Friday 28 December 2012

Suri rumah vs ibu bekerjaya...

Assalamualaikum...

Pagi semua..betul ke bila ibu yang bekerja ni akan lebih berisi berbanding dengan ibu yang duduk rumah.senang cakap surirumah la...yang jaga anak sendiri.selalu kita dengar ingat tak penat ke jadi surirumah...ermmm..pada mama dua2 pon sama.jadi surirumah pon penat, jadi ibu berkerjaya pon penat jugak...

Kedua2nya pon tanggungjawab kan.macam mama sendiri, mama bekerja dan anak mama hantar kat baby sitter (jiran sebelah umah jek..hehehe).setiap pagi mama kena bangun awal pagi,nak pam susu.pastu sediakan makanan untuk my baby.mama masak sendiri tau.takut aman kena alahan lagi makan instant food.sian dia..lepas tu nak siap2 untuk pegi keje.mama jugak akan mandikan aman setiap pagi sebelum hantar ke baby sitter (ade lah beberapa kali tak mandikan aman sebab hujan.sian nak mandikan time sejuk2).semua tu mama buat sendiri takde bantuan dari sesiapa (papa pon kadang2 tolong..hehee).

balik keje bukan terus goyang kaki, lepas ambil anak, mama masak untuk makan malam.dalam masa yang sama kadang2 mama basuh baju & kemas2 rumah sekali.bayangkan lah semua dibuat oleh ibu yang bekerja tanpa pembantu.kadang2 terfikir jugak nak berhenti, tapi keadaan ekonomi tak mengizinkan.niat mama cuma nak bantu ringankan beban papa.bukan maksud mama surirumah ni tak bantu suami2 mereka...tapi mereka ni beruntung dapat spend time banyak dengan anak.macam mama ni malam jek lh masa yang mama ada untuk main2 dengan anak.

Pada mama sendiri tak kira lh anda sendiri surirumah atau ibu yang bekerja tanggungjawab tetap sama.anda adalah seorang isteri & ibu..tapi jangan pandang rendah antara satu sama lain sebab semua orang ada perjalanan hidup yang berlainan.cuba hormat antara satu lain.itu lebih baik dari mengatakan diri itu ini..yupp...anda cakap penat,semua ibu pon akan penat.jangan sesekali merungut dengan semua itu.percayalah setiap penat lelah kita tetap akan dibalas dengan pahala dari ALLAH.

Sunday 23 December 2012

Gathering with ex-housemate..

Salam..
Hai semua..ceh..ceh..macam ada jek org nak baca blog ngko kn lia..hihihi...takpa lah verangan sikit jek sudah..:D.chop..suka melalut kan mama ni.huhu..oklah mama mulakan cerita ae.semalam mama rasa happy sangat dapat jumpa semula kawan2 masa duduk rumah sewa lama dulu.kiranya masa mama dara sunti lagilah..hehehe..dulu mama kerja kat senai, so mama sewa kat area situ jugaklah.perkenalan yang singkat tapi kiteorg ni semua da macam adik beradik jek mama rasa.still contact walaupon masing2 sibuk dengan hal memasing.

sebenarnya ni cadangan kawan mama, aini nama dia.awalnya dia nak buat makan2 sikit untuk anniversary dia & husband.then bila kata sepakat da dapat kami pon cadangkan lh buat bbq & ajak kawan2 lama semua gather2 sekali lah.so majlis kecil tu buat kt umah mama.sian jugak tengok aini nak buat semua sorang2 kan.lagi2 dia tengah pregnant second baby.so kiteorg pon bagikan kerja.aini sediakan bahan untuk di bbq & spageti.mama lak sediakan bahan untuk steamboat. 

majlis tu mula jam 3.so bermulalh sesi bakar membakar.tu kite bagi kt kaum suami2 ye..tang isteri2 lak, haruslah berborak sakan kt dalam rumah.bukan borak saje tau.kena jaga anak sekali okey..hihihi...rase seronok sangat dapat jumpa semua.yang datang semalam ila & asben,aini&asben (eh lupa lak kat mirza kan.anak dieorg lah ni),kam&asben&iman comel..eh..lupa lak mama, papa & aman.nak masuk jugak kn.hehehhe..nasib baik tak terlupa nk sebut, cikgu yang single lagi maiza..(psstt..kalau ada yang nak masuk jarum pon boleh..lelaki yang single jek okey...).

