasaan tu memang tak terkata bila tengok muka anak sendiri.terdetik jugak dalam hati, ni ke aanak yang aku kandungkan 9 bln lbh ni.macam ni kah rupa dia.macam2 ada dalam kepala.tapi hakikat tu lh anak mama.mama syukur sangat ALLAH bagi peluang untuk mama jadi seorang ibu.thank you ALLAH...

Kalau tak silap gambar ni lepas 2 jam mama lahirkan aman...muka pon kembang lagi..

siap buat muka camtu kan.lepas keluar dari perot mama asyik tido jek..:D
 

 

Thursday 17 January 2013

7 bulan sudah...

Salam...

Lama da rasa tak cerita pasal my hero kecik sorang tu.Arini genap lh hero mama 7 bulan.kejap jek kan masa ni berlalu.da macam lari pecut lak.hahaha...rasanya sakit bersalin kn aman masih terasa lagi.tapi mama syukur sangat kat ALLAH sebab sentiasa permudahkan urusan mama sekeluarga.dan aman pon membesar bagai johan..bukan johan raja lawak tu okey..ni johan bagai juara.apa2 lah janji anak mama sihat kan.hihihihi..

Aman da pandai apa sekarang???dia da pandai mintak adik.wawa...lom lagilah sebab aman belom pandai cakap.so no adik lagi ye sayang.awak belum jadi abang long ye.:D.mama tengok perkembangan aman ni cepat betul.sekarang ni aman da pandai merangkak dan duduk sendiri.(tu pon ada jugak terbalik ke belakang...huhuhu).walaupon aman belom duduk dengan betol lagi, dia da nak berdiri ok..mama & papa risau betol bila dia berdiri kat meja kopi tu.tapi dia leh ketawa2 bila kita marah2 jangan buat camtu.marah2 sayang jek..

mak mama cakap mesti dia cepat jalan ni.tak macam mama ni.mak mama cakap mama lambat jalan dulu.umur 1 thn setengah baru pandai jalan.huhu..sian kan mama.:D.yang part paling best sekarang ni, aman da suka mengemas rumah.habis sepah satu rumah dia kerjakan.da lah mama dia ni terlebih rajin nak kemas.hihihi...alasan jek nak salahkan anak.sorry ye aman..jom layan gambar jap..

tengok apa dia buat.usaha sunguh2 nak ambil mainan kat atas meja..
sekarang pantang nampak mama nak amek gambar dia.mesti cepat2 nak tengok.pastu senyum..:D
masa makan pon sempat nak tengok camera kan.sedapnya mama kita masak..hihihi..
Semenjak aman da makan ni, ari2 jugaklh mama kena bangun awal pagi untuk sediakan bekal untuk dia kt umah pengasuh.pengasuh dia ada jugak offer diri nak masakkan bubur utk aman.tapi mama nak lah aman makan makanan dari air tangan mama sendiri.memang tu azam mama.nak hero mama ni membesar dengan makanan yang mama masak sendiri walaupon mama bekerja.pada mama langsung tak susah.senang & mudah jek.caya lah..kalau keinginan kita tinggi Insyallah ALLAH akan permudahkan urusan kita tu.di lain entry nanti mama share lh sikit resepi untuk buat makanan baby ye.ok..bye..bye...wasalam...

Tuesday 15 January 2013

Apa???sudah dimadukan...

Papa da tak sayang mama kan.sampai hati papa buat mam camni.sob..sob..kenapa papa buat mama camni.apa lh kurangnya mama ni.papa da menikah lain.nikah kat thailand pulak tu.tup..tup..papa balik rumah bawak isteri baru.kenapa papa???mama pon terfikir sendirian kenapa papa sanggup buat mama dan aman camni.memang papa da tak sayangkan kami.yang paling sedih mama terpaksa duduk satu rumah dengan madu mama.apa yang korang rasa kalau korang kat tempat mama kan.air mata jek lh yang ada sebagai peneman masa tu.