sesi yang paling kiteorang suka pastilah sesi untuk makan...nyumm..nyum..semua sedap2 tau.lupa lak nk snap gambar makanan.ni semua gara2 ralit makan sambil berborak.biasalah dah lama tak berkumpul camni kan.bila da berborak memang tak ingat dunia.tapi serius happy sangat semalam.rasa rindu giler kat dieorang semua.lagi2 sekarang ni masing2 da anak kn.lagilah gamat suasana dengan ragam anak masing2.
  
part ni yang anak2 suka.mandi manda dalam kolam aman.tak lepaskan peluang.aman pon menunjukkan aksi lah.bukan main suka dia dapat berenang.kalau tak asyik takot jek.muka nak nangis.semalam tak nangis pon.ni gara2 ada awek tengok aman mandi kn.so kena lah tunjuk gentleman siket.tak hero lh nangis kan.hihihi..mama ni dok ralit tengok anak mama mandi sampai lupa nk ambil gambar.cuma ada gambar iman mandi jek.macam mak nenek kn mama ni.semuanya lupa.hahaha....
 
                                                ni la iman..bukan main suka si kecik ni dapat berenang..

Gambar ramai2 pon kiteorang tak snap.ni jeklah yang mama dapat snap.ni pon masa semua org duduk kat luar tengok anak dara ni mandi.masa ni aman & mirza da surrender kesejukkan.so kenalah naik cepat2.kalau tak kecut anak mama.jom layan gambar..
                     mai, aini, & zaki tengah borak-borak.tengok mirza pon nak cerita jugak..:D
      sesi tengok iman mandi kolam..papa & aman tekun betol tengok kan..anak bapak..
                                             ila bagi buah tangan kat kiteorg.toceh..toceh..
                                               pembahagian harta..hehehe....

       suka aizam dapat buah tangan dari ila.cuba tengok aman tu, asyik usha iman jek..
                                                                               papa, aman, zaki & mirza....

 
                                             dieorang lagi....aman ni gigit jari lak.tak comel lah camtu..

papepon mama doakan hubungan erat kiteorg ni kekal sampai bila2.walaupon masa tu semua da bercucu cicit..Insyallah..apa2 pon, thanks semua yang sudi datang dari dekat ataupon.dan tak lupa jugak happy belated anniversary zaki & aini yang kedua.semoga ikatan perkahwinan korang kekal bahagia sampai ke syurga...aamin..mama pon doakan semua yang baik2 untuk kawan2 mama jugak.bahagia didunia & akhirat.aaminn...





Thursday 20 December 2012

Bila ada anak...

Salam..
Terasa cepat jek masa ni berlalu.mama rasa macam baru semalam jek mama lahirkan hero mama.mana tak nya terngiang2 rasa sakit masa nk lahirkan dia.hanya ALLAH jek yang tahu.dalam lubuk hati mama masa tu, macamana lh rupa anak mama masa tu.boleh ke mama jadi mama yang baik untuk anak mama.macam2 bermain kat kepala mama walaupon sakit bersalin tu tiap masa semakin kuat.mama hanya mampu berdoa supaya semua urusan dipermudahkan.Syukur Alhamdulillah...ALLAH makbulkan doa mama & papa.Segala urusan kelahiran hero mama semua berjalan lancar walaupon masa tu da overdue.sapa tak risau kan bila da overdue ni kan,macam2 rasa ada.mungkin baby mama ni nak keluar hari bapa jugak kot.iyelah da ari2 papa cakap "baby keluar ari bapa ae...kira baby ni hadiah untuk papa tau".gulpp...betol2 dia keluar hari bapa okey..huhuhu....baby...baby...luv u tau..:-*.

Cop..cop..terlebih sudah intro kan.hihihi...biasa lah bila da jadi mak-mak ni, kalau da bukak cerita pasal anak memang panjang melalut.tadi mama ada terbaca lah kt facebook mengenai perkara berubah bila kita sudah ada anak.mama just nak share jek lah.mana lah tau korang pon hadapi benda yang sama kan.bila mama baca tadi memamg semuanya betol2 belaka.siap senyum sorang2 lagi.nasib baik takda orang nampak kan..:D.okey cakap banyak tak guna.jom baca kat bawah ni ae.mama share dari sumber facebook.

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


hehe..mesti korang senyum sorang2 kan.seronok kan bila da ada anak..:D ..bye..bye..