Yang paling mama pelik papa macam takda perasaan bersalah langsung.siap gelak2 lagi.iyelah orang baru dapat isteri baru kan.kira pengantin baru lah kan..waa...sedih lagi...:(.dalam kepala mama cuma fikir, kenapa papa sanggup buat camtu.kenapa???????...:(.mama masih tertanya2.tapi papa cuma senyum jek tanda bahagia  di hati.sampai hati kan....nangis lagi...:(.tiba2 mama dengar suara aman menangis.dan tiba2 jugak mama dengar suara papa, mama bangun aman nak susu ni...huhuhu..mimpi rupanya..:D.Potong la aman ni.baru mama nak jadi heroin dalam mimpi ni.hihihi...nasib baik bukan betol2.klau x, memang laa...papa..kene cincang..hahaha..mana berani kan.sapa tak sayang laki woi..

Tengok jam masa tu kul 5.15 pagi.mimpi ni mainan tido jek lah..mintak jauh lh...lepas tu mama cerita lh kt papa pasal mimpi tu, tau tak apa papa cakap.."tu lah mama, tengok banyak sangat drama melayu ni, tu yang terbawak2 dalam mimpi"...mama sengeh jek lh..:D.alaa...bukan selalu pon tengok drama melayu.banyak layan bola ada lah.terpaksa lh join papa sekali kan.ceh..papa tu buat2 tak faham jek kn.bila fikir2 lawak jek mimpi camtu.tapi doa2 lah mintak jauh dari semua tu.papa jangan noti ye...luv u papa & aman...:-*




Friday 11 January 2013

Kenapa suka mengutuk???

Salam..

Pagi semua..mulakan ari anda sifat2 positif ye kawan2.jangan ada sikap dengki mendengki okey.dan yang paling tak baik sikap kutuk mengutuk..perlu kah???terfikir jap.apa lah yang korang dapat kan bila buat camtu.semua orang tau mestilah dapat dosa.tapi sekarang ni makin rancak bila ada yang kutuk mengutuk secara terang-terangan.lagi2 kat laman sosial.tak kiralh facebook ke, twiter ke..akhbar ke..senang cakap kat mana2 pon kita boleh nampak.sedih kan bila yang banyak mengutuk ni bangsa kita sendiri.

Yang lagi tengah gempak sekarang pastilah pasal bola.semua orang tahu kan..kan..susah mama nak komen pasal perihal ni.mama pon bukan terror sangat pon pasal bola ni.tapi patutkah ada orang bersikap mengutuk antara satu sama lain?pada mama tak perlulah macam tu.hanya perihal bola ada orang sanggup mengutuk tak ingat dunia.kutuk macam team lain tak boleh menang.team lain tu teruk sangat..team lain tu macam bagus jek..patut kah camtu.

Pada mama janganlah camtu.perlulah ada semangat kesukanan yang tinggi.jangan lah sampai nak jatuhkn satu2 team tu dengan cara camni.biarlah andai kata mereka mampu beli pemain2 star sekalipon, tu duit dia kan.bukan dia mintak kat korang kan.tu semua hak dia.kita jangan lh mempertikaikan apa2.kalau ada apa2 yang tak kena biarlah antara dia dengan tuhan.yang semua sibuk2 nak judge macam2 kenapa kan.kenapa susah sangat nak jadi orang yang positif dalam semua hal.orang2 yang suke kutuk2 ni pada mama ada masalah mental & jiwa sebenarnya.tu yang lama2 ada masalah busuk hati.mintak lah jauh dari kita semua ye.

Apa2 pon pada mama janganlh bersikap macam ni.bila benda ni semakin teruk kelak akan rosakkan bangsa kita jugak.janganlh kita sesama bangsa bergaduh hanya perihal yang kecik ni sahaja.marilah kita bersama2 bersatu hati dalam semua hal.tak perlu nak tuding2 jari yang orang ni salah ke apa.beri sokongan untuk semua sukan di nagara kita.itu lebih baik kan.majulh sukan untuk negara..peace no war..hihihi..

Wednesday 9 January 2013

Bila sudah putus cinta & kasih....

Salam..
Tengok tajuk jek da macam novel pulak kan.hihi...macam dalam drama pon ada.ni bukan cobaan, ni betol2.tu lah ketika berkasih semuanya nampak indah.tiada yang terindah dari yang indah2 belaka kan.masa tu apa2 pon orang cakap hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.senang cakap macam tak terkesan langsung.apa nak buat kan.semua tu penangan cinta.memang cinta tu indah.indah tu semua kurniaan dari ALLAH.indah yang takda jual kat kedai atau kat supermarket yang berdekatan.sebab tu bila kita dalam keindahan tu, sure lah pasti ramai yang jadi lupa diri. dan yang paling teruk bila ada yang sanggup lupa tuhan.lupa segala2nya.

Masa tu jugak bila yang ada kekasih, pastilh di puja2, di sayang2..ibarat kau lah kekasih awal dan akhir.padahal belom kawen lagi masa tu.senang cakap sure lh nak hidup semati gitu lah.masa tu jugak lah tak nampak yang buruk.semuanya baik2 pada pasangan kita.tapi bila cinta & kasih tu terputus dipertengahan jalan, mulalh rasa macam tuhan tu adil.waa...bila berkasih takda lak nk ingat tuhan segala bagai. bila putus salahkan tuhan lak.adil ke tu..cuba lh ingat sikit, kau tu hidup kat dunia ni pon atas kehendak ALLAH.

Dan yang paling best, mengutuk2 & memburukkan si kekasih dengan bercakap yang bukan.errmm...org camni nk label kn apa erk..pada mama orang macam ni orang yang tidak percaya pada qada' & qadar ALLAH.bukan ke tu termasuk dalam rukun iman.kenapa lah sampai jadi camni kan.tak semestinya bila kita bercinta sure tu lh jodoh kita.ramai yang kadang2 lupa, ALLAH da tentukan bila kita mati, sapa jodoh kita & berapa banyak rezeki kita.betul x??kenapa nak persoal kan semua tu.ingat perancangan ALLAH tu lebih baik dari perancangan kita.

Jangan lah dikutuk dimaki dihina bila da putus cinta tu.cuba masa tengah syok bercinta, ada korang nak kutuk2 kekasih ati ko tu.takda kan.confirm2 memang takda lah.jadikan lh semua tu pengajaran untuk diri sendiri supaya jadi lebih matang.jangan nak menunding jari yang ex tu salah lah..ada lelaki lain la..perempuan murah..weii...cubalah guna akal sikit.jangan lah bercakap ikut hati.jangan fikir diri sendiri tu teraniaya atau bagos sangat lah.cuba muhasabah diri.tu lebih baik dari dok nak menyalahkan orang lain.tak baik tau.percayalah setiap apa yang berlaku semua tu ada hikmah.cuma kita jek yang tak tau apa hikmah yang ALLAH nak tunjukkan.minta lah pada tuhan supaya kita dijumpakan dengan pasangan yang lebih baik dan cuba perbaiki diri sendiri yang banyak kekurangan tu.ALLAH lagi suka orang yang macamni dari buat benda2 yang leh dilaknat ALLAH.sama2 la kita muhasabah ye..peace no war.wasalam

Friday 4 January 2013

Yang biasa-biasa saja..

Salam...

Semalam ada terbaca satu wall post sorang kawan ni kat fb menceritakan perihal dia sudah kereta baru..ayat dia tu takdelh straight to the point yang dia cakap dia da beli BMW baru, tp siap hint2 gitu lh..nak bagitau semua orang yang dia sudah ada BMW okey...errmm...rasa macam annoying lak bila baca.bukan mama jeles or dengki tu jauh sekali lh.tapi cara dia tu macam...malas lah nak cerita panjang2.takut mengata lak kan.hihihi...

Entahlah...pada mama baik kita jadi yang biasa2 saja.tak perlulah nak bermegah2 dengan apa yang kita ada.maybe tu cara masing2 nak menunjukkan rasa gembira/ bahagia bila dapat sesuatu.tapi kalau da selalu sangat pon pastilah ada yang tak suka dengan perangai kita kan.lagi2 bila kita dok asyik cerita perihal yang best2 jek pasal diri kita tanpa fikirkan perasaan orang lain.iyelah kan, mana ada manusia yang nak cerita hal keburukan dia kt orang lain kan.kira jatuhlah standard dia nanti.

kadang2 tu mama terfikir jugak, kenapa ada manusia yang macam ni.bila fikir2 balik semua ni asam garam kehidupan.mama takda lah cakap ni mama baik.mama pon masih banyak yang perlu belajar tentang kehidupan.senang cakap memang banyak kekurangan.bila mama berjumpa dengan orang yang nak up jek dalam bahasa senang la..mama akan jadikan sebagai pedoman untuk diri sendiri supaya jangan jadi seperti itu.mama nak cuba jadi yang biasa2 aje..pada mama apa yang mama dapat atau ada semua tu dari ALLAH.