Friday 14 December 2012

bila aman kenakan papa..:D

Salam & selamat pagi..:D

Apa yang boleh mama cakap..sian papa..hihihi..:D.jangan marah ae sayang, semua tu demi anak bujang awak sorang tu.ni semua gara pagi tadi aman sudah poo poo kan papa dia.Ya Rabbi..habis baju papa kena kuih yang dibuat oleh aman pagi2 tadi.huhuhu...

Mama memang setiap ari sabtu kena kerja.so pagi tadi mama tak mandikan aman seperti biasalah.jadi tugas tu mama serahkan kat papa untuk mandikan aman.jadi bermula episod papa memandikan aman di hening pagi yang indah.ni dari cerita papa lh..:D.mula-mula basahkan kepala dia, then tiba2 papa rasa ada sesuatu yang tak best.papa tengok, aman sudah poo poo atas baju papa.yang best sangat tu, lepas semua segala dalam perot sudah keluar, dia pon senyum kat papa tanda puas.hehehe..:D
aman..aman...napa buat papa camtu.notti tau..hukhuk...takpelah papa, bukan selalu kan.dulu mama kena sekali, kali ni turn papa lak.hihi.oklah ada jugak kenangan camni.bukan semua orang dapat kan.thanks jugaklh kat papa sudi jagakan aman masa mama kerja ari sabtu.nasib baik setengah ari jek.kalau full day entah apalh yang aman buli papa kan.luv u all forever laa...muaahh..muaahhhh....
                        ni gambar papa & aman.masa ni aman dalam ari lagi.muka nak tido tu.:D



Thursday 13 December 2012

bila sang harimau jadi mangsa...

Salam...

Ish...geram..marah..geram..ni semua gara-gara referee yang bersikap tak adil.kesian bl tengok game semalam bila sang harimau malaya menjadi mangsa pada referee yang sangat tidak profesional.apa da jadi ni dengan sistem pengadilan.kata da bertaraf fifa, tapi sendiri mau ingat lh kn...sedih..:(.

xpelah..apa2 pon team malaysia tetap dihati.walaupon lepas fadli shaas dilayangkan kad kuning kedua dan sekaligus kad merah, nampak semua pemain macam da down.tapi still ada semangat nak melawan lagi.tu yang semua peminat nak.walau apa pon yang jadi, melawan sehingga ke titisan terakhir.

biar pon kita kalah atas jaringan, tapi hakikatnya kita menang dengan semangat sepasukan yang tak pernah luntur walaupon ada ref yang camtu.mama rasa ramai peminat bola kat Malaysia ni rasa macam mama rasa kan.tapi apa kita boleh buat kan.semua keputusan adalah muktamad.:(.

Kepada harimau malaya cuba lagi untuk tahun depan.tunjukkan yang kita mampu tumbangkn gajah perang tu.harap lepas ni fifa lebih prihatin dalam soal pemilihan pengadil.bukan yang berat sebelah camni.kami rakyat malaysia tetap menyokong team harimau malaya selamanya...jangan gentar dalam apa jua keadaan.Luv team malaysia forever..:-*

Tuesday 11 December 2012

Kolam baru untuk aman...

Salam..
Ni gara2 tengok kolam ni masa baby fair aritu.so mama & papa decide lh nak belikan untuk aman syg.huhuhu....so bila keputusan dibuat, mama pon try lh search kt internet kalau2 ade jual online kn.sebab masa baby fair aritu harga dia RM280, mak oii...mahal giler okey..bl search kt internet harga kolam ni cuma RM180.tengok bape beza kn dgn harga masa kt baby fair tu.markap giler2 kn..hihi..
so apa lagi mama pon grab lh satu.eh..lupa lak nk cakap kedai tu kt bukit mertajam.dia pon ade fb, name fb dia MumNBaby..leh la tgok2 kt situ nnti ae..:D.mama beli online jek, memandangkn bukit mertjam tu kt penang & jauh sgt kn.lepas buat booking & payment, 2 ari lepas tu kolam untuk aman pon sampai.
bila sampai tu org yang paling excited tu haruslah papa kn..aman???..buat muka camni jek
                                       biarlah papa wat sorg2..klau tolong nanti kene marah..:P
papa yang beria2 nak pasang kolam tu semua dgn gigihnya.nak pam bagi kembung semua kolam tu.and part yang paling becinta nk penuhkan air dalam kolam tu.setengah jam separuh pon xsmpai.last2 isi separuh jek.then ape lagi masukkan mamat kecik ni dalam kolam dia.