Tak perlu nak bercerita kat satu dunia yang kita ni ada ini, yang kita ni ada itu...pada mama cukup jadi yang biasa2 aje.bila kita rasa nak ada perasaan camtu, istighfar banyak2.Insyallah akan sentiasa melindungi kita dari sifat yang tak baik.Sesungguhnya semua yang baik datang dari ALLAH, yang tak baik datang dari diri kita sendiri.sama2 kita muhasabah diri ke arah yang lebih baik.Insyallah...Wasalam.

Tuesday 1 January 2013

Re-union SMKS..:D

Salam...

Selamat pagi semua.Mulakan hari anda di 2013 dengan senyuman ye.macam agak terlambat jugak lah nak cerita pasal re-union sekolah mama pada 30 Dec 2012.Reunion ni berlangsung pada malam di restoran Bangkok Village.tempat pon cantik.ala-ala macam dalam hutan.macam2 jenis pokok ada.tu yang rasa nyaman jek bila makan sambil jamu mata dengan pemandangan yang super duper cantik.makanan pon not bad.semuanya sedap-sedap.lagi-lagi ayam pandan dia.sedap wooo..:)

Sebenarnya reunion ni sempena 10 tahun kami meninggalkan SMKS (Sek.Men.Keb.Semenchu..mama ni sek luar bandar jek.senang cakap sekolah kat felda jek.tapi mama bangga okey jadi anak felda.hidup felda..huhuhu..tiba2 jek kan...).Ni jugak adalah rancangan kawan mama Cik Puan Mariyam a.k.a cik and cik puan eza...psstt...diaorang ni hot mama tau.kalah anak dara ngko..huhuu....semuanya diuruskan oleh mereka dan dibantu oleh rakan-rakan lain.thanks sangat kat diaorang ni.muaahh..muaaahh..:-*.

Bermula dengan majlis bermula kira2 jam 8.30 lah.sebab ada yang lambat sampai disebabkan jem.takpalh yang penting semuanya sampai.Walaupon ada yang tak dapat join reunion kali atas sebab yang tak boleh dielakkan, tapi majlis still berjalan dengan meriahnya.seronok dapat jumpa kawan2 lama setelah 10 tahun ta jumpa.masing-masing datang ada yang sudah beranak pinak, ada yang masih solo dan ada jugak yang datang bujang tanpa suami/isteri disisi atas sebab2 kesihatan.yang penting enjoy kan..huhuhu..

Malam tu jugak ada cabutan bertuah, personaliti tercantik/bergaya & personaliti sporting..mama tak dapatlah.iyelah mama ni kan pemalu.huk..huk..malu lah sangat.padahal getik jek ati ni.hihihi..lepas sesi makan2 semua dihiburkan dengan sesi karaoke.best giler time ni.memang sporting abis dieorang ni.siap gelek gerudi..best kan..huhuhu...aman...dia baik sangat malam tu.sampai semua puji dia, baiknya...dia.syabas my hero..walaupon bising2 camtu dia tetap boleh tido.hahaha..ok lah layan gambar jap ae..


Aman & mama..:D
papa & aman

mama, papa & aman together..:D




                     Wajah-wajah gembira sepanjang malam reunion malam tu...sporting giler semua...
                                       
ni la hot mama tu..cik eza & cik yam..hehehe

sesi bergambar sebelum balik..terbaek..

Apa yang boleh mama cakap semua memang best lah..dan yang paling2 penting semoga persahabatan kita semua akan kekal sampai bila2...harap2 tahun depan adalah majlis reunion camni.seronok dapat jumpa semua.sayang semua ketat2...Selamat tahun baru semua..muaaahhh..muahhh..:-*.