mula2 masukkan dia, nampak muka mcm steady jek.tp lama2, takot lak si kecik ni.lawak lak tgk.macam nk nangis, tp mulut tak bukak pon.bunyi jek..hihihi...sian anak mama ni kan.kena buli ngn papa ye.nanti mama babap papa ye.:P.kiteorg cume letak dlm 10 minit jek, lepas tu angkat dia keluar.sian tgk die menggigil takot kot dok dlm air.padahal klau bab mandi dialah yg paling suka.
                                            sejuknye air ni...apsal tak suam macam biase ni..
                                             ish papa ni sibuk jek masuk kolam aman kn...:P

untuk permulaan mama & papa masukkan dia dalam kolam ni 10 minit jek.lain ari kite mandi lagi ae aman sayang...mase tu mama pon nk join sekali tau.turn papa lak amek gmbr kite kn.hihihi..:D

Tuesday 4 December 2012

December sudah...

Salam semua...

Lame da x menulis.eh menaip lh.huhu...december!!!Ya ALLAH da hujung tahun rupenye..sekejap jek mama rase.pejam celik da nk hujung tahun.tak lama lagi masuk tahun baru.bl masuk tahun baru, maknenye umur pon makin bertambah..:(.tibe2 nk sedih kn.ingat mude lg.:D.takpe jiwa mude.

Bila bulan december ni pasti ramai yang plan nk pegi bercuti brsame2 family kn.lagi2 yg ade anak bersekolah.mesti x lepaskn peluang time cuti ni.mama takde plan pon nk pegi mane2.sebab masing2 bz ngn keje.lg2 papa aman.sedih jek kn.jalan2 pegi jusco jek lh jwbnye.huhhu..

Pade yg memandu tu, ati2lh dijln raya.jadilah pemandu yang berhemah.jgn memandu ikut suke korg jek.dan yg paling penting ingatlh org yg trsayang tu.tibe2 tringat pemergian abg kawan mama mase sekolah dulu.yang trlibat dalam kemalangan dijlan mersing.sedih tengok keadaan kete die.dlm eksiden tu 5 org meninggal dan sorg cedera.yang cedera tu ank abg kawan tu.sian kecik2 da jadi ank yatim.semoga semuanya ditempatkan disamping org2 yg beriman.aaminn...

sebelum mulakan perjalanan tu check dulu kete supaya dalam keadaan baik.jangan ada lak yang kena tolak kete tengah2 highway.huhuhu....bl musim2 hujan ni, lglh kena berhati2 mase memandu.jage jarak, klau tak ade yang kene cium lak.pandu cermat jiwa selamat..chaiyok2...tatata....

                                               saje selitkan siket gmbar aman firas..hehehe...bye2..

Tuesday 30 October 2012

Di hujung bln Oktober....

Salam semua..
Apa yg jadi pada hujung bln oktober???mcm2 yg jadi.benda yg paling sedih bl my little hero aman demam.sian anak mama..:(.buat pertama kali nya aman demam sejak lahir.mb faktor cuaca jugak kot.masa ari ahad aritu nk lik dari kg, badan aman panas sket.mama igt biasa2 aje.bl mlm pns badanya makin teruk.bl check dia punya temperature naik smpai 38.mama letak cool fever & bagi ubat demam yg dpt mase kt klinik kesihatan aritu.igt pg tu aman ok lh.tp tak jugak.bawa g klinik & doc bg ubat.masuk arini da 3 ari aman demam.tp pagi td da kurang sket lh.harap2 aman cptlh sihat.rindu nak tengok aman aktif mcm sebelum ni.rindu nk tgk aman meniarap pstu jerit2 nak mntak prhatian dr mama & papa.cpt2 sembuh ye syg..:-*

wajah2 anak mama yg demam.masa ni ari ke dua demam.tido smbil meniarap..
                                         demam2 pon comel jek anak mama ni kn..:D
                                                muka sebelum demam.mama rindu nk tgk aman senyum mcm ni.

Saturday 27 October 2012

Salam perkenalan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan sehingga ke ari ni.dpt lh lia mulakn penulisan dlm blog yg tidak seberape ni.just nk share tntg ape2 saje tntg ape yg lia lalui & tempuhi.sempena Aidiladha yg sedang menjelang kini, tidak trlalu lewat utk lia ucapkan slmt ari raya pada semua.semoga ari raya ni mnjadi titik tolak kepada semua pengorbanan kite.Insyallah...papepon salam perkenalan utk semua.semoga semua diberi kesihatan yg baik hendaknya..wasalam...